Tuesday, February 23, 2010

Buku Saya Di Tangga Ke 9 Dalam Senarai Best Seller Minggu Lepas Di MPH

Alhamdulillah...Tiada lafaz terbaik yang mampu saya ucapkan melainkan Alhamdulillah kerana pemberian yang tidak terhingga nilainya Allah berikan kepada buku pertama tulisan saya : Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik. Biarpun di tempat yang ke9 ia sudah cukup bermakna bagi insan kerdil bernama Razali ini..Terima kasih Allah...Terima kasih Isteriku sayang...terima kasih semua..


MPH Best-Sellers List for Week Ending Feb 14, 2010


Local Authors

1. Indahnya Hidup Bersyariat by Dato’ Ismail Kamus

2. Bila Allah Menduga Kita by Syed Alwi Al-Atas

3. Bongkar Misteri Tarikh Lahir Anda by Rozzani Din

4. Roadmap to Financial Freedom: The Ultimate Guide to Financial Freedom by Yap Ming Hui
5. Diari Sufi by Siti Munazakiah

6. 40 Questions You Should Ask Your Lawyer Before Buying a Residential Property In Malaysia by Khairul Anuar Shaharudin

7. Buat Duit dengan Blog: Rahsia Menjana Wang Cara Mudah by Yazid Yahaya

8. What Your Teacher Didn’t Tell You: The Annexe Lectures (Vol. 1) by Farish A. Noor

9. Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik by Razali Saaran

10. Natrah:1937-2009 Cinta,Rusuhan Dan Airmata by Fatini Yaacob

Sumber : http://www.mphclick.com/



Sunday, February 21, 2010

Terima kasih yang telah membeli dan membaca buku tulisanku

Assalamualaikum...apa khabar semua. sudah lama rasanya tidak posting di blos saya ni. kesibukan menyebabkan saya hanya membuka blog sahaja, tetapi tidak update. tetapi hari ini saya ingin berkongsi satu tulisan yang ditulis oleh seorang pembaca buku tulisan saya di dalam blognya. terima kasih kepadanya dan terima kasih kepada anda yang lain yg telah membaca buku saya. Baiklah, mari kita hayati bersama tulisannya ini.


Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik

Sudah menjadi kebiasaan saya, selalu kalah jika masuk ke MPH. paling kurang, RM20 pasti digunakan untuk membeli buku. Nah! Buku terbaru yang saya beli, “Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik” hasil tulisan Razali Saaran edaran Mustread Sdn. Bhd.
Melihat biodata penulis beliau merupakan seorang guru di salah sebuah sekolah di Johor Bharu. Latar belakang pendidikannya yang sedikit berbeza dengan deretan penulis-penulis buku ternama yang lain membuatkan saya sedikit gusar untuk membaca buku ini. Adakah ia mampu meyakinkan saya akan isi kandungannya. Ah! Don’t judge book by it’s writer!.
Alhamdulillah setelah ¾ buku ini saya baca, saya berasa amat berterima kasilh pada penulis. Dengan penggunaan bahasa yang santai, dan tidak terlalu factual , beliau menjelaskan teknik- teknik untuk guru mengajar dengan berkesan berpandukan sunnah Rasulullah saw. Sebelum penulis melanjutkan tulisannya, beliau menekankan guru itu hanyalah layak buat insan yang benar-benar arif dan terlatih dalam suatu bidang itu kerana profession sebagai seorang guru ini, betul-betul memerlukan kemahiran yang khusus bukan sekadarnya sahaja. Juga ditegaskan di sini mengenai peranan seorang guru itu bukanlah sekadar mengajar dalam kelas, tetapi soal akhlak para guru yang harus dititikberatkan dalam penyampaian ilmu kepada pelajar dan penerimaan pelajar yang berkesan. Antara kaedah yang diperincikan dalam buku ini ialah kaedah soal jawab. Guru-guru seharusnya banyak bersoal jawab dengan pelajar bagi meningkatkan daya pemikiran mereka. Kaedah ini juga telah diguna pakai oleh Rasulullah saw yang bersoal jawab dengan para sahabat pada zaman dahulu.
Banyak lagi kaedah-kaedah mengajar yang dijelaskan di sini seperti, kaedah menghukum pelajar, memahami emosi pelajar,kaedah berkomunikasi, kaedah bergurau, dan lain-lain lagi. Dan istimewanya buku ini, kesemua kaedah yang dijelaskan adalah berdasarkan apa yang telah Rasulullah amalkan ketika baginda bersama para sahabat dahulu. Secara tidak langsung, kita dapat mengetahui sirah baginda dan mengamalkan sunnahnya dalam kelas.
Tidak syak lagi, Rasulullah sememangnya contoh ikutan sepanjang zaman. Tiada guru yang terbaik selain Rasulullah saw.

Sami yusof-Al- Mu’allim

www.linda-qibtiah.blogspot.com



TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...