Monday, January 30, 2012

the most adorable teacher in my life

Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulillah...

Tulisan di bawah ini ditulis oleh bekas anak murid saya yang pernah di ajar 2 tahun lalu..Jika Farahin baca tulisan ini, cikgu nak ucapkan terima kasih..Cikgu bukan guru yang terbaik, tapi cikgu suka tulisan ini...Cikgu benar-benar terharu...Terima Kasih...

Sumber : thelamestory.blogspot.com

the most adorable teacher in my life

this post is about my teacher
cikgu ajar aku dalam KH(kemahiran hidup,perdaggangan dan keusahawanan)
*walaupun secara jujur nya aku tak suka KH :P*
tapi aku just masok his class
just to hear his 'nasihat'
im sure seterok-terok mane orang pun
bile bersame cikgu ni akan jadi baik

cikgu Razali Saaran..
my fav teacher <3


dia bukan mcm cikgu cikgu lain . kalau dengar betol betol
setiap benda yg dia ckp ade maksud tersirat
*ceh wah*
ini cikgu disiplin SMK. Taman Daya 2
mengajar selama 7tahun di sekolah itu
*kenape ayat aku niee ?*

cikgu Razali ada tulis buku
and now dia dah ada dua buah buku
dan buku ketiga tengah OTW

book 1: Hebatnya Cara RASULULLAH Mendidik
Buku ini adalah buah tanganku yang pertama. Ia begitu bermakna buatku kerana akhirnya apa yang terpendam dalam diriku berkaitan guru terluah jua akhirnya. Bagi mereka yang membaca buku ini, pasti bertemu dengan mukadimah tulisanku yang menceritakan mengapa buku ini ditulis.*dicopy paste dari blog Teratak Muslim*

book 2 : Watak-Watak Dalam Organisasi
Buku yang kedua ini pula berkenaan dengan organisasi. Sengaja aku memilih tajuk ini untuk menggambarkan tentang perwatakan-perwatakan yang sering wujud dalam organisasi yang seringkali dilupakan dan tidak diambil peduli. Sedangkan kesannya begitu hebat kepada organisasi.*juga telah dicopy paste dari blog Teratak Muslim*

Aku Menulis Bukan Kerana Nama.

Aku Menulis Kerana Menegur Diriku Sendiri
*by cikgu Razali*

go to my teacher blog :)


teng..sekian,
kalau cikgu bace niee, saye nak ucapkan tahniah cikgu :)

Wednesday, January 25, 2012

Mari Bersolat ! - Salah satu tajuk dalam buku Nota Hati Buat Pelajar yang baru memasuki pasaran...



Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya solat itu ketenangan hati, dan kerendahan hati dan permohonan jiwa.”
Firman Allah SWT di dalam al-Quran pula bermaksud, “Wahai orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah berserta -orang yang sabar.” [al-Baqarah : 153 ]
Manakala Dr. Ibrahim Fiqhy mengatakan, “Seseorang tidak akan memiliki kekuatan yang akan menghantarnya kepada ketenangan dan rasa aman kecuali dengan solat.”
Bagaimana pula dengan tindakan anda sekiranya ditimpa masalah yang mencengkam jiwa sehingga mengganggu konsentrasi ketika belajar? Tentu banyak caranya bukan? Tetapi, tahukah anda ketika mana Rasulullah SAW ditimpa masalah, baginda bersolat.
“ Istirahatlah kami dengan solat wahai bilal.”
Benarlah sebagaimana yang disebut oleh Dr. Aid Al-Qarni (2009) yang mana menurut beliau, solat pada baginda adalah umpama penyejuk mata, sumber kebahagiaan dan kesenangannya. Menurut beliau lagi, dalam sejarah insan-insan yang mulia dapat diperhatikan apabila mereka ditimpa dugaan dan kesusahan mereka akan terus mendirikan solat secara khusyuk sehingga kekuatan dan semangat mereka dapat kembali.
Aplikasikan ia dalam hidupmu :
i. Kerana solat itu sumber kekuatan dan ketenangan hati.
Ketika manusia itu ditimpa masalah, jiwanya pasti menjadi gelisah. Pelbagai persepsi buruk menyerang fikirannya. Seandainya persepsi itu dilayan ia boleh mengakibatkan tekanan yang melampau. Sedangkan semua itu hanya tanggapan semata-mata, bukan realiti.

Ya, sekiranya anda tertekan kerana memikirkan masalah pelajaran, peperiksaan yang semakin hampir atau apa jua masalah yang mengganggu jiwa, bersolatlah kerana solat itu akan bertindak sebagai terapi dijiwa. Bersolatlah, kerana solat akan melapangkan hati anda. Bersolatlah, kerana solat akan memberikan kekuatan dan ketenangan dihati anda. Lihatlah betapa tenangnya wajah-wajah mereka yang bersolat itu. Saya biasa melihat wajah-wajah kelat manusia sebelum bersolat. Apabila air wuduk membasahi wajah mereka, nur ketenangan sudah terserlah di wajah mereka. Selepas bersolat pula wajah yang sebelumnya mendung dan penuh kecelaruan, bertukar menjadi tenang, ceria dan kelihatan berseri-seri wajahnya.

ii. Kerana dikatakan doa ketika solat itu makbul
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Waktu yang paling hampir seseorang hamba itu dengan Tuhannya ialah ketika ia sedang sujud, maka perbanyakan olehmu doa (dalam sujud).”
[Hadis Riwayat Imam Muslim]
Sekiranya anda tidak bersolat, bagaimana mahu mendapatkan keistimewaan itu? Sudah tentu ia suatu kerugian yang besar buat anda. Maka bersolatlah dan mohonlah hajat di dalam sujud kerana di ketika itu Allah SWT begitu hampir dengan anda. Sampaikanlah suara hati anda seadanya kerana sesungguhnya Dia Maha Mendengar.
iii. Kerana solat juga membersihkan hati
Anda harus sedar bahawa hati yang bersih mudah menyerap ilmu. Hati yang kotor akan bertindak sebagai tapisan (filter) yang akan menghalang ilmu menyerap ke dalam hati dengan lancar. Ini kerana hati yang kotor melahirkan jiwa yang kotor. Jiwa yang kotor melahirkan hati yang tidak tenang. Hati yang tidak tenang akan menyebabkan fikiran tidak fokus kepada pelajaran. Apabila fikiran tidak fokus, sudah tentu memberi kesan yang negatif kepada pembelajaran anda di sekolah dan rumah. Oleh itu awasi solat anda. Laksanakannya mengikut masa yang ditetapkan dan jangan bertangguh. Sesungguhnya solat di awal waktu itu adalah amalan yang dicintai Allah SWT sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah SAW apabila ditanya oleh sahabat berkaitan amalan yang paling dicintai Allah SWT. Lalu daripada tiga jawapan yang disebut, solat pada awal waktu adalah di antaranya.

Saturday, January 7, 2012

Sekolah BaruKu

Alhamdulillah sudah 3 hari saya bertugas di sekolah baru di Bandar Seremban ini. Alhamdulillah, setelah 3 hari berlalu, banyak pengalaman baru yang saya peroleh di sini.

Pertamanya saya perlu keluar rumah pada jam 6.30 pagi kerana jarak antara sekolah dan rumah agak jauh.

Keduanya guru-guru yang kebanyakkannya super senior menjadikan saya begitu junior di sini walaupun tahun ini adalah tahun ke-9 saya bergelar seorang guru. Jika di JB dahulu, saya adalah antara guru senior di sana. Namun begitu, walaupun mereka yang kebanyakkannya super senior, mereka bekerja dengan penuh dedikasi dan begitu menghormati antara satu sama lain. inilah kekuatan sekolah ini sehingga menjadikan sekolah ini begitu cemerlang keputusan PMRnya...

Ketiga, pelajarnya tidak ramai iaitu sekitar 700 lebih orang pelajar..Terdapat pelajar aliran agama dari tingkatan 1 hingga 5 menyebabkan saya terasa seolah-olah berada di sekolah agama. Selain itu sekolah ini terdapat aliran pendidikan khas dan tingkatan. Saya juga boleh mengatakan para pelajarnya matang kerana kebanyakkan program sekolah seperti orientasi pelajar baru, aktiviti ko-ko mampu diuruskan oleh mereka. Mungkin kerana faktor sekolah yang lama, ada pelajar yang tinggal di asrama serta guru-guru yang berpengalaman luas.

Keempat, pentadbir yang mesra guru.

Kelima dan seterusnya...biarlah rahsia

Namun begitu, secara keseluruhannya saya begitu gembira di sini dan bersyukur kepada Allah kerana menempatkan saya di sekolah yang berbeza gaya dan ragamnya. InsyaAllah saya akan beri yang terbaik demi kecemerlangan sekolah. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya untuk menjalankan tanggungjawab di sini. Buat rakan-rakan lama, pelajar-pelajar lama di JB, saya merindui kalian dan kalian adalah insan-insan hebat yang pernah saya kenali suatu ketika dahulu...Seandainya ada kesalahan yang tidak sempat dimohon maaf, saya dengan rendah hati memohon maaf kepada kalian.

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...