Saturday, June 14, 2008

tertekan?

Alami tekanan

Oleh NORAINON OTHMAN
Harian Metro

KUALA LUMPUR: Kira-kira 20 peratus penduduk negara ini berdepan simptom tekanan mental atau stres dan daripada jumlah itu, 11 peratus adalah orang dewasa manakala sembilan peratus kanak-kanak.Hasil kajian Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006 oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan sebanyak 40 peratus orang dewasa mengalami gangguan tidur, manakala enam peratus pula ada niat membunuh diri akibat stres. Kebanyakan mereka berusia antara 16 hingga 24 tahun.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata usaha meningkatkan kesedaran mengenai stres dan cara menanganinya dilaksanakan Kementerian Kesihatan sejak 2000 melalui pelancaran Kempen Cara Hidup Sihat bertemakan Promosi Kesihatan Mental.“Stres berlaku apabila seseorang mempunyai tanggapan dia tiada kemampuan, sumber atau cara untuk memenuhi kehendak diri. Terlalu banyak stres atau yang berpanjangan akan memudaratkan kesihatan.

“Stres kronik menyumbang masalah kemurungan, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan kemungkinan kanser. Kemurungan berpanjangan juga jika tidak dirawat boleh membawa kejadian bunuh diri, selain punca migrain, insomnia, ulser dan sakit belakang,” katanya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails