Thursday, October 30, 2008

Anda lahir bulan berapa?




Maklumat nie teman dapat dari satu laman web...sebelum nie teman penah bacalah, tapi lupa kat maner. seingat teman, ini adalah kajian yang dibuat oleh individu tertentu berdasarkan bulan kelahiran manusia...teman dah baca, alhamdulillah, kebanyakkan apa yang dinyatakan ada yang betulnya...ini bukan tilikan berasaskan bintang macam yang kita baca dalam majalah-majalah tuh...contohnya orang lahir bulan 7 sama dengan bintang Cancer..itu ulamak memang kata tak boleh percaya..tapi ini bukan tilikan..tapi berasaskan kajian ilmiah...kalu betul dan ianya menggembirakan hati anda, istigfarlah yer kerana itu boleh mendatangkan ujub dalam diri...kalu anda baca dan rasa marah atau sakit hati, istigfarlah dan redalah kerana anda manusia biasa yang tentunya banyak lemahnya...yang penting, jika baik pada pandangan anda, jadikan sebagai satu dorongan untuk anda jadi lebih baik..tetapi jika buruk pada pandangan anda, jangan cepat melatah, bertenang dan senyumlah kerana anda sedang belajar menjadi orang yang sedar diri dan bersedia untuk berubah untuk menjadi baik..kepada pihak yang membuat kajian, minta dihalalkan artikel ini kerana saya tidak tahu siapa yang pemiliknya...semoga Allah memberkati hidup anda di atas usaha murni ini...




oklah kawan, selamat membaca...




JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.* Pandai mengambil hati orang lain.* Pendiam kecuali telah dirangsang.* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.* Cukup sayang pada kanak-kanak.* Suka duduk di rumah.* Setia pada segala-galanya.* Perlu belajar kemahiran bersosial.* Sifat cemburu yang sangat tinggi



FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.* Bijak dan pintar* Berpewatakan yang mudah berubah.* Mudah menawan orang lain.* Agak pendiam.* Pemalu dan rendah diri.* Jujur dan setia pada segalanya.* Keras hati untuk mencapai matlamat.* Tidak suka dikongkong.* Mudah memberontak apabila dikongkong.* Suka kegiatan yang lasak.* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.* Mudah mempamerkan marahnya.* Tidak suka benda yang remeh-temeh.* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.* Sangat berani dan suka memberontak.* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.* Pemerhatian yang tajam.* Suka hiburan dan sukan.* Suka benda yang bersifat seni.* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.* Belajar untuk mempamerkan emosi



MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.* Mudah didampingi.* Sangat pemalu dan pemendam rasa.* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.* Suka pada kedamaian.* Sangat peka pada orang lain.* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.* Tidak cepat marah dan sangat amanah.* Tahu membalas dan mengenang budi.* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.* Suka berangan-angan.* Suka melancong.* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.* Kelam kabut dalam memilih pasangan.* Suka dengan hiasan rumahtangga.* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan


APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.* Punya daya mental yang sangat kuat.* Suka diberi perhatian.* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.* Sangat berani dan tiada perasaan takut.* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.* Emosi cepat terusik.* Cuba kawal perasaan.* Kecenderungan bersifat pendendam.* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.* Kuat daya ingatan.* Gerak hati yang sangat kuat.* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.* Sangat cemburu dan terlalu cemburu


MEI
* Keras hati & tegas.* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.* Pemikiran yang tajam.* Mudah marah apabila tidak dikawal.* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .* Perasaan yang amat mendalam.* Cantik dari segi mental & fizikal.* Tidak perlu dimotivasikan.* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.* Mudah dipujuk.* Bersikap sistematik (otak kiri).* Suka berangan.* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.* Daya khayalan yang tinggi.* Permikiran yang tajam.* Pandai berdebat.* Fizikal yang baik.* Kelemahan sistem pernafasan.* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.* Tidak berapa suka duduk di rumah.* Tidak boleh duduk diam.* Tidak punya ramai anak.* Rajin dan bersemangat tinggi.* Agak boros


JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.* Mudah ditawan kerana sikap baik.* Berperangai lemah lembut.* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.* Idea yang terlalu banyak di kepala.* Bersikap sensitif.* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.* Bersikap suka menangguh-nangguh.* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.* Cepat marah & cepat sejuk.* Suka bercakap & berdebat.* Suka buat lawak & bergurau.* Otaknya cerdas berangan-angan.* Mudah berkawan & pandai berkawan.* orang yang sangat tertib.* Pandai mempamerkan sikap.* Mudah kecil hati.* Mudah kena selsema.* Suka berkemas.* Cepat rasa bosan.* Sikap terlalu memilih & cerewet.* Kurang mempamerkan perasaan.* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.* Suka pada barang yang berjenama.* Mudah menjadi eksekutif.* Kedegilan yang tidak terkawal.* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.


JULAI
* Sangat suka didamping.* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.* Agak pendiam kecuali dirangsang.* Ada harga dan maruah diri.* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.* Sangat menjaga hati orang lain.* Sangat peramah.* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.* Berjiwa sentimental.* Jarang berdendam.* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.* Tidak suka benda remeh-temeh.* Membimbing cara fizikal dan mental.* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.* Layanan yang serupa terhadap semua orang.* Tinggi daya simpati.* Pemerhatian yang tajam.* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.* Mudah dan rajin belajar.* Suka muhasabah diri.* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.* Suka mendiamkan diri.* Suka duduk di rumah.* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.* Tidak agresif kecuali terpaksa.* Lemah dari segi kesihatan perut.* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.* Minta disayangi.* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.* Terlalu mengambil berat.* Rajin dalam membuat kerja


OGOS
* Suka berlawak.* Mudah tertawan padanya.* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.* Berani dan tidak tahu takut.* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.* Pandai memujuk orang lain.* Terlalu pemurah & bersikap ego.* Nilai harga diri yang sangat tinggi.* Dahagakan pujian.* Semangat juang yang luar biasa.* Cepat marah & mudah mengamuk.* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.* Sangat cemburu.* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.* Cepat berfikir.* Fikiran yang berdikari.* Suka memimpin & dipimpin.* Sifat suka berangan.* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.* Belajar untuk bertenang.* Sikap kelam kabut.* Romantik, pengasih dan penyayang.* Suka mencari kawan


SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.* Sangat cermat, teliti & teratur.* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.* Pendiam tapi pandai bercakap.* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.* Sangat sensitif yang tidak diketahui.* orang yang banyak berfikir.* Daya pentaakulan yang baik.* Otak bijak & mudah belajar.* Suka mencari maklumat.* Kawal diri dari terlalu mengkritik.* Pandai mendorong diri sendiri.* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.* Suka sukan, hiburan & melancong.* Kurang menunjukkan perasaannya.* Terluka hatinya sangat lama disimpan.* Terlalu memilih pasangan.* Sukakan benda yang luas.* Bersistematik


OKTOBER
* Suka berbual.* Suka orang yang sayang padanya.* Suka ambil jln tengah.* Sangat menawan & sopan santun.* Kecantikan luar & dalam.* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.* Sentiasa berkawan.* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.* Cepat marah.* Macam pentingkan diri sendiri.* Tidak menolong orang kecuali diminta.* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.* Tidak suka terima pandangan orang lain.* Emosi yang mudah terusik.* Suka berangan & pandai bercakap.* Emosi yang kelam kabut.* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).* Suka melancong, bidang sastera & seni.* Pengasih, penyayang & lemah lembut.* Romantik dalam percintaan.* Mudah terusik hati & cemburu.* Ambil berat tentang orang lain.* Suka kegiatan luar.* orang yang adil.* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.* Mudah patah semangat


NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.* Berfikiran kehadapan.* Berfikiran unik dan bijak.* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.* Pemikiran yang tajam.* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.* Sesuai jadi seorang doktor.* Cermat dan teliti.* Personaliti yang dinamik.* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.* Terlalu degil dan keras hati.* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.* Tak suka marah kecuali digugat.* Mudah ambil berat terhadap orang lain.* Pandai muhasabah diri.* Cara berfikir yang lain dari orang lain.* Otak yang sangat tajam.* Pandai mendorong diri sendiri.* Tidak hargai pujian.* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.* Cuba sampai berjaya.* Badan yang sasa.* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.* Suka duduk d irumah.* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.* Bercita-cita tinggi.* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.* Bersifat patriotik.* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.* Bercita-cita tinggi.* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.* Seronok bila didampingi.* Suka bercampur dengan orang.* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.* Tidak pandai berpura-pura.* Cepat marah.* Perangai yang mudah berubah-ubah.* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.* Benci pada kongkongan.* Suka berlawak.* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Saturday, October 4, 2008

suami terbaik

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "

"Hello?" "Abang, nie sayang nie," "Emmm... " "Abang masih ada di kelab lagi ke?" "Iya." "Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?" "Berapa harganya?" "Cuma $1500.00 aje" "O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat" "Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu " "Berapa harga yang dia bagi?" "Cuma $280,000 ..." "O.K tapi pastikan harga tu dah on the road." "Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..." "Apa?" "Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . " " Berapa harga yang mereka minta?" " Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu. . ." "Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?" "OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!" "Bye... I Love you too..." Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut : "

ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

he2....sobar jo lah

syiah..apa kata Al-Qaradhawi...

