tag:blogger.com,1999:blog-65142868500877191712024-03-14T09:43:47.497-07:00Teratak Muslim" Dunia Di Tangan.....Akhirat Di Hati "Cikgu Zaliehttp://www.blogger.com/profile/02491805365845114796noreply@blogger.comBlogger254125tag:blogger.com,1999:blog-6514286850087719171.post-68013983148807243162018-10-29T19:06:00.000-07:002018-10-29T19:06:05.282-07:00TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN
MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN <o:p></o:p>
yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan bermula tidak berapa lama
lagi. Bagi adik-adik yang bakal berhadapan dengan peperiksaan tersebut, sudah
tentu dalam masa yang masih berbaki beberapa minggu ini, ia bukanlah sesuatu
yang mudah untuk dihadapi. Namun begitu, sekiranya kita telah bersiap sedia
untuk menghadapinya, peperiksaan yang bakal diduduki itu bukanlah sesuatu yang
wajar ditakuti. Bahkan ia sepatutnya menjadi satu medan perjuangan yang sangat
ditunggu-tunggu bagi membuktikan kemampuan diri yang sebenar setelah membuat
persediaan sejak sekian lama. <o:p></o:p>
apakah yang kita boleh lakukan dalam masa yang terdekat menjelang peperiksaan
yang semakin hampir ini? Di sini saya akan kongsikan sedikit tip buat tatapan
adik-adik. Mudah-mudahan perkongsian kecil ini ada manfaatnya buat adik-adik yang
bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Buat adik-adik yang mungkin baru hendak
belajar secara serius, sememangnya masa yang ada ini sudah terlalu singkat. Secara
logiknya, belajar disaat akhir ini seakannya tidak masuk akal. Sudah pasti kita
beranggapan belajar disaat akhir ini hanya tindakan yang sia-sia. Namun
percayalah, insya-Allah adik-adik masih lagi sempat. Teruskan berusaha tanpa
jemu dan selebihnya serahkan sahaja kepada Pencipta kita. Insya-Allah, setiap
usaha yang dilakukan, biarpun disaat akhir menjelang peperiksaan, ada
ganjarannya di sisi Allah. Tugas kita adalah berusaha dan selebihnya pada Allah
tempat kita berserah diri. <o:p></o:p>
adik-adik, di bawah ini saya kongsikan sedikit tip mudah buat adik-adik
menjelang peperiksaan yang semakin hampir ini. Moga ada manfaatnya,
insya-Allah.<o:p></o:p>
Fokus pada hari yang masih berbaki. <o:p></o:p>
tempoh masa yang masih berbaki ini, adik-adik perlu memberi sepenuh tumpuan sehingga
hari peperiksaan yang sebenar tiba. Abaikan perkara-perkara remeh yang boleh
mengganggu fikiran. Kita biasa melihat, gangguan-gangguan pada hari-hari
terakhir itu boleh menyebabkan kita hilang fokus sehingga boleh mengganggu
tumpuan terhadap peperiksaan yang semakin hampir. Ibarat perlawanan bola sepak
yang sudah menghampiri minit-minit terakhir, sekiranya para pemain tidak
memberi tumpuan sepenuhnya terhadap lawannya, mungkin akhirnya pihak lawan
dapat menembusi gawang pasukannya akibat kecuaian sendiri. Ejekkan daripada
penonton atau provokasi daripada pasukan lawan adalah antara perkara remeh yang
perlu diabaikan. Sekiranya mereka memberi sepenuh tumpuan dan tidak melayan
perkara-perkara tersebut, akhirnya mungkin pihak lawan akan kehilangan
taringnya dan mereka memenangi perlawanan tersebut. Begitulah juga dengan
peperiksaan, jangan sampai perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengannya
menyebabkan adik-adik hilang fokus dan tidak mampu memberi sepenuh perhatian
terhadap peperiksaan. <o:p></o:p>
Pastikan semua tajuk telah dikuasai. <o:p></o:p>
adik-adik tidak menguasai semua tajuk, bermaksud anda belum bersedia
sepenuhnya. Buatlah senarai semak bagi tajuk-tajuk yang berkaitan ( tajuk besar
dan sub tajuk ) dan tandalah tajuk-tajuk yang telah dikuasai. Mana-mana tajuk yang
belum dikuasai pula, usahakan segera untuk menguasainya. Selain itu, buatlah
nota-nota kecil dan ringkas untuk memudahkan proses mengingat secara
berterusan. Nota ringkas akan memudahkan proses mengingat semula dengan lebih
pantas dan mudah menjelang peperiksaan. Buat juga latihan soalan-soalan
sebenar. Pastikan tempoh menjawab dibuat mengikut tempoh masa yang telah
ditetapkan. Latihan menjawab ini penting untuk membiasakan diri dengan bentuk
soalan dan tempoh masa menjawab sebenar nanti. Apabila adik-adik telah terbiasa
dengan bentuk soalan yang sebenar, insya-Allah tidak akan kekok semasa menjawab
dalam peperiksaan.<o:p></o:p>
Belajar secara berkumpulan <o:p></o:p>
tidak mahu, bagi pelajar yang mungkin baru sahaja insaf, belajar secara berkumpulan
lebih mudah memberi kefahaman kepadanya terhadap sesuatu tajuk. Lantiklah
seorang ketua yang mana ketua tadi akan menjadi ‘guru’ kepada ahli kumpulannya.
Cara ini bukan sahaja pantas membantu rakan-rakan lain yang mungkin belum
menguasai sesuatu tajuk, bahkan menjadikan Si ketua semakin ingat dan menguasai
topik-topik yang diajar kepada rakan-rakannya. Semasa saya mengambil SPM
dahulu, inilah yang diamalkan dan kami belajar di kantin sekolah pada waktu
petang. Sebaiknya, biarlah ada papan hitam atau putih di tempat itu untuk
memudahkan sesi perkongsian dilakukan. <o:p></o:p>
Dampingi guru <o:p></o:p>
akhir ini, sentiasalah mendampingi guru. Minta tunjuk ajar dan tip-tip yang
boleh membantu dalam menjawab soalan peperiksaan. Bagi pelajar yang belajar disaat
akhir, inilah masanya bertemu guru-guru untuk mendapatkan tunjuk ajar. Jangan
malu kerana masa sudah terlalu singkat. Tebalkan muka untuk bertanya dan tahanlah
telinga yang mungkin sedikit pedih. Apa yang penting, dengan tempoh yang masih
berbaki ini, gunakanlah sebaiknya. Rebutlah peluang selagi ada sehingga
ketitisan yang terakhir. <o:p></o:p>
Jaga hubungan dengan Pencipta Kita <o:p></o:p>
hidup ini, tiadalah upaya melainkan dengan izin-Nya. Maka, jangan sesekali kita
melupakan-Nya. Untuk adik-adik yang bakal menghadapi peperiksaan, jagalah hubungan
dengan-Nya dan mintalah kepada-Nya dengan penuh kesungguhan. <o:p></o:p>
<o:p></o:p>
Saaran <o:p></o:p>
Buku Nota Hati Buat Pelajar <o:p></o:p>
Cikgu Zaliehttp://www.blogger.com/profile/02491805365845114796noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6514286850087719171.post-4506057023843952882018-09-11T06:20:00.001-07:002018-09-11T06:20:10.449-07:00TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN
BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN
Apa yang kita boleh buat dalam masa terdekat menjelang peperiksaan yang semakin hampir? Di sini saya kongsikan sedikit tip buat tatapan semua. Ada banyak lagi, cuma ini yang mampu dikongsikan untuk waktu ini. Moga ada manfaat buat semua, terutamanya yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Buat yang baru mula hendak belajar secara serius, ingat, memang masa semakin singkat, tetapi percayalah, anda masih sempat. Insya-Allah.
1. Fokus pada hari yang masih berbaki.
Maksudnya, pelajar perlu memberi sepenuh tumpuan menjelang hari peperiksaan yang bakal tiba. Abaikan perkara remeh-temeh yang boleh mengganggu fikiran. Sebarang perkara yang boleh mengganggu fikiran perlu dijauhi. Kita biasa melihat, gangguan-gangguan hari-hari terakhir itu boleh menyebabkan kita hilang fokus sehingga boleh mengganggu tumpuan terhadap peperiksaan yang semakin hampir. Ibarat perlawanan bola sepak yang sudah sampai pada minit-minit terakhir, sekiranya para pemain tidak memberi tumpuan sepenuhnya terhadap lawannya, mungkin akhirnya pihak lawan dapat menembusi gawang pasukannya akibat kecuaian sendiri. Sekiranya mereka memberi sepenuh tumpuan, mungkin pihak lawan hilang terus taringnya.
2. Pastikan semua tajuk telah dikuasai.
Jika pelajar tidak menguasai semua tajuk, bermaksud mereka belum bersedia sepenuhnya. Buat senarai semak tajuk ( tajuk besar dan sub tajuk ) dan tanda mana yang telah dikuasai. Mana yang belum, usahakan segera. Buat nota-nota kecil dan ringkas untuk memudahkan proses mengingat secara berterusan. Nota ringkas akan memudahkan proses mengingat semula dengan lebih pantas dan mudah menjelang peperiksaan. Buat latihan soalan sebenar. Pastikan tempoh menjawab mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Latihan menjawab ini penting untuk membiasakan diri dengan bentuk soalan dan tempoh masa menjawab sebenar nanti.
3. Belajar secara berkumpulan
Mahu tidak mahu, bagi pelajar yang mungkin baru sahaja insaf, belajar secara berkumpulan lebih mudah memberi pemahaman kepadanya terhadap sesuatu tajuk. Lantiklah seorang ketua dan si ketua akan menjadi ‘guru’ kepada ahli kumpulannya. Cara ini bukan sahaja pantas membantu, bahkan menjadikan si ketua semakin ingat dan menguasai topik-topik yang diajar kepada rakan-rakannya. Semasa saya mengambil SPM dahulu, inilah yang diamalkan dan kami belajar di kantin sekolah pada waktu petang. Sebaiknya, biarlah ada papan hitam atau putih di tempat itu untuk memudahkan sesi perkongsian dilakukan.
4. Dampingi guru
Di saat akhir, sentiasalah mendampingi guru. Minta tunjuk ajar dan tip-tip yang boleh membantu dalam menjawab soalan peperiksaan. Bagi pelajar yang belajar di saat akhir, inilah masanya bertemu guru-guru untuk mendapatkan tunjuk ajar. Jangan malu. Masa sudah singkat. Tahanlah telinga yang mungkin sedikit pedih. Apa yang penting, dengan tempoh yang masih berbaki ini, gunakanlah sebaiknya. Rebut peluang selagi ada sehingga ketitisan yang terakhir.
5. Jaga hubungan dengan Pencipta Kita
Dalam hidup ini, tiadalah upaya melainkan dengan izin-Nya. Maka, jangan sesekali kita melupakan-Nya. Untuk adik-adik yang bakal menghadapi peperiksaan, jaga hubungan dengan-Nya. Mintalah kepada-Nya dengan penuh kesunggguhan. Antaranya dengan menjaga solat-solat wajib. Disamping itu melakukan solat-solat sunat seperti solat taubat, hajat dan tahajjud. Bukankah Allah telah berjanji akan memberi pada yang meminta di sepertiga malam?
“Rabb kita turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang akhir pada setiap malamnya. Kemudian berfirman: ‘Orang yang berdoa kepada-Ku akan Ku kabulkan, orang yang meminta sesuatu kepada-Ku akan Kuberikan, orang yang meminta ampunan dari-Ku akan Kuampuni‘” (HR. Bukhari dan Muslim)
Maka, mengapa tidak mahu direbut peluang tersebut.
Selain itu, banyakkan berdoa. Ingatlah, doa itu senjata mukmin… berdoalah, kerana Allah telah mengingatkan kita bahawa Dia akan memperkenankan orang yang berdoa kepada-Nya.
“ Dan Tuhan kamu berfirman, Berdoalah pada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu………………”. ( Al-Ghaafir : 60 )
Dan, perbanyakkan istighfar. Mudah-mudahan, dengannya Allah ampuni kita, permudahkan urusan hidup kita dan dibukakan rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangka.
“ Orang yang memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan menjadikan kemudahan dalam setiap kesusahannya, memberikan jalan keluar dari setiap kesempitannya dan memberikan rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangka-sangka”. ( HR Imam Ahmad )
Wallahua’lam
Razali Saaran
Nota Hati Buat Pelajar
Cikgu Zaliehttp://www.blogger.com/profile/02491805365845114796noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6514286850087719171.post-23082441011979368422018-09-11T06:18:00.001-07:002018-09-11T06:18:20.281-07:00KETAKUTAN YANG MEMOTIVASIKAN
Ketakutan Yang Memotivasikan
Beberapa tahun yang lalu, ketika saya menyambung pengajian di UKM, pernah saya tidur di R n R kerana keletihan. Kelas yang padat sehingga malam, menyebabkan saya keletihan. Menyambung pengajian di usia yang menghampiri empat siri dan anak-anak yang masih kecil, bukanlah sesuatu yang mudah. Saya masih ingat dan masih segar dalam ingatan, saya tertidur sehingga jam 1 pagi. Apabila sedar, saya meneruskan perjalanan pulang ke rumah.
Peristiwa tersebut sentiasa segar dalam ingatan dan ia sesuatu yang indah untuk dikenang. Waktu itu, apa yang mendorong saya untuk terus kuat ialah kerana takut gagal dalam pengajian saya. Mengambil subjek Kaedah Penyelidikan 2 yang sememangnya menakutkan mendorong saya untuk belajar di luar kebiasaan untuk insan yang usianya sedikit tua berbanding beberapa orang pelajar yang saya kenali pada waktu itu.
Beberapa hari yang lepas, saya menyebut perkataan “takut” kepada pelajar saya. Saya cakap, ketakutan akan menyebabkan kita jadi kuat. Ketakutan menjadikan kita tidak mahu berhenti. Ketakutan menjadikan kita berani untuk bertindak supaya kita tidak gagal. Dahulu saya takut gagal dalam subjek Kaedah Penyelidikan 2 sehingga saya terpaksa bekerja lebih kuat. Saya mengulangkaji sehingga lewat malam walaupun keesokan paginya saya perlu bangun awal untuk mempersiapkan anak-anak ke sekolah. Saya sudah sedikit tua dan anak-anak masih kecil, tetapi ketakutan menyebabkan saya jadi kuat untuk belajar diluar kebiasaan. Lihatlah, hari ini beberapa orang pelajar yang mungkin sebelum ini takut dengan subjek ini, telah mendapat keputusan yang tidak mengecewakan. Rupa-rupanya, ketakutan itu menjadikan anda berusaha dengan lebih kuat lagi.
Semoga ketakutan tidak menjadikan kita semakin lemah. sebaliknya ketakutan menjadikan kita semakin kuat untuk terus melangkah dan akhirnya mencapai apa yang kita impikan.
Sekadar Berkongsi
Razali Saaran
Nota Hati Buat Pelajar
Cikgu Zaliehttp://www.blogger.com/profile/02491805365845114796noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6514286850087719171.post-59693513609792208822018-07-19T19:23:00.000-07:002018-07-19T19:23:00.879-07:00KETUA YANG DIRINDUI
Ketua Yang Dirindui<o:p></o:p>
Kata Saidina Ali r.a, “ Pergaulilah manusia dengan pergaulan
yang apabila kamu meninggal dunia mereka menangisimu dan jika kamu hidup mereka
menyayangimu ”. <o:p></o:p>
Sebagai ketua, kata-kata ini tentunya motivasi terbaik buat
kita untuk menilai diri sama ada kita ini nanti akan dirindui atau tidak. Jika kita
tidak mati sekalipun, setelah kita bertukar atau pencen, adakah kita ini adalah
ketua yang akan dikenang dan dirindui atas kebaikan yang kita buat ke atas
orang di bawah kita. Persoalan ini sepatutnya sering bermain-main di minda kita
agar ia menjadi penyuluh dalam hati kita untuk melakukan sesuatu tindakan
dengan cara yang baik. <o:p></o:p>
Sebagai ketua, tiada siapa yang boleh lari dari melakukan
kesilapan kerana ketua itu juga adalah manusia. Namun ketua harus belajar
memperbaiki kelemahan yang ada dan berusaha untuk melakukan sesuatu itu dengan
neraca yang benar. Seseorang ketua
banyak pertimbangannya dan jangan sesekali bertindak secara melulu tanpa berfikir
dan menilai secara menyeluruh. Kaedahnya, ketua tidak akan mampu memuaskan hati
semua orang. Tetapi ketua mesti dilihat adil dan amanah dalam tingkahlakunya. <o:p></o:p>
Seorang ketua juga harus mendidik dirinya untuk mendengar
terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat. Jika ada orang bawahan yang melakukan
kesalahan, berilah peluang kepadanya untuk menjelaskan. Janganlah menghukum
dahulu sebelum mendengar terlebih dahulu. Jauhi sentiment negative pada mereka
dan berlaku adillah. Jika ada antara orang bawahan yang sedang berkonflik,
panggillah mereka dan dengarlah penjelasan daripada keduanya. Janganlah kerana
ada perasaan yang lebih baik terhadap salah seorang daripada mereka, kita lebih
cenderung kepada yang lebih dekat dengan hati kita itu. Jika ada yang menegur
kita atas sesuatu perkara, janganlah menakutkannya. Biarkan mereka bercakap dan
berlapang dadalah. Sesungguhnya kritikan itu amat berat kesan pada hati, tetapi
menerimanya dengan lapang dada adalah ketinggian akhlak buat seseorang ketua. Jika ada yang memberi idea, dengarlah dan
responlah dengan baik sebagai tanda menghargai. Sesuatu idea itu tidak
semestinya diterima, tetapi bagaimana kita menerimanya akan memberi kesan
kepada orang di bawah kita. Jika ada yang sedang kesulitan, berilah kata-kata
semangat dan mudahkan urusan mereka untuk menyelesaikannya. Mereka itu tidak
minta untuk mendapat kesusahan tersebut, tetapi itu adalah ketetapan-Nya. Sebagai
ketua yang memahami akan erti ujian dalam hidup pasti memahami apakah cara
terbaik untuk menyantuni mereka yang sedang dalam kesulitan.<o:p></o:p>
pertengahan atau di peringkat atasan. Di mana pun peringkatnya, setiap tindakan
