Saturday, May 21, 2011

What u give…U get back

Benar, apa yang anda berikan pada orang lain, anda akan mendapatkannya semula. Tidak percaya? Terpulanglah kepada anda. Saya masih teringat satu kisah yang disebut oleh seorang motivator yang telah menceritakan tentang duit yang dia bayar kerana membeli barang yang mana salah satu daripada wang yang dibayar itu terdapat wang yang telah berconteng. Katanya, semasa membayar dia telah menyembunyikan wang tersebut di antara wang-wang yang lain semasa membayar supaya tuan kedai tidak perasan. Tahukah anda apa berlaku selepas itu? Tidak berapa lama, dia telah menerima kembali wang yang turut diconteng yang dipulangkan oleh orang lain semasa dia membeli barang atau mengunakan perkhidmatan teksi. Saya lupa, tetapi lebih kurang begitulah ceritanya.

Apa mesejnya?

Mudah sahaja, what u give, u get back. Apa yang anda beri akan dapat kembali. Anda marah kerana orang tidak menghormati anda, tetapi anda sendiri tidak pandai menghormati orang lain. Anda marah kerana orang lain tidak mengikut kata anda, sedangkan anda sendiri tidak melakukan apa yang dikata. Anda marah kerana orang tidak ada amanah, sedangkan anda sendiri tidak amanah. Senang cakap, cakap tak serupa bikin.

Sepatutnya, konsep muhasabah itu perlu diamalkan dalam organisasi. Apabila hendak menegur, tegurlah diri terlebih dahulu. Sudahkan anda melaksanakan apa yang dikatakan sebelum mengatakan pada orang lain. bercakap memang mudah, tetapi yang mendengar dan menerima bukan mudah. Mengkritik itu mudah, tetapi yang menerima kritikan itu bukan mudah. Apatah lagi orang yang mengkritik itu kadangkala lebih teruk daripada yang dikritik.

Rindu PadaMu ya Rasulullah SAW

Ya Rasulullah, daku rindu padamu. Apabila melihat kepada apa yang berlaku, rinduku kepadamu semakin menebal. Persoalan dijiwaku, mengapa mereka tidak melihat akhlakmu yang begitu merendah diri biarpun berada dikedudukan yang begitu istimewa disisiNya. Dikau begitu dikagumi, dihormati, malah digeruni oleh musuh-musuhmu. Tetapi dikau menjahit sendiri pakaianmu, mengangkat kayu api ketika kembara bersama sahabat-sahabatmu. Ya Rasulullah, dikau terlalu mulia, tetapi dikau begitu penyabar dan lembut dengan orang bawahanmu. Dikau juga sudi menerima teguran dan cadangan daripada sahabatmu. Malah cadangan itu dilaksanakan olehmu. Ya, lihatlah kisah Salman al-Farisi dalam peristiwa perang Khandak jika tidak silap saya. Malah Umar, sahabat yang begitu terdidik olehmu juga menerima teguran oleh orang di bawahnya. Walaupun tegurannya begitu kasar. Ya, mengangkat pedang sambil menegur Umar, bukankah itu kasar namanya. Tetapi umar menyantuninya....hebat..

Dikaulah Contoh terbaik buat kami Ya Rasulullah! Tiada siapa yang berhak menafikannya. Kerana kehebatanmu jualah daku umatmu yang serba lemah dan daif ini menjadikanmu sumber inspirasiku semasa menulis. Semoga daku terus diberi kekuatan untuk berkata benar, menegur kerana kebenaran dan melakukan yang benar. Sesungguhnya kuasa yang terhebat itu kuasa Allah. Ingat Razali Saaran, jangan sombong dengan apa yang ada padamu !

No comments:

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...