Saturday, February 19, 2011

Ulasan Buku 'Watak-Watak Dalam Organisasi Di Perpustakaan Negara


Ini adalah ulasan yang dibuat oleh perpustakaan negara berkaitan dengan buku saya yang kedua. Alhamdulillah, seronok membacanya. Sekadar perkongsian untuk semua. ( LINK )

Ulasan buku Razali Saaran watak-watak dalam organisasi kuala lumpur : must read, 2010. 175ms. isbn 978-967-5426-21-6 .

Watak-watak dalam organisasi ditulis oleh razali saaran. buku ini ditulis untuk berkongsi pandangan tentang karakter-karakter dalam organisasi berdasarkan apa yang tersirat di hati penulis untuk dikongsi bersama. penulisan ini adalah pandangan peribadi penulis semata-mata berkaitan organisasi berdasarkan pengalaman bekerja dan perkongsian pengalaman dengan kebanyakan orang, serta sedikit rujukan. secara keseluruhannya buku ini memfokuskan kepada isu-isu berkaitan karakter-karakter dan kesannya terhadap perkembangan organisasi. melalui pembacaan buku ini, seseorang pembaca itu akan dapat memahami karakter-karakter yang wujud di sekeliling mereka, yang mana satu ketika dahulu, tidak pernah pun mempedulikan kewujudannya dan tidak merasakan ianya boleh memberikan kesan ke atas organisasi. membaca buku ini dapat membuka minda semua pembaca terhadap betapa pentingnya memahami tingkah laku ataupun karakter-karakter yang terdapat dalam organisasi agar dapat diuruskan dengan lebih berkesan dan tidak membiarkan yang salah terus melakukan kesalahan dan diberi pengiktirafan kerana kegagalan membuat penilaian yang baik.

Menurut penulis, dalam sesebuah organisasi watak-watak wujud dalam pelbagai rupa bentuk. namun secara umumnya, watak-watak tersebut boleh dibahagikan kepada dua watak utama iaitu watak positif dan negatif. ketidakseimbangan antara watak negatif dan positif akan menyebabkan penguasaan kepada sesuatu organisasi itu. bagi memudahkan pembaca memahami dan mengenali kesemua watak-watak dalam organisasi, penulis telah memberikan huraian dan yang jelas tentang pengenalan watak dan kepentingan memahami watak dalam sesuatu organisasi. watak-watak tersebut pula dibahagikan kepada setiap karakter-karakter positif dan negatif seperti karakter bermuka-muka, pendengki, kaki bodek (pengampu). manakala karakter positif pula seperti menghormati orang lain, sabar, rajin, taat dan lain-lain yang digambarkan dengan contoh.

Dalam buku ini penulis juga turut menyelitkan ’sudut renungan’ dan ’sudut pedoman’ di penghujung setiap karakter yang dipetik daripada hadis, ayat-ayat al-quran atau kata-kata penulis lain untuk dijadikan panduan atau perangsang pembaca. penulis tidak hanya membicarakan tentang karakter-karakter watak tersebut sahaja tetapi juga memberi panduan atau petua untuk menyuburkan watak-watak negatif dalam sesuatu organisasi itu agar watak tersebut berubah menjadi lebih baik atau lebih positif. manakala watak-watak positif yang sememangnya telah wujud terus cemerlang untuk manfaat organisasi itu sendiri. buku watak-watak dalam organisasi ini amat bermanfaat dan dapat dijadikan panduan kepada semua pembaca terutamanya kepada pentadbir atau ketua dalam sesebuah organisasi untuk menilai watak-watak yang ada dan membuat perancangan yang tertentu agar watak-watak tersebut dapat diuruskan dengan baik dan sempurna. watak yang baik atau positif dan tidak menguasai organisasi, perlu dilahirkan agar golongan tersebut menjadi dominan. watak yang negatif dan tidak diperlukan oleh organisasi perlulah dihapuskan agar kebajikan dan keperluan setiap pekerja dan
majikan dalam sesebuah organisasi dapat dijaga dan dihormati.

Secara keseluruhannya, buku watak-watak dalam organisasi ini dapat membuka minda dan merungkai setiap persoalan berhubung pengurusan organisasi terutamanya pengurusan sumber manusia. malah permasalahan setiap watak dalam oganisasi itu perlu difikirkan bersama untuk menjadikan sesebuah organisasi itu lebih maju dan cemerlang bertepatan dengan hasrat kerajaan ”1malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan ”.

Pengulas: Hasnan Binti Mamat @ ahmad shazili, Penolong Pengarah Bahagian Pakar Maklumat Perpustakaan Negara Malaysia


No comments:

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...