ada kesannya kepada dirinya dan orang lain.<o:p></o:p>
Razali Saaran<o:p></o:p>
Guru biasa aje <o:p></o:p>
Cikgu Zaliehttp://www.blogger.com/profile/02491805365845114796noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6514286850087719171.post-19366806395024410472018-07-18T22:28:00.004-07:002018-07-18T22:28:40.256-07:00Tiga sikap yang wajar dijauhi oleh guru
Tiga sikap yang wajar
dijauhi oleh guru<o:p></o:p>
Antara sikap yang kita suka amalkan ialah
mengkritik orang lain. Tidak salah mengkritik, tetapi bukanlah setiap perkara
itu perlu dikritik oleh kita. Ada ketikanya kita perlu berdiam diri dan meraikan
kekurangan yang ada selagi mana kekurangan itu tidak mencacatkan asas utama
sesuatu perkara. Misalnya seorang guru diberi tugas menyiapkan tempat makan
VIP. Kita yang melihat warna alas meja kurang sesuai menegur dengan nada yang
bunyinya seperti rakan kita itu telah melakukan kesalahan yang besar. Sedangkan
pilihan warna itu bukanlah sesuatu yang besar isunya dan perkara itu boleh
sahaja didiamkan dan menerima kekurangan tersebut. <o:p></o:p>
Ini juga sikap yang kita wajar jauhi. Tidak
salah mahu menang, tetapi janganlah sampai kita ini sentiasa mahu menang dalam
hal yang salah. Bahkan, tidak salah juga kita mengalah pada perkara yang kita
lebih berhak menang kerana itu tanda kerendahan hati. Misalnya seorang guru
tidak mahu menerima pandangan rakannya bagi menukar cara pelaksanaan hukuman
terhadap pelajar kerana dibimbangi akan menyebabkan guru itu bertindak di luar
batasan. Setiap kali ditegur, ada sahaja hujah balasnya sehinggakan
rakan-rakan jadi malas untuk menegurnya
lagi. <o:p></o:p>
Sikap ini, jika kita sering amalkannya, tidak
mustahil, satu hari orang jadi muak dengan sikap kita. Malah ada yang akan
mengatakan, tidak perlu cakap apa-apa dengan dia, sebab asyik nak menang
sahaja.<o:p></o:p>
Ini juga pengakit yang sering menimpa kita. Apabila
diberi tugas, cepat sahaja kita mencari jalan untuk mengelaknya. Ada sahaja
alasan yang dicipta demi mencapai matlamat diri iaitu untuk mengelak kerja. Jika
tidak berjaya di satu peringkat, kita sanggup ke peringkat yang lain untuk
mengadu bahawa diri ini sudah banyak kerja dan minta diberikan kepada orang
lain. Akhirnya, tiadalah kerja yang kita ada, melainkan kerja-kerja asas yang
orang lain juga turut melaksanakannya. Misalnya, seorang guru bertemu dengan
setiausaha program agar ditukar namanya dengan nama orang lain. Alasan yang
diberi ialah dia ada banyak kerja yang perlu disiapkan. Apabila permintaannya
ditolak, dia bertemu pula dengan pihak atasan untuk merayu. Akhirnya, guru lain
terpaksa mengambil tugasnya. <o:p></o:p>
Cikgu Zaliehttp://www.blogger.com/profile/02491805365845114796noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6514286850087719171.post-27716302879704585812018-07-10T20:17:00.003-07:002018-07-10T20:17:47.294-07:00Sikap Yang Perlu Dijauhi Oleh Guru
Sikap Yang Perlu Dijauhi Oleh Guru
1. Tidak ambil kisah dengan tugasan berkumpulan
Antara sikap yang kita perlu jauhi ialah, tidak ambil kisah dengan urusan kerja yang melibatkan jumlah yang ramai. Misalnya waktu kokurikulum, kita sengaja melengah-lengahkan diri turun ke dataran perhimpunan. Apabila selesai sahaja kedatangan diambil, barulah kita memunculkan diri. Sikap yang berulang-ulang ini menunjukkan ia bukanlah disebabkan situasi tertentu yang menyebabkan kita lewat. Tetapi ia sikap yang disengajakan. Sikap yang tidak baik ini sebenarnya telah menyebabkan orang lain rasa tertekan dan dizalimi.
2. Bersungguh-sungguh dalam urusan kerjanya, tetapi terlalu berkira dengan urusan orang lain
Kadang-kadang kita juga sangat menjaga hak diri sendiri. Setiap urusan atau aktiviti yang melibatkan diri sendiri, dijaga dan dipastikan terlaksana dengan baik. Namun, apabila melibatkan orang lain, sikap kita adalah sebaliknya. Misalnya, dalam program tertentu, di mana kita terlibat dalam AJK makanan. Semasa program berjalan, kita tidak membantu apa yang sepatutnya. Jika membantu sekalipun, hanya cincai sahaja. Kemudiannya, kita menghilangkan diri tanpa segan silu. Kesan akhirnya, jumlah AJK semakin kecil dan beban kerja semakin membesar.
3. Tidak mengagih tugas secara adil
Ada juga kita perhatikan, tugasan kerja itu tidak dibuat secara adil. Mereka yang rapat dengan kita, atau golongan yang tertentu, tugasannya kadangkala lebih mudah. Manakala orang lain, diberikannya tugas yang berat. Misalnya kita diberi jawatan menyusun jadual. Rakan-rakan baik kita diberi kelas depan atau tidak diberi kelas langsung. Manakala orang lain kita mengagihnya mengikut sesedap rasa kita tanpa kita membuat penilaian yang seadilnya. Kesannya, beban kerja orang lain semakin bertambah dan emosi jadi terganggu.
4. Terlalu berkira dengan tugas
Satu lagi sikap yang kita wajar jauhi ialah terlalu berkira dengan tugas. Seandainya kita sudah terlalu terbeban, wajarlah kita berkira dan meminta dipertimbangkan untuk dikurangkan tugasan yang ada. Namun jika kita ini sepanjang masa berkira dengan tugas, sehingga sanggup berjumpa dengan pihak atasan untuk mengelak tugas tersebut, akhirnya kita sedang bertindak menambah beban ke atas guru lain.
Razali Saaran
Guru Biasa Aje..
Cikgu Zaliehttp://www.blogger.com/profile/02491805365845114796noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6514286850087719171.post-13305888023884199982018-05-27T18:47:00.002-07:002018-05-27T18:47:54.077-07:00HIDUP INI SATU PERJALANAN
Hidup ini satu perjalanan...
Ia tidak sentiasa mudah dan ia juga tidak sentiasa sukar.. Sukar dan Mudah itu silih berganti dan kita akan terus melaluinya, selagi nafas ini terus disedut dan dilepaskan...
Bina Kekuatan Diri....
Di saat senang, jangan abaikan kekuatan rohani... Jangan Menyangka bahawa hidup akan sentiasa mudah... Ia tidak akan begitu jadinya... Dalam sedar atau tidak, kesukaran mula mengambil tempatnya dalam diri... Waktu itu, kelalaian akan membinasakan jiwa sehingga menjadi lemah dan hilang arah..
Berdoalah dan pada-Nya tempat kita bergantung harap...
Saat kuat, kita mudah terleka... Saat lemah pula jiwa menjadi gundah.. Kelemahan menjadikan kita tidak tahu arah mana jiwa ini hendak dibawa... Akhirnya kita terlupa bahawa Allah dekat dan hampir dengan kita...Berdoalah dan teruskan berdoa... Kekutan akan terbina dengan izin-Nya... Insya-Allah, jalan keluar akan terbentang di hadapan kita...
Percayalah dan nikmatilah perasaan yang hebat ini!!
“ Dan jika hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, katakan bahwa sesungguhnya Aku dekat. Aku akan mengabulkan do’a orang yang berdo’a jika ia meminta kepadaKu. Maka hendaknya mereka memenuhi seruanKu dan beriman kepadaKu supaya mereka mendapatkan petunjuk “ [Surah Al-Baqarah :186]
Cikgu Zaliehttp://www.blogger.com/profile/02491805365845114796noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6514286850087719171.post-6511415030554033892018-03-13T19:15:00.003-07:002018-03-13T19:15:51.091-07:00Impian
Sebelum saya diberi peluang oleh-Nya untuk menghasilkan buku pertama, saya memasang impian sejak zaman belajar lagi.. Apabila saya melihat buku atau membaca buku, saya sering berangan-angan dan membayangkan saya juga bakal memiliki buku sendiri satu hari nanti...
Impian digerakkan, bukan setakat di minda..
Kemudian saya memulakan langkah pertama... Saya merancang dan melaksanakan perancangan saya. Perkara pertama yang saya buat ialah menulis di blog... Selain itu saya turut berkongsi artikel saya di media atas talian yang agak popular pada waktu itu iaitu Tranungkite. Saya lihat, beberapa artikel saya yang ditulis itu mendapat bacaan yang agak banyak dan dikongsi dibeberapa blog. Tulisan-tulisan saya lebih kepada yang berunsurkan nasihat dan kritikan...Selepas itu saya mula menulis buku setelah meyakini gaya penulisan saya boleh diterima...
