Sunday, February 21, 2010

Terima kasih yang telah membeli dan membaca buku tulisanku

Assalamualaikum...apa khabar semua. sudah lama rasanya tidak posting di blos saya ni. kesibukan menyebabkan saya hanya membuka blog sahaja, tetapi tidak update. tetapi hari ini saya ingin berkongsi satu tulisan yang ditulis oleh seorang pembaca buku tulisan saya di dalam blognya. terima kasih kepadanya dan terima kasih kepada anda yang lain yg telah membaca buku saya. Baiklah, mari kita hayati bersama tulisannya ini.


Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik

Sudah menjadi kebiasaan saya, selalu kalah jika masuk ke MPH. paling kurang, RM20 pasti digunakan untuk membeli buku. Nah! Buku terbaru yang saya beli, “Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik” hasil tulisan Razali Saaran edaran Mustread Sdn. Bhd.
Melihat biodata penulis beliau merupakan seorang guru di salah sebuah sekolah di Johor Bharu. Latar belakang pendidikannya yang sedikit berbeza dengan deretan penulis-penulis buku ternama yang lain membuatkan saya sedikit gusar untuk membaca buku ini. Adakah ia mampu meyakinkan saya akan isi kandungannya. Ah! Don’t judge book by it’s writer!.
Alhamdulillah setelah ¾ buku ini saya baca, saya berasa amat berterima kasilh pada penulis. Dengan penggunaan bahasa yang santai, dan tidak terlalu factual , beliau menjelaskan teknik- teknik untuk guru mengajar dengan berkesan berpandukan sunnah Rasulullah saw. Sebelum penulis melanjutkan tulisannya, beliau menekankan guru itu hanyalah layak buat insan yang benar-benar arif dan terlatih dalam suatu bidang itu kerana profession sebagai seorang guru ini, betul-betul memerlukan kemahiran yang khusus bukan sekadarnya sahaja. Juga ditegaskan di sini mengenai peranan seorang guru itu bukanlah sekadar mengajar dalam kelas, tetapi soal akhlak para guru yang harus dititikberatkan dalam penyampaian ilmu kepada pelajar dan penerimaan pelajar yang berkesan. Antara kaedah yang diperincikan dalam buku ini ialah kaedah soal jawab. Guru-guru seharusnya banyak bersoal jawab dengan pelajar bagi meningkatkan daya pemikiran mereka. Kaedah ini juga telah diguna pakai oleh Rasulullah saw yang bersoal jawab dengan para sahabat pada zaman dahulu.
Banyak lagi kaedah-kaedah mengajar yang dijelaskan di sini seperti, kaedah menghukum pelajar, memahami emosi pelajar,kaedah berkomunikasi, kaedah bergurau, dan lain-lain lagi. Dan istimewanya buku ini, kesemua kaedah yang dijelaskan adalah berdasarkan apa yang telah Rasulullah amalkan ketika baginda bersama para sahabat dahulu. Secara tidak langsung, kita dapat mengetahui sirah baginda dan mengamalkan sunnahnya dalam kelas.
Tidak syak lagi, Rasulullah sememangnya contoh ikutan sepanjang zaman. Tiada guru yang terbaik selain Rasulullah saw.

Sami yusof-Al- Mu’allim

www.linda-qibtiah.blogspot.com



2 comments:

nur aqilah hanis said...

Salam ziarah,

Terima kasih cikgu di atas kesudian mengunjungi blog saya yang tidak seberapa. Saya berbesar hati dengan kunjungan penulis buku “HEBATNYA CARA RASULLAH MENDIDIK’ yang saya baca dan cermati sebaiknya.ALHAMDULLILAH, biarpun tidak ketemu secara langsung.

Buku cikgu benar-benar memberi sisi baru dalam ilmu-ilmu pedagogi cara Rasullah SAW untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Buku yang cikgu tulis mengajar saya banyak perkara, maka cikgu juga merupakan guru saya sekarang. Ameen, terima kasih sekali lagi atas doa cikgu. moga-moga usaha yang cikgu lakukan diberkati ALLAH dan mendapat pahala yang berterusan. insyaALLAH. :)

Guru Praktikal,
SMK SG PELEK, Selangor

Cikgu Zalie said...

Terima kasih Nur...segala kelebihan itu adalah dari Allah jua...saya hanya menyampaikannya sahaja..

sebagai orang baru dalam dunia penulisan buku pertama ini amat mendebarkan..tetapi Alhandulillah setakat hari ini respon yang diterima adalah positif..

kepada Nur yang menyokong tulisan ini, marilah kita sama2 berazam untuk mengamalkan sunnah Nabi walaupun dalam bilik darjah..

selamat berpraktikal dan selamat menempuh dunia perguruan yang sebenar suatu hari nanti..

selamat berkongsi ilmu..

Hanya dengan mengingati Allah, jiwa menjadi tenang

Hari ini bila kita ada masalah kita membiarkan fikiran kita hanyut bersamanya... Kesannya, hati kita makin gelisah... fikiran kita terus ...