Monday, June 15, 2009

Resepi Hujung Minggu


Alhamdulillah, hari ini saya berjaya masakkan satu lagi makanan kesukaan Isteriku Tersayang..Apa dia? Ikan siakap Masak Tiga Rasa. Saya walaupun suka masak, tapi saya paling suka kalau isteri saya masak sambal. Memang best bangat..Tidak kiralah sambal apa, ikan bilis ker, ikan ker, ayam ker, asalkan sambal saya memang suka kalau isteri saya yang masak.

Ok, hari ni nak kongsi resepi yang simple nie..tapi oklah..

Ikan siakap Tiga rasa ( Ini resepi sdn.bhd..kalu tak jadi ngan marah yer)

1.Ikan siakap dibuang perutnya..
2.kunyit serbuk, garam dan tepung jagung ( di gaul sebati )

3.bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, serai 2 batang ( di potong halus )

4.sos cili, sos tomato dan sos tiram dan sedikit air( di kacau sebati )

5.Garam dan gula.

First skali sapukan bahan 2 di badan ikan yang dah dibersihkan tadi. dah disapu rata, baru dimasukkan dalam kuali yang minyaknya dan panas betul. kenapa mesti campur tepung jagung, sebab nak elak dari melekat dan kulit ikan garing.

kemudian bila dah siap goreng, asingkan ikan dalam pinggan besar. kemudian tumiskan bahan 3 sehingga naik bau. kalu bau tak naik-naik tapi bahan tadi dah garing campurlah dengan bahan 4 tadi. Janganlah bau tak naik-naik nak tunggu gak sampai naik bau, nanti hanguslah pulak. campurlah air sedikit lagi kalau nak lebih kuahnya.

kemudian campakkan sedikit garam dan gula untuk menyedapkan rasa. Gula jangan banyak sangat koz sos cili tuh dah agak maniskan. tapi kalau nak manis tambahlah gula tuh lebih. Pada saya masak nie ikut suka kitalah, nak tambah bahan apa atau nak kurangkan itu hak kita. Tekak kitakan, betul tak. So kalu kawan-kawan nak tambah bahan-bahan lain boleh sangat, terpulanglah atas kreativiti masing-masing.

ok, bila cukup rasa dan kuahnya pun dah masak, tutuplak api gas tuh. kemudian curahlan kuah tadi atas ikan. Maka jadilah siakap tiga rasa macam dalam gambar nie..

Cubalah, tak sedap ngan komplen yer...

selamat mencuba..



Wednesday, June 10, 2009

Apabila Orang Melayu Semakin Liberal

Menurut Kamus Dewan Bahasa perkataan liberal membawa maksud terbuka. Perkataan liberal berasal daripada perkataan Latin liber yang bermaksud bebas atau bukan hamba. Perkataan liberal banyak dikaitkan dengan perkataan Inggeris liberty dan konsep kebebasan( Sumber : Wikipedia ).Apabila seseorang itu disebut sebagai bersikap liberal maka itu bermakna dia merupakan seorang yang bersikap terbuka dan bebas tanpa halangan. Hari ini ramai juga dikalangan kita yang bercakap soal liberalisasi dalam beragama. Apabila seseorang itu agak berlembut dan sederhana dalam mengeluarkan pendapatnya, maka dia mudah sekali untuk dicap sebagai golongan liberal. Tetapi apabila seseorang itu dilihat keras dan tegas dalam menyatakan pandangannya, maka dia pasti digelar seorang yang konservatif. Label-melabel dalam Islam kini adalah merupakan tren yang tidak sihat untuk kita umat Islam kerana ia tidak lain hanya menggalakkan perpecahan berbanding perpaduan.


Namun begitu tulisan ini bukanlah bertujuan untuk membicarakan aliran liberal dan konservatif dalam masyarakat Islam di dunia ini umumnya ataupun di Malaysia khasnya. Tetapi adalah bertujuan untuk membawa pembaca bersama-sama memikirkan tren baru masyarakat melayu di negara ini yang semakin liberal dalam hal agamanya. Baru-baru ini saya telah pergi ke Jusco Tebrau City di Johor Bahru untuk menjamu selera di sana. Alhamdulillah ramai juga bekas pelajar yang saya ketemui secara kebetulan pada waktu itu. Ada yang masih menjaga tatasusilanya dalam berpakaian, dan ada juga yang telah berubah gayanya. Apapun saya masih bersyukur kerana mereka masih sudi menegur dan masih menghormati saya sebagai bekas guru mereka.

Ketika sedang menikmati kelazatan makanan yang dipesan, tiba-tiba mata ini terpandang satu keluarga yang sedang berjalan di depan meja. Alhamdulillah, bapanya berkopiah, ibunya pula bertudung litup. Tetapi apa yang menyedihkan apabila anak lelaki remajanya yang pada perkiraanya berumur lebih kurang 18 tahun hanya memakai T-shirt dan berseluar pendek. Sidang pembaca sekalian, tiada niat untuk menghina atau mengaibkan sesiapa, tetapi kejadian itu adalah satu daripada lain-lain peristiwa yang pernah dialami sebelum ini. Ia amat menyedihkan apabila seorang ibu yang menutup aurat berjalan bersama anak daranya yang memakai baju " adik " yang sangat ketat dan merbahaya buat kaum adam yang memandangnya. Malah ada yang " meredhai " anaknya dengan mengizinkan mereka berjalan di pasaraya bersama ibunya dengan hanya memakai T-shirt ketat yang dipadankan dengan skirt pendek atas lutut.

MasyaAllah, inilah realiti yang sedang kita hadapi apabila masyarakat melayu islam semakin leberal pemikirannya. Kerana semakin tebalnya pemikiran ini, tidak menjadi sesuatu yang memualkan apabila makcik-makcik tua bertudung terjerit-jerit menyokong artis-artis realiti kesayangan mereka. Itu tidak mengapa kerana itulah namannya liberal. Jika dahulu perlakuan sebegitu dipandang hodoh oleh masyarakat, tetapi sekarang apabila kita bercakap tentang keburukan perkara tersebut, mereka akan memandang sinis kepada kita kerana kita ini amat jumud pemikirannya. Zaman telah berubah, zaman sekarang mesti lebih terbuka dan belajarlah menghormati hak orang lain walaupun kamu tidak gembira dengannya.

Jika dahulu di kampung-kampung amat jarang sekali untuk melihat anak-anak dara berkeliaran menaiki motosikal bersama pasangannya mengelilingi kampung. Apatah lagi untuk keluar di waktu malam. Tetapi kini semuanya amat berbeza sekali. Kadangkala apabila melihat cara berpakaian mereka kita merasakan seperti mereka lebih bandar daripada masyarakat kota. Mengapa ini berlaku? Ya, kerana orang melayu semakin leberal. Dan kerana semakin liberallah menyebabkan masyarakat di kampung-kampung dan di kawasan felda-felda semakin terbuka penerimaannya terhadap perkara-perkara yang dilihat buruk suatu ketika dahulu.

Bahayakah ideologi liberal ini?

Apabila seseorang itu berfikir secara liberal bermakna ia sedang berfikir secara bebas tanpa kongkongan daripada mana-mana pihak. Penganut ideologi liberal kebiasaannya akan berfikir lain daripada kebiasaan seseorang itu berfikir dan ianya pasti akan bertentangan dengan fitrah Islami manusia. Malah kesan paling hebat apabila ideologi ini semakin meresap ke dalam minda seseorang itu mereka akan melihat sesuatu itu biasa walaupun ianya adalah sesuatu yang luar biasa pada asalnya. Oeleh kerana ideologi ini berasal daripada Barat maka sudah tentulah ianya bertentangan dengan kehendak Islam yang melihat bahawa manusia itu perlu dikawal dengan undang-undang yang tertentu agar ia tidak bergerak melampaui batas. Aliran liberalisme di Barat menekankan kebebasan dalam semua hal samada dari segi politik, ekonomi, sosial dan budaya masyarakat. Ideologi liberal berkehendakkan kepada masyarakat di Barat pada waktu itu berfikir secara bebas tanpa dibelenggu oleh kawalan daripada sesiapapun hatta pemerintah pada waktu itu. Semangat peribadi yang tinggi dalam falsafah liberal itu sendiri menyebabkan masyarakat Barat pada ketika itu, malah sehingga kini hidup dalam kerosakan dan kehinaan. Mereka maju dari segi materialnya tetapi runtuh akhlaknya. Mengapa ini berlaku, tidak lain tidak bukan kerana kebebasan yang mereka agung-agungkan selama ini. Berbuatlah apa sahaja kerana anda berhak menikmatinya. Mungkin itulah motto rasmi bagi mereka yang berpegang kepada ideologi liberal ini.

Sabda Rasulullah saw :

“Sungguh kamu akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal sehasta demi sehasta, hingga kalau mereka masuk lubang biawak, kamu akan tetap mengikuti mereka.” Para sahabat bertanya,”Apakah mereka Yahudi dan Nasrani?” Jawab Rasulullah SAW,”Lalu siapa lagi?” (HR Bukhari & Muslim).

Kini pemikiran ataupun ideologi ini telah menerjah masuk ke alam melayu yang mana kesannya telah dapat kita lihat sedikit demi sedikit. Perbandingannya dapat kita perhatikan dengan melihat perubahan budaya hidup masyarakat melayu dahulu dengan masyarakat melayu moden sekarang. Lihatlah cara berpakaian mereka, cara mereka mengeluarkan pendapat tentang agamanya, cara mereka mengkritik Ulama'-ulama'walaupun mereka bukan ahli dalam bidang agama, cara pemakanan mereka dan di mana mereka makan, cara mereka mendidik anak-anak mereka dan bermacam-macam lagi yang boleh kita perhatikan. Ya mungkin berfikiran moden itulah yang dikatakan liberal kerana berfikiran tertutup itu dikatakan seseorang yang bersifat kampungan. Ya, mungkin juga mereka yang liberal itu adalah mereka yang lebih matang berbanding mereka yang tidak liberal. Ya, mungkin juga mereka yang liberal itu adalah golongan yang berani kerana bisa mengubah cara berfikir umat Islam yang kononnya begitu jumud kerana dikongkong itu dan ini dengan hukum-hakam agamanya. Salahkah mereka ingin berkelakuan begitu dan begini kerana mereka tidak meninggalkan solat, mereka berpuasa dan mereka begitu menghormati orang tua. Mereka cuma inginkan ruang kebebasan dalam diri mereka seperti cara berpakaian dan aktiviti sosial mereka. Mereka tidak mengganggu orang lain, mengapa mereka mesti diganggu oleh segelintir mereka yang tidak senang dengan cara mereka berfikir.

Secara peribadi perkembangan ini begitu membimbangkan kerana jika ini tidak diambil perhatian dan dikawal, tidak mustahil suatu hari nanti Malayu yang ada kini akan hilang nilai ketimuran dalam dirinya. Malah ideologi ini akan menggalakkan budaya tidak kisah dan tidak ambil peduli orang lain. Janganlah nanti orang yang berbuat baik itu dilihat sama sahaja dengan mereka yang berbuat mungkar. Tidak ada kaedah lain yang dapat mengatasinya melainkan kita perlu kembali atau berbalik kepada ajaran Islam yang sebenar. Bukan ajaran islam yang hanya diambil ketika perlu sebagaimana orang mengambil ubat demam ketika demam. Islam bukan ubat demam yang hanya boleh diambil apabila perlu dan mengikut masa-masa yang ditetapkan oleh pihak doktor. Islam itu " way Of Life " dan perlulah digerakkan sepanjang hayat ini selagi mana bernafas.

Ingatlah wahai umat Islam, dunia ini bukan milik kita, tetapi harta yang kita warisi daripada anak-anak kita. Jika kita gagal menjaganya, maka merekalah yang akan menikmati kehancurannya. dan ingatlah bahawa rosaknya Islam pada hari esok adalah kerana tangan-tangan kita pada hari ini.

Selamat Berubah Kepada Kehidupan Baru

Wallahu'alam

www.teratakmuslim.blogspot.com

Tuesday, June 9, 2009

Rasepi Hari Ini


Rasanya agak lama saya tidak update blog saya kerana kesibukan menguruskan isteri yang sedang berpantang dan 2 anak lelaki masing-masing ada ragamnya. Yang paling mencabar bukannya menjaga isteri yang sedang berpantang yang sudah masuk hari yang ke-30, tetapi melayan keletah haris husaini yang banyak mencabar erti kesabaran dalam diri saya..Namun ia bukanlah sesuatu yang membebankan, malah ia begitu menyeronokkan kerana setiap hari saya melihat peringkat-peringkat perubahan dalam minda dan tingkahlakunya. Benarlah kata ilmuan, anak kecil jangan disekat kreativitinya kerana dia sedang belajar mengenal dunia ini. Tidak mengapa haris husaini, abah tidak marah jika haris tolong abah " kemas " rumah yang baru abah kemas. Abah tidak marah kalau haris susun mainan haris satu rumah, tumpahkan air, kuah, nasi dan macam-macam lagi kerana abah tahu haris sedang belajar mengenal dunia ini. Cuma yang abah harapkan( jika haris fahamlah ), janganlah dikejut adik hashri yang sedang tidur kerana abah pun hendak berehat.


Alhamdulillah, hari ini saya berjaya menyiapkan menu dari daging kambing. Orang kata daging kambing panas, baik untuk orang baru lepas bersalin. Jika ada yang tidak bersetuju jangan marah ye kerana saya dan isteri baru selesai menghabiskannya. Mudah-mudahan tiada mudarat daripadanya. Di bawah ini saya sertakan resepinya, dan cubalah kerana saya baru selesai mencubanya buat kali pertama. Alhamdulillah rasanya berjaya. Baiklah rakan-rakan, selamat mencuba.


1. Daging kambing ( Potongan dan berat bersih ikut sukalah )

2. Bahan untuk dikisar

1 btg kulit kayu (ketuk sikit)
sedikit jintan manis
2@3 kuntum bunga cengkih (ketuk sikit)
3@4 kuntum bunga lawang
1 1/2 biji bwg besar
sedikit halia
2 biji bwg putih
sedikit kunyit

3. Garam
4. 2 sudu besar cili giling/mesin
5. 2 sudu Kicap. Kalau kurang hitam, tambahkan sedikit lagi. tapi jangan sampai hitam macam kicap plak yer.
6. air asam jawa secukup rasa
7. sedikit gula merah atau gula pasir

Cara-cara

Kisarkan semua bahan di nombor 2. Gaulkan daging kambing tadi bersama dengan garam, bahan kisar, cili mesin dan kicap. Perapkan selama 30 minit atau lebih.
kemudian Panaskan minyak untuk menumis. kemudian diKacau rata dan tutup periuk sebentar.

Masukkan air asam jawa dan tambahkan air jika perlu untuk melembutkan daging. Bila daging dah lembut, masukkan gula merah.jika tiada gula merah, gantikan dengan gula pasir sahaja. Selepas itu biarkan sehingga sebati dan siap untuk dihidangkan.



TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...