Alhamdulillah... Januari 2010, buku pertama ( Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik ) mula berada di pasaran... Buku ini berkisar tentang pengajaran guru yang diaplikasikan daripada hadis Nabi Saw... Buku ini juga membawa saya ke beberapa buah negeri untuk berkongsi pandangan di beberapa buah sekolah dan universiti... Buku pertama ini turut tersenarai dalam kategori buku "bestseller " dan diulang cetak sebanyak enam kali... Buku ini juga, bersama-sama buku Nota Hati Buat Pelajar pernah dipilih dalam senarai 50 karya terbaik guru...
Ini bukan status memuji diri
Apa yang saya tulis ini sekadar berkongsi pandangan dan pengalaman tentang impian... Saya merasakan, untuk berjaya mencapai sesuatu, kita perlu berimpian dan sering membayangkan akan kejayaan yang kita ingin capai...
Sesungguhnya kehidupan ini satu perjalanan... Moga-moga, dalam perjalanan yang mungkin panjang ini, impian yang kita dambakan itu tercapai sebelum kita memejamkan mata selamanya...
Kejayaan itu datang dengan impian... Ia dimulakan dengan perancangan... Digerakkan dengan usaha yang berterusan dan keyakinan yang tinggi... Dan diakhiri dengan kepuasan yang sukar digambarkan...
Cikgu Zaliehttp://www.blogger.com/profile/02491805365845114796noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6514286850087719171.post-76257262829994990732017-11-22T03:52:00.003-08:002017-11-22T03:52:52.887-08:00Hanya dengan mengingati Allah, jiwa menjadi tenang
Hari ini bila kita ada masalah kita membiarkan fikiran kita hanyut bersamanya...
Kesannya, hati kita makin gelisah... fikiran kita terus menerus memikirkannya sehingga jadi tidak terkawal...
Berbagai-bagai tanggapan mulai timbul. .. akhirnya kita jadi tertekan... makin gelisah... dan hidup kita serba tak kena...
Sebenarnya, itu semua berlaku kerana lemahnya hati kita dan jauhnya kita daripada mengingati Allah. ..
Perbanyakanlah istighfar... Mudah-mudahan hati kembali tenang dan menjadi sedar.... Hati yang sentiasa ingat kepada Allah, ia akan sedar dan cepat bangkit mengawal kegelisahan yang sedang melanda hatinya...
Sesungguhnya. .. Hanya dengan mengingati Allah, jiwa menjadi tenang. ...
Cikgu Zaliehttp://www.blogger.com/profile/02491805365845114796noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6514286850087719171.post-6656060026060063152016-02-16T19:14:00.000-08:002016-02-16T19:14:25.442-08:00Cikgu, La TahZanBila mendengar seseorang meluahkan sesuatu, saya sebenarnya sedang memproses segala maklumat yang masuk ke dalam kotak fikiran saya untuk dirumuskan. Jika saya tidak mampu berfikir secara rasional, mungkin saya juga akan ikut emosional atau turut melenting atau turut sedih yang melampau-lampau dengan kesedihan yang sedang ditanggung oleh mereka. Ya, saya mesti tenang mendengar dan memproses. Selepas itu baru saya akan bertindak balas dengan cara yang terbaik mengikut kemampuan saya yang serba kekurangan ini.
La Tahzan, Cikgu..
Sabar cikgu. Inilah kerjaya kita. Bila kita memasuki bidang ini, inilah antara perkara-perkara yang perlu dihadam biarpun rasa terbeban.
Tapi Cikgu... Saya....
Beginilah cikgu, saya faham bagaimana bebanan di hati cikgu. Tetapi adakah dengan cara itu cikgu sedang membantu diri sendiri? Atau cikgu sedang menyiksa diri sendiri?
Bersabarlah cikgu... Allah sedang menguji cikgu. Tidak ada manusia yang tidak diuji dan kita semua sedang melalui ujian-ujian yang sama atau berbeza-beza... Yang membezakan kita ialah sejauh mana kita sabar, reda dan bersangka baik dengan Allah...
Adakah kita mengira bahawa Allah tidak tahu akan penderitaan yang sedang ditanggung oleh hambaNya? Adakah kita mengira Allah tidak tahu bila masa yang sesuai untuk memberi khabar gembira kepada hambaNya?
La Tahzan Cikgu... La Tahzan...
Tadahkanlah tanganmu.. Ayuh... Ayuh... Berdoalah dengan sebenar-benar pengharapan... Dan letakkan keyakinan yang sepenuhnya kepada Allah dan yakinlah bila sampai masa yang sesuai buat cikgu, segalanya akan selesai. Mintalah kepada Allah agar diberikan jalan yang terbaik kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui sedang makhluk tidak mengetahui walau sedikit pun. Ingat, sangkaan-sangkaan itu hanya menambah beban di hati.
Cikgu Zaliehttp://www.blogger.com/profile/02491805365845114796noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6514286850087719171.post-1187661725178886332016-02-15T21:43:00.001-08:002016-02-15T21:43:53.390-08:00Mengajar Itu Terapi Jika..................Saya suka mengajar. Bila mengajar saya dapat bercakap, dapat meluahkan apa yang terpendam di hati.Dengan mengaitkan isi pengajaran dengan situasi semasa, pembelajaran itu terasa begitu bermakna.
Anda bagaimana?
Mengajar itu terapi...
Bila mana kita mengajar , setiap baris ayat yang disampaikan itu mampu menjadi terapi buat hati kita. Saat kita seronok menyampaikan, ia memberi kesan baik pada hati. Ya, kegembiraan memberi kesegaran pada hati kita. Fikiran jadi lapang dan kita rasa bersemangat... Itulah terapi yang kita mungkin peroleh daripada pengajaran kita. Kegembiran adalah aset yang terbaik buat hati kita...
Namun, adakala mengajar itu menjadi musibah buat hati ketika mana kita mengajar tidak sepenuh hati. Kita jadi gelisah semasa mengajar dan pelajar pula gelisah ketika belajar. Akhirnya, mengajar tidak lagi menjadi terapi. Mungkin kata-kata yang negatif akan terbit dari mulut kita kerana mengajar sudah menjadi satu beban buat kita. Bukan lagi terapi buat hati yang dapat melonggarkan perasaan melalui kata-kata dan ilmu yang kita sampaikan kepada pelajar kita...
Cikgu Zaliehttp://www.blogger.com/profile/02491805365845114796noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6514286850087719171.post-3039076645996419982016-02-15T16:56:00.002-08:002016-02-15T16:56:53.904-08:00Sekolah Baharu... Jauhnya... Tapi DamaiAssalamualaikum...
Alhamdulillah, kerana hari ini dapatlah saya menulis semula di blog ini setelah membiarkannya lebih kurang setahun tanpa sebarang perkongsian. Kekangan masa menyiapkan tesis menyebabkan saya terpaksa melupakan sementara beberapa perkara yang saya sangat suka lakukannya, termasuklah menulis di blog dan menulis buku yang baharu. Namun hari ini saya dapat menulis semula...
Untuk perkongsian yang pertama untuk tahun 2016 ini saya sekadar ingin berkongsi tentang tempat kerja saya yang baharu... Jika dahulu saya mengajar di Seremban, jaraknya lebih kurang 10 KM daripada rumah, tahun ini saya mula mengajar semula di sekolah yang baharu yang jaraknya lebih kurng 40 KM sehala..
Jauhnya! Itulah yang ramai orang fikirkan... Dan saya juga begitu pada permulaannya. Tetapi setelah sampai di sini, jarak tidak lagi menjadi perkiraan... Alhamdulillah, suasana kerjanya sangat mendamaikan dengan rakan sekerja yang baharu dan sempoi... Orang lama, tapi sangat baik dan membantu...
Jika sebelum ini mengajar Perakaunan Pra U, kali ini saya ajar pengajian perniagaan Pra U... Alhamdulillah, masih dalam bidang dan aliran yang sama. Hambe suka bangat....
Sekian sahaja.....
Cikgu Zaliehttp://www.blogger.com/profile/02491805365845114796noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6514286850087719171.post-66794511833825411582014-11-25T05:54:00.000-08:002018-09-11T06:47:15.668-07:00Kaedah Bersoal Jawab, Aplikasi Daripada Kaedah Pengajaran Nabi SAW
Antara kaedah yang digunakan oleh Baginda SAW semasa menyampaikan ilmunya ialah melalui soal jawab..... Contohnya seperti hadis di bawah ini....
Abu Umamah al-Bahili meriwayatkan :
Sesungguhnya seorang pemuda datang kepada Rasulullah saw dan berkata : Wahai Rasulullah saw : Izinkan aku berzina. Maka tampil kaum untuk menghalangnya dan mereka berkata : biarkan biarkan ( aku memukulnya). Nabi saw bersabda : Dekatkan dia kepadaku maka dia pun menghampiri dan duduk dekat Nabi saw.