Pegangan al-Qaradhawi terhadap Syiah


Laman al-Qaradhawi - 17-09-2008

Pada 13 Ramadhan 1429 yang lalu, Agensi Akhbar Iran Mehr, telah melancarkan serangan terhadap al-Qaradhawi diatas dialog beliau yang disiarkan di surah khabar Mesir, al-Masri Al-Yaum yang telah membangkitkan ketidak puashatinya penganut Mazhab Syiah.
Kata al-Qaradhawi : Saya tidak mengkafirkan mereka, sebagaimana yang dilakukan oleh mereka yang melampau. Saya berpandangan bahawa mereka adalah orang Islam, akan tetapi melakukan bid'ah. Beliau mengatakan barangsiapa yang mengucap Syahadah, mereka masih lagi di anggap Islam. Beliau telah memberi amaran kepada perkara-perkara luar biasa yang dilakukan oleh Syiah, seperti menghina, mengeji para sahabat Nabi :saw, perbuatan Syiah mencucuk jarum doktrinnya kedalam masyarakat Ahli Sunnah. Lebih-lebih lagi mereka telah membelanjakan billion ringgit melatih kader-kader untuk menyebarkan doktrin Syiah, dan perkara ini tidak dilakukan oleh Ahli Sunnah. Komen beliau terhadap kenyataan Ayatollah Muhammad Hussein Fadlallah ; ia merupakan perkataan yang pelik dan memeranjatkan beliau dengan isu yang sebegini rupa. Berikut diringkas pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengenai pendirian beliau terhadap Syiah. 1. al-Qaradhawi percaya kepada prinsip perpaduan umat Islam, baik ia melibatkan kumpulan-kumpulan tertentu atau mazhab, dimana mereka itu beriman kepada Kitab yang satu, Rasul yang satu, kearah Kiblat yang satu, dan diantara mereka itu terdapat khilaf, dan tidaklah itu mereka tersingkir. 2. Hanya satu kumpulan sahaja yang selamat diantara 73 kumpulan sebagaimana yang telah dinyatakan didalam hadith. Selain dari kumpulan itu, mereka adalah keterlaluan atau sesat. Setiap kumpulan percaya bahawa diri mereka terselamat, dan yang tinggal adalah yang sesat. Beliau percaya bahawa Ahli Sunnah sahaja yang terselamat, kesemua kumpulan yang lain melakukan bid'ah dan sesat. Diatas asas ini, al-Qaradhawi berpendapat bahawa : Sesungguhnya Syiah terlibat didalam BID'AH dan TIDAK KAFIR, dan sesungguhnya kebenaran itu bukan pelbagai, dan syukur kepada Allah bahawa 9/10 umat Islam adalah Ahli Sunnah, dan kebenaran yang berkata mengenai kami. 3. Beliau mengambil sikap sederhana terhadap Syiah Imam 12, dan tidaklah membenarkan takfir (mengkafirkan); sikap mereka terhadap al-Quran, terhadap Sunnah, terhadap sahabat, memuliakan Imam, dan yang mempertahankannya, dimana Imam itu dikatakan mengetahui perkara ghaib dimana Nabi-Nabi sendiri tidak mengetahuinya. Beliau telah berulangkali menjelaskan didalam buku Dialog dan Taqribnya. Beliau tidak bersetuju dengan pegangan mereka dan berpendapat bahawa pegangan ini salah : iaitu Nabi :saw telah memilih pengganti Ali ra untuk menjadi Khalifah, dan para sahabat menyembunyikan berita ini, dan mereka mengkhianati Nabi :saw dan menafikan kebenaran yang tertinggi, dan mereka melakukan konspirasi terhadapnya. Yang peliknya, Ali ra. tidak pernah mengumumkan kepada umum dan menegakkan kebenaran? Malahan beliau berbai'ah kepada Abu Bakar, Umar dan Othman. Maka pesoalan disini, kenapa Ali ra tidak bersemuka dengan kebenaran? Kenapa beliau tidak becakap benar? Kenapa pula anak beliau