Saturday, October 1, 2011

Teknik Menghadapi Peperiksaan

Petua mudah menghadapi peperiksaan

Sekarang adalah musim peperiksaan. InsyaAllah minggu hadapan ( 4 Oktober 2011 ) PMR akan bermula dan pada pertengahan bulan 11 akan bermula pula peperiksaan SPM( 14/11/2011) dan STPM( 21/11/2011). Di bawah ini saya berikan beberapa petua mudah peperiksaan, mudah-mudahan dapat memberi sedikit panduan kepada bakal-bakal calon peperiksaan.

**** Paling Penting*****

Minta maaf dengan Ibu dan bapa anda, guru-guru anda dan mohon dihalalkan segala ilmu, serta kepada rakan-rakan anda.


1. Pastikan anda telah menguasai semua tajuk-tajuk yang sepatutnya.

2. Jangan tidur lewat pada malam peperiksaan dan bangun awal pagi untuk membuat sedikit ulangkaji ringkas. Ulangkaji ringkas ini penting untuk mengingat sekali lalu apa yang telah dikuasai sebelum ini.

3. Semak jadual peperiksaan supaya jelas masa peperiksaan dan subjek apa yang terlibat supaya keperluan seperti alat tulis dapat disediakan. Pastikan juga semua keperluan peperiksaan telah disediakan ( alatan menulis, slip peperiksaan, kad pengenalan ) pada malam tersebut.

4. Jangan datang terlalu awal dan terlalu lewat ke pusat peperiksaan. Terlalu awal akan menyebabkan anda menunggu terlalu lama dan menyebabkan anda gelisah. Manakala terlalu lewat akan menyebabkan anda menjadi kelam-kabut dan tergesa-gesa.

5. Elakkan membaca disaat peperiksaan akan bermula . Bertenanglah dan yakinlah anda telah pun mengusai apa yang sepatutnya anda kuasai.

6. Duduklah dalam dewan peperiksaan dengan tenang. Dengan arahan, ikuti dan mulakan menjawab dengan kalimah suci Bismillah.

7. Baca soalan dengan tenang, fahami ia dan gariskan keyword soalan( senaraikan, berikan, kecuali, huraikan dsb) supaya tidak menjawab berdasarkan kefahaman yang salah. Senang cakap, jawab apa yang ditanya, bukan apa yang anda tahu. Jangan lupa, awasi masa menjawabmu dan rancanglah ia dengan baik.

8. Selesai menjawab, semak semula jika berkesempatan.

9. Peringatan : Mengubah jawapan disaat akhir sangat berisiko kepada anda...Fikir-fikirkan !

10. Selesai peperiksaan, keluarlah dewan dengan tenang, senyumlah dengan orang lain dan jangan difikirkan lagi apa yang telah dijawab dan elakkanlah berbual-bual dan berbincang jawapan berkaitan peperiksaan yang baru sahaja selesai kerana ia akan mengganggu emosi anda untuk peperiksaan yang akan datang.

11. Balik rumah dan tumpukan pula terhadap peperiksaan yang akan datang.

12. Peperiksaan telah selesai, apa yang perlu anda lakukan ialah bertawakkallah kepadaNya. Berdoa, berdoa dan terus berdoa kepadaNya. Solat, solat dan terus bersolah hajat kepadaNya. InsyaAllah, jika anda telah berusaha dan berdoa, pasti kejayaan bersama anda.

Semoga berjaya !

Razali Saaran

Copyright/ HakCipta Razali Saaran

No comments:

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...