Nabi saw bersabda : Adakah kamu suka orang lain berzina dengan ibumu?. Pemuda itu menjawab : Tidak. Demi Allah,semoga Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu. Nabi bersabda : Tiada manusia yang menyukai itu berlaku kepada ibu-ibu mereka.
Nabi saw bersabda : Adakah kamu mahu itu berlaku kepada anak perempuanmu?. Pemuda itu menjawab : Tidak. Demi Allah wahai Rasulullah ,semoga Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu. Nabi bersabda : Tiada manusia yang menyukai itu berlaku kepada anak-anak perempuan mereka.
Nabi saw bersabda : Adakah kamu mahu itu berlaku kepada saudara perempuanmu?. Pemuda itu menjawab : Tidak. Demi Allah wahai Rasulullah ,semoga Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu. Nabi bersabda : Tiada manusia yang menyukai itu berlaku kepada saudara-saudara perempuan mereka.
Nabi saw bersabda : Adakah kamu mahu itu berlaku kepada ibu saudaramu?. Pemuda itu menjawab : Tidak. Demi Allah wahai Rasulullah ,semoga Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu. Nabi bersabda : Tiada manusia yang menyukai itu berlaku kepada ibu-ibu saudara mereka.
Kemudian Rasulullah saw meletakkan tangannya ke atas pemuda itu dan berkata : Ya Allah, ampunkanlah dosanya,bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya. Maka selepas itu pemuda itu langsung tidak berpaling kepada sesuatu. ( Riwayat Imam Ahmad dan At-Tabrani )
Berdasarkan hadis di atas, saya menyebutnya sebagai kaedah bersoal jawab yang membawa kesedaran di dalam buku Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik.... Kaedah ini boleh digunakan oleh guru-guru di dalam kelas ketika berhadapan dengan pelajar yang sukar mendengar kata ketika mengajar di dalam kelas..Tidak dinafikan ada pelajar yang sikapnya kadangkala agak biadab dan mencabar emosi kita. Sekiranya itu yang berlaku, mungkin guru boleh katakan kepada pelajar tersebut seperti berikut. " Bagaimana sekiranya ibu kamu yang sedang mengajar di dalam kelas ini dan kawan-kawan kamu tidak mahu mendengar apa yang dia ajar. Tidak mahu membuat kerja yang diberikan dan menjawab dengan biadap apabila ditanya. Adakah kamu boleh menerimanya? "
Kaedah ini juga boleh digunakan di rumah ketika mana anak-anak kadangkala melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya. Misalnya seorang ayah berasa kecewa dengan sikap anaknya. Maka si ayah tadi boleh mengatakan seperti berikut kepada anaknya. " Jika Azim mempunyai anak suatu hari nanti, dan anak azim buat perkara yang sama seperti ini, adakah azim suka?"
Berdasarkan pengalaman saya mengurus pelajar di sekolah, kaedah ini sangat membantu memberi kefahaman dan kesedaran kepada pelajar. Biasanya pelajar akan cepat kendur emosinya apabila saya merasionalkan mereka dengan dialog-dialog yang boleh membawa mereka berfikir. Sekiranya kita menggunakan kaedah ini, mungkin melibatkan sesi soal jawab dua hala kerana ada sesetengah pelajar yang cekap menjawab. Tidak mengapa, berusahalah untuk menjawab dengan sebaiknya dan banyakkan sabar. Saya kira, memahamkan itu lebih perlu supaya mereka memahami perbuatan itu tidak betul. Sama ada mereka akan berubah ataupun tidak, hidayah itu milik Allah.... Wallahua'lam...
Cikgu Zaliehttp://www.blogger.com/profile/02491805365845114796noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6514286850087719171.post-90770949629561873922014-09-23T08:08:00.000-07:002014-09-23T08:08:15.321-07:00Dengar Dahulu....
Alhamdulillah....
Saat ini kita masih lagi bernafas. Masih lagi dapat menikmati kehidupan yang sifatnya hanya sementara ini.
Dalam hidup ini, setiap hari kita berinteraksi. Ada orang yang suka bercakap, tetapi kurang minat untuk mendengar. Ada orang suka mendengar, bercakap pula jarang sekali. Di antara mereka ini pula ada segolongan manusia yang suka bercakap dan mencelah ketika mana orang lain juga sedang berbicara. Berdasarkan pengalaman sendiri, adakalanya kita mudah mencelah kerana tidak sabar berkongsi cerita yang sama, atau ingin memberi tahu bahawa kita juga tahu perkara tersebut, atau pun ketika kita sedang berhujah.
Namun begitu, biar apa alasannya, sikap suka mencelah ini walau dalam apa jua keadaannya, adalah sikap yang perlu dielakkan. Dalam komunikasi yang baik, mendengar dahulu kemudian memberi respon itu adalah yang terbaik. Memberi peluang kepada orang lain menghabiskan butir bicaranya adalah sifat terpuji. Selepas mendengarnya, barulah kita memberi maklum balas atau pun respon kepada apa yang diperkatakan. Jika kita berkeras untuk menyampuk atau mencelah, akhirnya komunikasi tersebut tidak bekesan. Malah ia mampu menghasilkan pertelingkahan yang teruk. Sebagai buktinya, kita dapat melihat bagaimana huru-haranya keadaan bila mana dua orang lelaki yang sedang berhujah dengan butir bicara yang sukar difahami kerana masing-masing saling bercakap tanpa henti kerana ingin menunjukkan bahawa mereka yang lebih betul....
Selain itu juga, mencelah ketika orang lain sedang bercakap kerana ingin menunjukkan seseorang itu juga mengetahui atau pun lebih mengetahui, adalah sikap yang juga harus dijauhi. Jika begitu sikapnya, dibimbangi hanya menyebabkan orang lain meluat dengan tabiat buruknya itu. Yang terbaiknya, diam dan berkongsilah jika diminta. Namun begitu, dalam keadaan tertentu, mencelah itu ada baiknya terhadap segolongan manusia yang hanya tahu bercakap besar dan serba tahu.... Mencelah itu bukan kerana hendak menyakiti, sekadar memberitahu kepada mereka bahawa " Aku pun tahu " supaya mereka sedar bahawa diri mereka tidak sentiasa tahu...Tidak sentiasa hebat... Dan belajar untuk merendah diri....
wallahua'lam...
Cikgu Zaliehttp://www.blogger.com/profile/02491805365845114796noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6514286850087719171.post-87675063257231694872014-09-21T23:07:00.000-07:002014-09-21T23:07:22.475-07:00Saat Kita Diuji.....Saat Kita Diuji....
Bagaimana hati kita?
Hati kita rasa gelisah, tidak keruan... Apa yang dilakukan serba tidak kena kerana ada sesuatu yang sedang bermain-main dalam hati kita... Kerana ada sesuatu yang belum selesai dalam hati kita.... Kita rasa seperti ingin marah, rasa ingin menangis, rasa ingin menjerit sekuat hati....
Mengapa ini terjadi?... mengapa ini berlaku?... mengapa ini menimpa diriku....?
Kita termenung jauh.... terus memikirkan apa yang sedang berlaku... Saat itu hati kita seperti sedang disentap-sentap kehingga terasa pedih dan kesakitan.... Mengapa mereka tidak mahu memahami? mengapa mereka buat begitu? mengapa mereka menzalimi aku? Hati kita terus berkata-kata sehinggakan hati kita jadi begitu tersiksa....
Di waktu siang hati tidak tenang.... Dikala malam, tidurnya termimpi-mimpi....
Ya Tuhan.... Sungguh tersiksa.... Tetapi sampai bila? Kenapa terus dilayan dan membiarkan hati itu tersiksa?... Sampai bila mahu menyiksa diri sendiri...?
Bersabarlah.... Permulaannya, terimalah ia sebagai takdir yang sedang menimpa kita.... Sama ada kita menerima atau menolaknya, takdir itu sedang berjalan ke atas diri kita.... Kemudian terimalah dengan hati yang redha... Katakan pada hati berulang-ulang kali, " Daku terima takdir ini ya Allah..." Katakan lagi pada hati, " tidak patut sebagai hamba-Mu bila diberi sesuatu daku menolaknya....Sedangkan setiap pemberian-Mu itu terbaik buatku... Tetapi sangkaanku yang salah sentiasa memandang salah pada sesuatu ujian yang Engkau berikan kepadaku.... Ampuni daku ya Tuhan..."
Insya-Allah saat itu hati akan mula dijinakkan dan mula menuju jalan tenang.... Menerima takdir dengan redha itu adalah alat terbaik untuk mententeramkan hati... Ia bukan mudah, tetapi membiarkan hati terus tersiksa juga bukan mudah... Istighfarlah.... bersolatlah.... bacalah al-quran sehingga sampai kepada nikmat tenang itu... Mudah-mudahan... Insya-Allah...
Cikgu Zaliehttp://www.blogger.com/profile/02491805365845114796noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6514286850087719171.post-42465816500968251692014-09-06T07:24:00.000-07:002014-09-06T07:24:22.187-07:00Beberapa Gambar Kenangan Berceramah ( Motivasi Pelajar dan Guru )
Bergambar bersama bekas guru, Cikgu Rusla Ariffin selepas selesai berceramah di sekolah beliau...