al-Hassan pula bersetuju memberikan jawatan Khalifah kepada Muawiyah? Bagaimana Nabi :saw memuji apa dia lakukan, sesesungguhnya Allah mendamaikan dua orang Islam yang hebat! Syiah melakukan bid'ah didalam amalannya, misalnya memperbaharui tragedi kematian Husein setiap tahun dengan menampar muka-muka, dada-dada dan memukul sehingga berdarah. Sudah lebih dari 13 abad meneruskan bencana ini! Mengapa pula mereka tidak melakukan perkara tersebut apabila Ayah mereka sendiri dibunuh? Bukankah itu lebih baik? Disini terdapatnya amalan syirik yang dilakukan dikubur. Kubur tempat dikebumikan Ahli Bayt, memohon pertolongan darinya dan berdo'a tanpa Allah. Terdapat juga dikalangan Sunni yang melakukan perkata tersebut, akan tetapi ulama' mereka telah membantah dan menafikan kebenaran perbuatan tersebut. Penjelasan diatas mengaitkan mereka dengan bid'ah, dan tidak menghukum mereka dengan kafir, atau kufur akbar, atau terkeluar dari agama. 4. Berkata al-Qaradhawi : Sesungguhnya perbezaan didalam Mazhab hanyalah pada perkara ranting, permasalahan amal, hukum ibadat dan muamalat, bukanlah merupakan satu masalah. Diantara kami dan Syiah bukanlah perselisihan yang besar dikalangan beberapa Mazhab Sunni. Syiekh kami, Syiekh Shaltut rh, bekas Syeikul Azhar pernah berkata bahawa dia telah berfatwa membenarkan Mazhab Ja'fari ; diatas perkara yang berkaitan cabang amalan penghukuman, dan mereka berbeza dari segi solat, puasa dan selain dari yang dua ini, berkemungkinan boleh ditolerasikan. 5. Apa yang beliau nyatakan didalam akhbar Mesir Hari Ini (al-Masri Al-Yaum) adalah merupakan sesuatu yang telus dan penegasan yang kuat, sebagaimana persidangan yang pernah beliau hadiri, samada di Rabat, Bahrain, Damsyik dan Doha, dan apa yang beliau telah dengar dari ulama' Syiah, dan apa yang telah beliau lontarkan semasa melawat Ayatollah di Iran 10 tahun yang lalu : Disana terdapatnya garisan merah yang harus kita ikut dan tidak boleh melepasinya, didalamnya termasuklah mengeji sahabat, penyebaran doktrin Syiah kepada negara-negara Sunnah tulen, dan kesemua ulama' Syiah telah bersetuju dengan beliau mengenai perkara ini. 6. Walaupun beliau mempunyai beberapa tanggapan (reservation) mengenai sikap Syiah terhadap jarum-jarumnya yang menembusi masyarakat Sunnah, beliau tetap berdiri dibelakang Iran didalam menuntut haknya memiliki tenaga Nuklear, dan menafikan sekuat-kuatnya ancaman Amerika terhadap mereka, dan kata beliau : "Kami berdiri menentang Amerika jika Iran diserang, Iran adalah sebahagian dari Darul Islam, perkara ini tidak boleh dikompromikan, Undang-undang kami mewajibkan kami mempertahankan mereka apabila dimasuki atau diancam orang luar, Semua agensi media Iran telah maklum mengenai pendirianku, dan beberapa pegawai resmi yang menghubungiku mengucapkan terima kasih dan menghargainya. Dan saya bukan berdiri kerana ingin mendapatkan simpati, tetapi saya mengatakan bahawa seseorang Muslim hendaklah menyokong seorang Muslim yang lain" Kenyataan penuh beliau :-
http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=6226&version=1&template_id=238&parent_id=237

sihir..macam-macam cara boleh berlaku

Sihir dalam politik ( sumber Utusan Online )

SOALAN: Kali ini, terang-terang di depan mata saya, individu yang hendak menjadi calon pemilihan bahagian menghulurkan wang kepada beberapa orang ketua cawangan agar mengundinya, juga beberapa orang barisan jawatan kuasa yang disenaraikan. Saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana tidak ada saksi dan pihak lawannya lebih kurang sama.
Pihak yang lagi satu pula saya mendapat khabar menggunakan khidmat pak kiai untuk menang, supaya lawannya kalah, orang mengundinya. Persoalan saya ialah adakah amalan menggunakan khidmat kiai itu boleh menyebabkan pengundi-pengundi tertentu akan memilihnya, berubah daripada niat asal untuk mengundi seseorang. Adakah dengan amalan seumpama ini seseorang itu menjadi lemah hatinya, rasa kasihan apabila melihat calon ataupun, adakah dengan berbuat demikian, seseorang itu akan tunduk ketika merenung matanya, atau ketika mata seseorang itu ditenung.
Saya macam tidak percaya perkara-perkara mengarut seperti ini, biarpun saya yakin menggunakan khidmat pak kiai itu perkara biasa.
– Hamba Allah, Bangi.

JAWAPAN: Secara pasti saya tidak dapat menjawab soalan saudara. Contohnya, A mahukan ia menang dalam satu pertandingan atau pencalonan. Dalam kumpulan pengundi, terdapat orang yang menyokongnya dan ada pula mereka yang akan mencalonkan pihak yang lain.
Lalu A tadi bertemu dengan orang- orang tertentu, Pak Kiai contohnya, seperti yang saudara jelaskan dalam soalan ini. Pengundi dikumpulkan di satu tempat tertutup, atau tempat terbuka, lalu air yang dibekalkan oleh Pak Kiai tadi diberi minum kepada pengundi dengan mencampurkannya dalam minuman.
Natijah daripada minum air tadi, pengundi menjadi lembut hati, rasa kasihan berubah fikiran dari asal berazam hendak mencalonkan calon B, tetapi setelah minum atau terminum air kopi dan air teh yang dibekalkan oleh Pak Kiai tadi pengundi akhirnya mengundi calon A.
Apabila persoalan seperti ini dikemukakan kepada saya, bukan mudah bagi saya dengan tepat dapat menjawabnya. Kalaulah amalan seperti ini boleh berjaya, tentunya ramai calon memenangi pilihan raya itu hasil membawa air yang dibekalkan oleh Pak Kiai.
Terlalu banyak faktor yang lebih munasabah dan rasional yang dapat diterima akal dalam menentukan kemenangan atau kekalahan seseorang calon. Ia melibatkan latar belakang calon, pendidikan, ketokohan, keterampilan diri, termasuklah hubungan individu dengan grass root dan sebagainya.
Calon yang berpendidikan lebih menyerlah pada mata pengundi, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang. Allah menjelaskan tidak sama mereka yang berilmu dengan mereka yang tidak berilmu.
Cara berfikir, bertindak dan cara mengatasi masalah. Calon yang berpendidikan tinggi menyedari betapa pentingnya ilmu dan kerana itu ia akan berusaha untuk menjadikan rakyat jelata manusia yang berilmu. Kejayaan mendirikan sekolah di kawasannya menjadi kebanggaan, jihad baginya, kepuasan yang tidak ada nilai bandingan.
Namun demikian, calon yang kurang berilmu akan lebih menonjolkan sesuatu yang bersifat zahiriah, materialistik, lantaran itu tidak pelik sekiranya ada orang-orang tentu yang beria-ia mengumpul harta sebanyak boleh. Menggunakan kuasa dan kemudahan yang dimiliki untuk kepentingan diri. Dengan demikian kepentingan rakyat terabai, menyebabkan rakyat yang selama ini terlalu mengharap kepadanya, yang sentiasa memerhati tingkah-lakunya sedikit demi sedikit merasa mual.
Dari sinilah lahirnya golongan manusia yang membina istana yang dihuni oleh deretan kereta mewah, biarpun imbuhan yang diberi dan tempoh menjadi pemimpin itu tidak mewajarkannya memiliki harta sebegitu banyak.
Kesemuanya ini mempengaruhi kemenangan atau kekalahan seseorang calon bagi tempoh berikutnya. Rakyat jelata merenung tajam setiap langkah yang diatur oleh seorang pemimpin dengan rasa penuh meluat dari hari ke hari. Rasa tidak senang dan meluat dimuntahkan apabila tiba masanya, iaitu ketika pilihan raya, yang berkemungkinan seseorang itu kecundang.
Allah memberi kaedah-kaedah, peraturan dan jalan-jalan yang sewajarnya dilalui untuk menjadi seorang pemimpin. Namun saya beranggapan, dan seseorang itu sering lupakan diri, lupakan persaudaraan, biarpun sesama Islam dan pelbagai macam lupa apabila sesuatu tindakan itu melibatkan kuasa yang hendak dimiliki, melibatkan harta banda dan pangkat.
Dari sinilah manusia akan berpolitik dalam politik dengan cara menabur wang seperti yang banyak berlaku. Calon kalau tidak memberi suapan dari tangannya, kempen manager jadi penggantinya. Inilah di antara kekuatan yang terjadi untuk memastikan kemenangan. Mainan menggunakan ‘Pak Kiai’, sama ada tempatan ataupun import dari tanah seberang bukan faktor utama untuk menentukan kemenangan atau kecundangnya seseorang biarpun tidak dapat dinafikan ia boleh dimanfaatkan.
Mencari sebab
Selain daripada wang yang ditabur, pertandingan selalunya melibatkan perbuatan mencari atau mengorek-ngorek sesuatu sebab yang boleh dijadikan alat untuk memalukan lawan, menyebabkan pengundi boleh melihatnya hina, tidak boleh dipercayai, tidak layak dan sebagainya. Itulah yang dinamakan ‘fitnah’. Biarpun Islam menganggap fitnah itu sebagai dosa besar, kejahatan fitnah lebih dahsyat daripada membunuh, tetapi pada amalannya, fitnah memfitnah menjadi instrumen utama, seumpama tidak boleh dielakkan.
Apabila tiba musim pencalonan, maka ketika itulah segala yang tersembunyi akan dibongkar dan dikorek, apatah lagi apabila seseorang itu memang terlibat dengan kemungkaran atau masalah tertentu, pergaduhan rumah tangga, antara anak isteri, anak terlibat dengan dadah, hutang kereta tidak dibayar, perkahwinan di sempadan, skandal seks dan sebagainya. Disebarkan juga berapa besar rumah calon, berapa orang isteri, berapa buah kereta dan lain-lain lagi.
Segala-galanya berlaku iaitu membuka aib atau mereka-reka aib tanpa ada rasa bersalah atau simpati, semata-mata kerana mahukan kuasa. Ajaran agama tinggal teori lapuk yang dipandang dengan mata sebelah.
Berbalik kepada soalan yang saudara kemukakan, saya ingin mengungkap kembali cerita Hang Tuah, yang mengembara ke Terengganu, berjaya melarikan Tun Teja. Tidak pasti sama ada cerita ini benar-benar berlaku ataupun semata-mata rekaan seseorang pengarang untuk golongan istana, untuk memperlihatkan betapa hebatnya pahlawan Melayu, yang dinamakan Hang Tuah. Hebat dan dianggap hero kerana berjaya melarikan anak dara orang yang datang ke Terengganu dari Melaka.
Setelah berlawan dengan pahlawan Terengganu dan Tun Teja berada dalam kapal, Hang Tuah telah membaca manteranya, menyebabkan Tun Teja terasa berahi dan kasih kepada Hang Tuah.
Apabila kapal tersebut hampir tiba di Melaka, Hang Tuah telah membaca jampi manteranya, menyebabkan Tun Teja lupakan Hang Tuah, lalu dengan tidak semena-mena merindui Raja Melaka.
Terdapat unsur-unsur sihir dalam amalan Hang Tuah ini. Dalam Hikayat Hang Tuah dijelaskan ia berbuat demikian dengan menggunakan jampi mantera, tidak menggunakan air, seperti yang saudara utarakan, iaitu air yang dibekalkan oleh Pak Kiai, yang penting ialah daripada merasa sayang dan berahi kepada Hang Tuah, yang berjaya melarikannya dari istana Terengganu, Tun Teja menjadi rindu dan berahi kepada Raja Melaka hasil mantera yang dibaca pada hal ketika itu Tun Teja tidak pernah melihat wajah Raja Melaka. Rindunya lahir semata-mata hasil jampi mantera yang dihembus dan dihambur oleh Hang Tuah.
Kalaulah perubahan kasih dan berahi Tun Teja itu boleh berlaku dan berubah orang yang belum pernah dilihat iaitu Raja Melaka, adakah mustahil seorang pengundi atau ketua cawangan yang asalnya berazam hendak mencalonkan nama calon A bertukar fikiran lalu memilih nama B setelah minum atau terminum air yang dibekalkan Pak Kiai?