Ceramah Motivasi Pelajar di Jelebu
Ceramah Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik di Kulai Jaya, Johor
Ceramah Motivasi Pelajar di Seremban
Cikgu Zaliehttp://www.blogger.com/profile/02491805365845114796noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6514286850087719171.post-5769759733646712082014-07-04T19:41:00.000-07:002014-07-04T19:41:28.297-07:00Memahami Itu lebih Sukar Daripada MemahamkanApabila saya menerangkan sesuatu kepada pelajar, saya merasakan adakalanya mereka sukar memahami apa yang saya cuba sedang sampaikan... Tetapi saya teruskan juga mengajar kerana tuntutan masa yang terpaksa dipenuhi. Dalam fikiran saya, Insya-Allah, apabila latihan diberi nanti, para pelajar yang masih sukar memahami akan mula memahami apa sebenarnya yang patut mereka buat apabila soalan berkaitan tajuk tersebut ditanya dalam peperiksaan.
Dalam kehidupan ini, perkara yang sering menjadi persoalan diminda ialah mengapa mereka tidak boleh memahami apa yang sedang kita perkatakan atau lakukan. Kita selalu bertanya mengapa mereka tidak boleh menerima keadaan diri kita. Sebenarnya, persoalan berkaitan memahami ini adalah persoalan yang sukar untuk diterjemahkan. Ya, kita biasanya mudah memahamkan orang, tetapi amat sukar untuk memahami orang lain. Konflik kepentingan diri menjadikan kita lebih mudah mengatakan mengapa mereka tidak mahu memahami? Sedangkan kita sendiri sukar untuk memahami orang lain. Kita boleh memahamkan orang lain tentang situasi diri kita, tetapi begitu sukar memahami keadaan orang lain.
Misalnya,
Guru A mengajar di dalam kelas. Dia menerangkan kepada pelajarnya tentang aset dan liabiliti. Dia menerangkan dengan baik sekali beserta contoh yang relevan dengan tujuan untuk memahamkan pelajarnya. Akan tetapi dia melihat ada sekelompok pelajar yang tidak begitu faham akan penerangan yang diberi. Namun begitu Guru A teruskan juga mengajar kerana memikirkan satu hari nanti mereka juga akan memahami.
Dalam contoh di atas, kita dapat melihat untuk memahamkan orang adalah sesuatu yang lebih mudah berbanding memahami. Ya, memahamkan orang tidak semestinya perlu kepada situasi di mana semua orang akan faham. Tetapi untuk memahami keadaan pelajar yang tidak memahami itu adalah lebih sukar... Ya, mengapa mereka tidak faham. Salah gurukah? Atau pelajar tersebut agak perlahan kotak pemahamannya..
Dalam kehidupan seharian, keadaan ini lebih parah. Memahami keadaan orang lain semakin diabaikan, sebaliknya mengharapkan orang lain memahami dirinya menjadi keutamaan. Puncanya kerana sikap mementingkan diri sendiri lebih utama berbanding memikirkan keperluan orang lain. Jika Si A memandu lalu kerana ingin cepat balik berbuka, Si B pula marah kerana memotong keretanya yang juga dipandu secara laju. Hatinya berkata, " mengapakah dia memandu begitu, orang lain pun nak berbuka juga," dalam keadaan gaya pemanduannya juga sama seperti Si A....Lalu Si B menceritakan kejadian tersebut kepada sahabatnya di pejabat pada keesokan harinya. Sahabatnya menganggukkan kepala tanda faham. Tapi dalam hatinya berkata, SI A dan Si B sama sahaja...
Benarlah, memahamkan orang lebih mudah berbanding memahami.... Jika Si B memahami, pasti hatinya berkata, Si A nak cepat balik ke rumah kerana ingin membantu isterinya yang juga bekerja menyediakan juadah berbuka... Ataupun mungkin Si A ada hal kecemasan yang memerlukan dia memandu sedemikian rupa... Nah, nampaknya sikap cuba memahami melahirkan sangkaan baik juga rupanya, selain dapat mengatasi sikap mementingkan diri dan berburuk sangka...
Santai - Santai Sahaja
Razali Saaran
7 Ramadhan 1435 Hijrah
Cikgu Zaliehttp://www.blogger.com/profile/02491805365845114796noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6514286850087719171.post-4648371767048211402014-03-25T10:04:00.001-07:002018-05-27T18:21:25.714-07:00Sebelum Terlena - Allah sentiasa bersama kitaSebelum terlena....
Hidup ini perjalanan...
Ianya tidak sentiasa mudah dan ianya tidak sentiasa sukar...
Sukar dan Mudah itu silih berganti dan kita akan terus melaluinya...
Selagi nafas ini terus disedut dan dilepaskan...
Bina Kekuatan Diri....
Di saat senang, jangan abaikan kekuatan rohani... Jangan Menyangka bahawa hidup akan sentiasa mudah... Ia tidak akan begitu jadinya... Dalam sedar atau tidak kesukaran mula mengambil tempatnya dalam diri... Waktu itu, kelalaian akan membinasakan jiwa sehingga menjadi lemah dan hilang arah..
Berdoalah dan pada-Nya tempat kita bergantung harap...
Saat kuat, kita mudah terleka... Saat lemah jiwa menjadi gundah.. Kelemahan menjadikan kita tidak tahu arah mana jiwa ini hendak dibawa... Akhirnya kita terlupa bahawa Allah dekat dan hampir dengan kita...Berdoalah dan teruskan berdoa... Kekutan akan terbina dengan izin-Nya... Insya-Allah, jalan keluar kan terbentang di hadapan kita...
Percayalah dan nikmatilah perasaan yang hebat ini!!
“ Dan jika hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, katakan bahwa sesungguhnya Aku dekat. Aku akan mengabulkan do’a orang yang berdo’a jika ia meminta kepadaKu. Maka hendaknya mereka memenuhi seruanKu dan beriman kepadaKu supaya mereka mendapatkan petunjuk “ [Surah Al-Baqarah :186]
Cikgu Zaliehttp://www.blogger.com/profile/02491805365845114796noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6514286850087719171.post-33380891663971859482014-02-25T21:46:00.003-08:002014-02-25T21:50:05.906-08:00Dengar, Respon, Berhikmah...Oleh : Razali Saaran
Beberapa hari yang lepas saya ke sebuah kedai komputer untuk membaiki 'printer' yang tidak berapa sihat kondisinya. Setelah menyatakan masalah yang saya hadapi, pekedai itu mencadangkan alternatif kepada permasalahan tersebut. Setelah membuat sedikit penelitian, mengganti yang baru atau menerima cadangan tersebut, akhirnya saya memutuskan untuk menerima cadangannya.
" Lagi satu jam encik datang ambil ", kata pekedai itu kepada saya.
" Baiklah, insya-Allah lagi sejam saya datang ambil ye."
Sejam Kemudian
" Dah siap. Nanti jika ada masalah boleh tengok manual ini ye", kata salah seorang pekerja kepada saya.
Saya mengangguk faham dengan apa yang diperkatakan.
" Terima kasih. Jika ada masalah saya akan datang semula ye."
" Sama-sama. Baiklah" jawab pekerja tersebut.
Beberapa hari kemudian
" Encik, printer ni ada masalah la. Bila print, dakwatnya putus-putus."
Kemudian Pekedai itu berkata sesuatu kepada pekerjanya.
" Ini sebab u tak buka klip".
" Tak buka klip?" saya menjawab dengan nada sedikit terkejut.
" Iyalah, u tak buka ini klip sebab itu jadi macam ini" kata pekedai dengan nada sedikit tinggi dan seolah-olah menyalahkan saya.
" Manalah saya tahu, sebab saya bukan tahu semua perkara tentang IT ni" saya menjawab.
" Sepatutnya masa saya ambil printer ini itu hari awak beritahu saya tentang benda ni." saya menjawab lagi.
" Awak tak boleh anggap semua orang faham tentang teknologi. Sepatutnya awak menjelaskan kepada saya apa patut saya buat bila sampai rumah. Sekarang awak sudah membuang masa saya dengan sedikit masalah yang sangat kecil" saya menambah lagi jawapan yang telah diberikan sebelum ini dengan sedikit perasaan geram.
Peniaga Yang Bijak, Tidak Akan Berdebat Dengan Pelanggan
Inilah kesilapan paling besar seseorang peniaga. Suka berdebat dengan pelanggan dan menyakitkan hati pelanggan. Ya, anda boleh menang, tetapi anda juga akan kehilangan pelanggan. Jika dia adalah pelanggan utama yang menyumbang pendapatan yang agak tinggi dan kerap kepada perniagaannya, nasib malang peniaga itu berganda-ganda.
Dengar Dan Respon Dengan Baik
Apabila pelanggan memperkatakan sesuatu, dengarlah terlebih dahulu dan respon setelah selesai mereka berkata-kata. Elakkan berdebat dan memperlekehkan pelanggan anda. Sekiranya mereka berasa terluka dan terhina dengan pandangan anda, itu adalah satu malapetaka buat perniagaan anda. Misalnya seorang pesakit berjumpa dengan seorang doktor. Setelah mendengar kata-kata pesakit, doktor telah memberikan pandangan yang sensitif seperti, " Awak ni tak jaga makan, sebab itu badan gemuk dan darah tak turun-turun." Jika ayat-ayat cinta tersebut benar-benar diungkapkan, kita percaya, pesakit itu akan terluka dan bertekad dalam hatinya tidak akan datang semula ke klinik tersebut.