Air tabiatnya menghilangkan haus. Tetapi dalam kes ini, pemilihan ketua bahagian, atau apa-apa pemilihan, wai imma untuk memilih atau mendapatkan seorang gadis untuk dijadikan isteri bagaimana air yang diberi minum itu boleh mengubah keputusan seseorang daripada memilih calon A kepada calon B.
Minum air biasa akan menghilangkan haus, tetapi minum atau terminum air yang dibekalkan oleh Pak Kiai boleh mengubah keputusan seseorang. Hal demikian membuktikan bahawa terdapat unsur-unsur sihir dalam penggunaan air tadi, di mana air merupakan perantaraan untuk melakukan amalan sihir.
Sihir tidak akan berlaku kecuali adanya penglibatan iblis dan syaitan. Saya telah jelaskan seseorang itu boleh melakukan macam-macam perkara dalam usaha untuk berkuasa, termasuk melakukan amalan sihir, seperti yang dilakukan oleh Hang Tuah. Walaupun demikian, pemahaman demikian tidak ada dalam pemikiran pembaca hikayat berkenaan kerana Hang Tuah adalah pahlawan Melayu terbilang.
Sekarang ini kita dihidangkan dengan cerita-cerita yang dinamakan “susuk”. Majalah-majalah dan surat khabar juga turut memperkatakannya. Dalam masyarakat Melayu, susuk selalunya dirujuk kepada amalan menggunakan bahan-bahan tertentu untuk tujuan supaya menjadi kuat, kebal, betah dipukul dan sebagainya.
Kalau ia dirujuk kepada kaum wanita, susuk selalunya digunakan pada bahagian muka, yang menggunakan bahan jarum emas, serbuk intan, serbuk berlian dan sebagainya.
Dengan berbuat demikian, wajah seseorang itu kelihatan sentiasa cantik, pemandang menjadi gemar melihatnya seperti melihat emas, berlian ataupun permata. Muka dikatakan terus tegang biarpun usia tua yang selayaknya berkerepot.
Muka yang diberi markah C oleh seorang pengadil seni, menjadi berubah, mendaki markah A++, diminati ramai apabila berlakon, suaranya berkumandang memukau pendengar termasuk burung-burung yang terbang di awan berhenti apabila mendengar suaranya, menurut deklamasi penyair.
Adakah semuanya ini boleh berlaku. Jawapannya, ialah memang boleh berlaku dengan izin Allah, biarpun adakalanya tidak berlaku, menyebabkan pengamalnya, iaitu orang yang menggunakan susuk perasan semata-mata. Merasa orang lain melihatnya cantik, pada hal pandangan orang tidak berubah.
Berubah
Soalannya, kalau muka menjadi berubah menurut orang yang melihatnya, hasil menggunakan susuk, macam mana pula ia boleh berlaku. Dalam masalah ini saya merujuk kepada pertunjukan silap mata di tepi jalan. Sebelum menjual ubat yang dibawa, tukang silap mata memohon maaf kepada penonton, menyatakan dia hendak mencari makan dengan membuat pertunjukan silap mata.
Seorang budak yang berada bersamanya, dibaringkan di atas sekeping tikar. Mukanya ditutup dengan sehelai kain merah hingga ke dada, lalu ia memasukkan tangannya di bawah kain dan menusukkan pisau di tangannya menembusi leher budak tadi.
Darah berbuih keluar. Bau hanyir menyelubungi kawasan sekitarnya. Pertunjukan berakhir setengah jam selepas itu, iaitu selepas memungut derma daripada penonton dan ubat dijual.
Ketika saya minum cendol di warung berhampiran, budak yang sama, yang lehernya ditembusi pisau sepanjang satu kaki, duduk di sebelah saya sama-sama memesan cendol. Persoalannya, adakah apa yang kita lihat itu benar-benar berlaku. Semuanya adalah dusta, tetapi ia kelihatan seumpama ditembusi pisau, kerana mata kita ketika itu telah disihir menyebabkan kita melihat sesuatu yang sebenarnya tidak berlaku. Sihir tidak berlaku kecuali dengan adanya penglibatan jin-jin atau iblis dan syaitan.
Dengan menggunakan sihir pandangan seseorang mungkin boleh berubah melihat sesuatu yang tidak berlaku. Begitu juga dengan perubahan sama ada daripada memilih calon A kepada memilih calon B.

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...