Wahai peniaga di luar sana, tidak kira apa jua bidang perniagaan anda, hargailah pelanggan anda. Menang berdebat, adalah kekalahan bagi perniagaan anda. Jika anda menang sekejap, ruginya mungkin lama.
Bukan Peniaga Sahaja
Sebenarnya, masalah suka berdebat dan sikap ingin menang ini bukan sahaja perlu dielakkan dalam urusan perniagaan, tetapi dalam urusan biasa kehidupan. Sebaiknya, jadilah insan yang banyak mendengar dan memberi respon yang menyenangkan jika berkesempatan. Jika tidak, memberi perhatian pada apa yang diperkatakan dan menunjukkan kesungguhan dan minat pada kata-kata mereka, itu lebih baik dan bermakna dalam hubungan sesama manusia. Namun begitu, jika terpaksa juga menjawab dan berkata-kata sesuatu supaya segala permasalahan terjawab dan dapat diselesaikan, gunalah bahasa dan pendekatan yang berhikmah.
" Kemenangan kerana ingin menegakkan kebenaran, bukan bermakna mengalahkan orang lain dengan akhlak yang buruk..."
Wallahua'lam
Cikgu Zaliehttp://www.blogger.com/profile/02491805365845114796noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6514286850087719171.post-66873896214287163632014-02-03T18:11:00.000-08:002014-02-03T18:11:02.372-08:00Apabila Pujian Menarik Emosi…
Oleh : Razali Saaran
Semalam saya ke sebuah kedai cermin mata untuk menggantikan
cermin mata lama yang sudah rosak. Hajat
di hati hanya ingin mengganti cerminnya sahaja kerana bingkai cermin mata yang
lama masih ada. Tetapi setelah beberapa ketika saya membuat keputusan untuk
membeli yang baru.
“ Saya sudah membeli cermin mata dibanyak kedai, tetapi saya
rasa kedai ini yang terbaik “… Kata-kata tersebut saya ungkapkan setelah
menerima layanan yang cukup baik daripada pekerjanya.
“ Kenapa u kata begitu ? “ Tanya pekerja wanita tersebut…
“ Saya sudah pergi banyak kedai, tetapi kedai ini bagus
kerana memberi penerangan yang jelas pada saya… Saya suka”.
Pekerja itu tidak berkata apa-apa, tetapi daripada gerak
badannya saya tahu dia suka dan bangga dengan pujian tersebut.
“ Encik tunggu lagi satu jam, nanti datang ambil yer”,
wanita itu menuturkan kata-katanya dengan
senyuman.
“ Baiklah, nanti lagi satu jam saya datang ambil.”
Sebelum beredar…
“ emm, biar saya cuci cermin mata encik yang lama itu dulu.”
“ Ohhh, terima kasih “, sambil saya membalas dengan senyuman
dan sedikit teruja.
Pujian Pada Perkara
Yang Disukai Adalah Daya Tarikan Yang Hebat<o:p></o:p>
Apabila saya memuji wanita tersebut kerana perkhidmatan yang
terbaik yang telah diberikan olehnya, saya mendapat perkhidmatan tambahan tanpa
diminta. Ya, perkhidmatan yang belum pernah saya terima di kedai cermin mata
yang lain, melainkan jika saya yang memintanya. Tetapi di kedai tersebut saya
mendapatkannya tanpa perlu meminta kepadanya. Saya percaya, dia memberikan
servis tambahan tersebut kerana rasa ingin membalas dengan sesuatu yang dapat
menggambarkan ucapan terima kasihnya yang tidak terhingga terhadap kata-kata
yang menusuk kalbunya sebentar tadi. Saya benar-benar dapat merasakannya kerana
selepas saya bercakap perkara tersebut kepadanya, dia turut menyatakan kepada
saya yang dia ingin membantu saya menurunkan kadar rabun saya yang telah
meningkat dengan menukarkan saya cermin mata yang paling sesuai dan dia telah
membuktikan kepada saya melalui tindakan-tindakannya selepas itu.
Setiap Manusia Suka
Pada Penghargaan<o:p></o:p>
Saya perhatikan manusia itu suka pada penghargaan. Dengan penghargaan
manusia akan bertindak dengan sukarela tanpa paksaan kerana mereka merasakan
apa yang mereka lakukan selama ini dihargai. Perkara ini dapat dilihat pada
diri kanak-kanak dan pekerja. Anak-anak saya, saat mereka dipuji, mereka
sanggup melakukan perkara yang diminta ke atasnya. Saya melihatnya dan takjub
dengannya.
Wahai ibu ayah, wahai pemimpin organisasi, wahai guru, wahai
peniaga, wahai usahawan, wahai ahli politik, wahai pendakwah, sekalian manusia,
pujian itu sangat bermakna sekali, terutamanya buat mereka yang tidak memerlukannya…
Moga Engkau Mengerti……….
Cikgu Zaliehttp://www.blogger.com/profile/02491805365845114796noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-6514286850087719171.post-32796928898107318972014-01-15T16:46:00.002-08:002014-01-15T16:49:49.482-08:00Disaat Kelaparan...Disaat engkau kelaparan, engkau mencari makanan...
Hilanglah rasa lapar perutmu...
Tetapi hatimu bagaimana... Tenangkah ia? Atau ia sedang gelisah...
Ketika mana perut kelaparan, makanannya adalah yang zahir pada pandangan matamu...
Tetapi, disaat jiwamu kosong, engkau membiarkannya kelaparan...
Mengapa? Kerana engkau menyangka ia tidak memerlukan apa-apa... Nanti, hati yang gelisah akan tenang semula... Begitulah apa yang selalu engkau fikirkan di kotak fikiranmu...
Tetapi, beberapa ketika, rupa-rupanya ketenangan tidak datang juga... Rasa gelisah masih menyelubungi hatimu... Engkau masih mencari-cari dan tertanya-tanya di mana puncanya... Sedangkan engkau lupa, ini semua kerana jiwanmu masih kosong tanpa isinya...
Sampai bila engkau mahu membiarkannya?
Cikgu Zaliehttp://www.blogger.com/profile/02491805365845114796noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6514286850087719171.post-85211083813435806982014-01-07T20:33:00.001-08:002014-01-07T20:33:52.771-08:00Wahai Ayah !wahai ayah,
saat anakmu berlari-lari kepadamu,
engkau memalingkan mukamu.
Katamu, " Ayah letih "...
Lalu anakmu berlalu pergi...
Wahai ayah,
Saat anakmu datang kepadamu bersama wajah yang ceria,
engkau bermasam muka...
katamu,
" Ayah letih, pergilah ke sana "
Wahai ayah,
saat anakmu berkata-kata denganmu,
engkau tidak memandang wajahnya...
katamu,
" lain kali sahaja kita berbicara, ayah letih "
Lalu wahai ayah,
Bilakah masanya lagi engkau tidak letih?
Esok? Lusa? Tulat? atau bila ayah?
Adakah setelah nanti anakmu telah dewasa...
Di Saat usiamu pula sudah tua..
Di Saat engkau mengeluh kerana tidak dipedulikan...
Nanti, bila mana engkau datang kepada mereka, mereka berkata,
Wahai ayah, kamu mahu apa? Kami sedang sibuk di sini... Lain kali sahaja kita bicara..
Lain kali sahaja kami datang melawat ayah...
Kami letih kerana kami bekerja... Sebagaimana letihnya ayah satu ketiha dahulu!
Cikgu Zaliehttp://www.blogger.com/profile/02491805365845114796noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6514286850087719171.post-63194979454042504592014-01-02T18:30:00.001-08:002014-01-02T18:31:16.231-08:00INDAHNYA HIDUP BERMATLAMAT
Oleh : Razali Saaran
Alhamdulillah, tahun baru menjelma lagi..
Alhamdulillah, kita masih diberi nafas lagi...
Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk menghadapi hidup ini...
Dalam hidup, yang membezakan kita dengan makhluk yang bernyawa itu adalah matlamat hidup. Kita dapat melihat bagaimana Lelaki A yang mempunyai matlamat yang jelas tahu ke mana hendak di bawa dirinya berbanding Lelaki B yang tiada arah hidupnya. Ibarat sebuah kenderaan yang luncur laju, bergerak menuju destinasi yang telah ditetapkan, akhirnya tiba dengan selamat mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Ianya berbeza sekali dengan mereka yang memandu keretanya kerana tidak tahu hendak ke mana. Akhirnya dia pulang semua ke rumahnya dengan keletihan. Mungkin kerana bosan dengan hidupnya yang seharian di rumah, akhirnya mengambil keputusan keluar berjalan-jalan tanpa arah tujuan.
Beruntungnya! Beruntungnya! Beruntungnya Kalian !
Apabila hidup mempunyai matlamat, ia ibarat kompas yang memandu kita ke arah yang betul. Jika kita bersolat di tempat yang baru, kompas membantu kita menentukan arah kiblat dengan betul. Ya, kompas memberikan kita keyakinan yang tinggi dan menghilangkan rasa ragu-ragu dalam hati.
Orang yang mempunyai matlamat hidup adalah orang yang beruntung. Ini kerana matlamat itu adalah permulaan kepada kejayaan dalam hidupnya. Dengan adanya matlamat, ia memberi panduan ke arah mana hendak dituju sebagaimana kompas itu berfungsi sebagai penunjuk arah yang betul. Matlamat hidup juga menjadikan mereka bertindak mengikut laluan yang betul dan terancang. Mereka tidak memandai-mandai melainkan mengikut perancangan yang telah digariskan. Berbeza pula dengan mereka yang tiada matlamat hidup. Mereka bertindak mengikut hatinya. Apa yang dilaluinya pada hari tersebut, itulah yang akan ditempuhinya. Pada mereka, matlamat hanya akan mengikat hatinya tanpa kebebasan.
Matlamat Itu Mestilah Jelas Dan Realistik !
Sesuatu matlamat itu bukanlah sekadarnya sahaja. Ianya bukan sekadar menyebutnya dibibir ataupun menulisnya di atas kertas, ataupun menaipnya di skrin komputer. Ianya mestilah jelas. Ianya mestilah sesuatu yang realistik untuk dicapai. Matlamat yang jelas dan realistik memudahkan kita membuat perancangan yang teliti untuk mencapainya dan ianya dapat mengelakkan kita daripada dilihat sedang membuat lawak jenaka.
Mulakan ! Mulakan !
Apabila kita telah menetapkan matlamat, kita mesti menggerakkannya mengikut kemampuan kita. Janganlah sesekali membiarkan matlamat itu sekadar diluahkan sahaja. Jika itu yang berlaku, dibimbangi kita ini seperti " Mat Jenin " sahaja sikapnya. Berangan-angan tinggi, tetapi sekadar di bibir dan di hati. Semasa tempoh pelaksanaan pula, kita harus mengerti bahawa kita memerlukan bantuan fizikal dan mental daripada orang lain yang berada di sekeliling kita. Kita tidak dilahirkan dengan memiliki semua pengetahuan dan kemahiran. Ada ketikanya kita memerlukan pertolongan daripada orang lain untuk melancarkan proses ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Lihatlah Henry Ford, beliau berjaya mencapai cita-citanya dalam dunia automatif bukan kerana dirinya sahaja, tetapi kerana beliau memiliki pakar-pakar yang hebat dalam bidang tersebut yang turut membantunya. Beliau tidak berdiri sendiri, tetapi beliau berdiri besama-sama mereka yang berada di sekelilingnya.
Semoga Berjaya
Cabaran paling hebat ketika proses pelaksanaan ialah ' putus asa '. Fasa ini adalah realiti yang dihadapai oleh mereka yang sedang berjuang untuk mencapai impiannya. Kita dapat melihat bagaimana tidak sedikit yang tersungkur di pertengahan jalan sehingga tidak mampu berdiri lagi kerena berputus asa dengan kemampuan dirinya. Ada juga yang bangkit semula setelah jatuh. Bahkan ada yang berjuang tanpa putus asa biarpun dugaannya hampir menjatuhkan semangatnya. Namun begitu, sama ada jatuh dan bangkit semua, ataupun tidak pernah jatuh semangatnya, saya berdoa semoga kita semua berjaya mencapai cita-cita ataupun impian yang telah dimatlamatkan. Berusahalah dengan sekuatnya, tetapi janganlah dilupa pada nilai kehambaan di dalamnya. Ini kerana sama ada kita gagal atau berjaya, Allah jua yang menentukannya. Apa yang penting, teruskan berusaha dan berdoa. Mudah-mudahan ada sinar di hadapan sana.
Selamat Maju Jaya...
Selamat Tahun Baru 2014...
RAZALI SAARAN
Fikir tanda fakir,
Seremban,
Januari 2014
* Indahnya Hidup Bermatlamat adalah tajuk ceramah yang paling kerap saya sampaikan di sekolah dan IPT.. Semoga bermanfaat..
Cikgu Zaliehttp://www.blogger.com/profile/02491805365845114796noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6514286850087719171.post-25117429105551657622013-12-17T04:14:00.000-08:002013-12-17T04:14:07.743-08:00Perkongsian Ilmu ( Jemputan Ceramah )Kebiasaannya apabila awal tahun menjelma, ceramah yang kerap saya sampaikan ialah berkaitan dengan Motivasi Pelajar samada di sekolah ataupun di IPTA.. Kebiasaannya juga tajuk yang saya pilih ialah " Indahnya Hidup Bermatlamat "...
Sejujurnya ia bukan ceramah biasa.... Bukan juga luar biasa. Tetapi alhamdulillah, setiap kali saya habis berceramah, ada audiens akan mengatakan, " cikgu, 2 jam saya mendengar tanpa mengantuk. Ceramah cikgu lain daripada kebiasaan yang saya dengar."
Persediaan Bahan
Apabila saya ingin memenuhi undangan berceramah, perkara utama yang saya fikirkan ialah bahan yang ingin dikongsikan berdasarkan audiens. Bukan mudah, tetapi saya akan berusaha untuk berikan bahan-bahan yang mungkin berbeza dan ada nilai pada hati yang mendengar. Saya masih ingat, apabila seorang mahasiswi universiti mengatakan, " cikgu, ceramah cikgu telah memberi sesuatu kepada saya." Bahkan kata-kata daripada seorang guru yang turut berada dalam ceramah yang saya sampaikan turut mengatakan, " 2 jam saya dengar ceramah cikgu, saya tak mengantuk pun..."
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberi kesempatan kepada saya untuk berkongsi pengalaman, cerita, semangat dan apa sahaja kepada pendengar. Saya sentiasa sedar, saya bukan penceramah yang terkenal. Saya hanya penceramah kecil-kecilan yang sentiasa berharap dan berdoa agar yang mendengar akan mendapat manfaat biarpun sedikit.
Perkongsian Buku-Buku
Selain daripada ceramah di atas, saya juga sering dijemput memberi ceramah tentang buku yang saya tulis iaitu,
Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik ( untuk guru dan ibu bapa )
Nota Hati Buat Pelajar ( motivasi )
Watak-Watak Dalam Organisasi ( Kepimpinan )
* Jika ada yang ingin menjemput, saya mengalu-alukan.. Sila hubungi saya melalui,
email : razalisaaran@yahoo.com
Telefon bimbit : 012-6248206
Cikgu Zaliehttp://www.blogger.com/profile/02491805365845114796noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6514286850087719171.post-48141416301510521762013-11-12T07:12:00.000-08:002013-11-12T07:12:05.850-08:00HLP - Hadiah Latihan PersekutuanAlhamdulillah, hari ini ( 12/11/13 ) saya telah menerima surat tawaran Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan ( HLP ) di Putrajaya bagi program Sarjana Pendidikan Keusahawanan. Setelah menanti selama beberapa tahun, akhirnya impian untuk menyambung pelajaran tercapai jua. Biarpun agak lewat berbanding orang lain, Alhamdulillah peluang yang diberikan ini berbaloi kerana diberi biasiswa, bergaji penuh serta bercuti sepanjang pengajian selama dua tahun.
Dikesempatan ini, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman sepanjang permohonan dibuat sehinggalah sesi temuduga berjalan. Mudah-mudahan ianya bisa memberi sedikit manfaat buat kalian yang ingin menyambung pengajian melalui saluran Tajaan daripada kementerian pendidikan. Antara perkara yang perlu diambil perhatian semasa ingin memohon ialah,
1. sumbangan kepada organisasi
2. anugerah-anugerah yang pernah diterima
3. hasil penerbitan ilmiah ( buku, jurnal, kajian tindakan, artikel dsb). Saya berpandangan ini adalah satu nilai tambah yang paling berharga kepada pemohon.
4. proposal yang relevan dengan sekolah.
Sekiranya dipanggil untuk temuduga, maka perkara berikut perlu diberi perhatian.
1. Proposal yang lengkap dan relevan dengan kehendak organisasi. Contohnya jika sekolah, maka kajian mestilah relevan dengan keperluan sekolah.
2. Menjual diri - Maksudnya, semasa pembentangan perlu menonjolkan diri dan meyakinkan penemuduga bahawa kalian memang layak menerima biasiswa tersebut. Pada waktu ini, tahap keyakinan perlu tinggi dan tidak takut memberikan hujah yang bernas.
3. Adab - Ini juga penting semasa temuduga berjalan. Jagalah adab ketika masuk ke bilik, ketika duduk, ketika menjawab dan ketika ingin keluar.
Selesai proses temuduga, berdoalah dan bertawakkallah kepada Allah. Mudah-mudahan ada rezeki kalian. Sekiranya tiada rezeki, janganlah berputus asa kerana Allah Maha Mengetahui bila masa yang paling sesuai untuk kalian menyambung pengajian.
Selamat mencuba dan semoga kejayaan menjadi milik kalian.... Insya-Allah
Cikgu Zaliehttp://www.blogger.com/profile/02491805365845114796noreply@blogger.com1