Wednesday, September 1, 2010

Logikkah?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Alhamdulillah, setakat hari ini dimudahkan Allah untuk saya berpuasa. Tahun-tahun sebelum ini pernah juga diuji dengan sakit perut yang agak dahsyat. Tetapi alhamdulillah ketika itu Allah masih berikan kekuatan kepada saya untuk berpuasa.

Sebentar tadi di sekolah ada program ziarah ramadhan, di mana guru-guru ke rumah pelajar terpilih untuk menyampaikan sedikit sumbangan berupa keperluan harian seperti beras minyak masak, gula, tepung dan beberapa barangan lain yang tidak dapat disebut di sini. Apa yang menarik perhatian saya ialah ketika ustaz kairul ada menyebut, imam syafie ketika ramadhan menangis sebanyak 2 kali. pertama ketika datangnya ramdhan. Keduanya ketika berakhirnya ramadhan. Apabila saya mendengar keta-kata tersebut, rasa malu pada diri sendiri kerana hati ini begitu seronok menanti syawal yang tidak lama lagi akan menjelma. Sedangkan ramadhan ini adalah peluang untuk mendapat gandaan pahala yang besar. Apatah lagi 10 malam terakhir ini yang dikatakan berlakunya malam al-Qadar yang mana pahalanya bersamaan dengan seribu bulan.


Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya kami menurunkannya pada malam kemuliaan dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turunnya malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Al-Qadar, 1-5)

Walaupun diturunkan ayat ini, namun Allah SWT tidak menerangkan secara terperinci waktu kedatangan Lailatul Qadar.

Namun RASULULLAH SAW pernah bersabda yang bermaksud: “(Iaitu) ada pada bulan Ramadan. Kerana itu hendaklah kamu mencarinya pada 10 hari terakhir. Kerana ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu pada malam 21, atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29, serta pada malam terakhirnya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Namun begitu, amat menghairankan, ada manusia yang menangis kerana ramadhan telah tiba kerana baginya ramadhan begitu menyusahkan. Bulan yang memerlukan mereka sembunyi-sembunyi makan, minum, merokok dan bermacam-macam lagi kemungkaran yang terpaksa disembunyikan. Tetapi apabila ramadhan berakhir, mereka ketawa gembira kerana mereka telah bebas daripada penjara ramadhan. Ya, kini mereka bebas menayang maksiat di depan kita atau sesiapa sahaja. Bulan di mana tiada halangab untuk makan dan minum sesuka hati, menghadiri program maksiat seperti konsert sesuka hati dan bermacam-macam lagi. Mengapakah mereka ini tidak berfikir, bukankah Allah telah mengurniakan 12 bulan dalam setahun? Zalimkah Allah kerana mewajibkan berpuasa sebulan sahaja, sedangkan lagi 11 bulan umat Islam bebas makan dan minum di siang hari. Bukankah jumlah sebelas bulan itu lebih banyak nilainya berbanding 11 bulan?

Ini baru puasa, kita belum lagi bercerita tentang solat. Satu waktu cuma jangka masanya lebih kurang 5 minit. Di darabkan dengan 5 waktu, ini bermakna hanya 25 minit sehari. Dalam sehari tempoh masa adalah 24 jam, tetapi Allah cuma mengambil masa 25 minit sehari untuk menyembahNya...MasyaAllah, tidakkah ini bermakna sebanyak 23 jam, 35 minit masa yang diperuntukkan untuk urusan lain seperti makan, minum, bekerja, berehat dan tidur. Adakah Allah zalim?

Jawapannya ialah tidak. Manusialah yang zalim kerana tidak menilai ketetapan Allah dengan mata hatinya. Manusia boleh menonton televisyen berjam-jam, tetapi tidak mampu menunaikan solat yang masanya hanya sekadar 5 minit sahaja. Manusia bisa bebas makan dan minum selama 11 bulan tanpa halangan, tetapi apabila Allah meminta mereka berpuasa cuma sebulan sahaja, mereka tidak melaksanakannya. Manusialah sebenarnya yang tidak berterima kasih kepada Allah yang menciptakan mereka. Diberikan rezeki setiap hari, nafas 24 jam sehari tanpa terlupa olehNya, diberikan kerja yang baik dan bermacam-macam lagi nikmat kepada manusia, tetapi apabila diminta menyembahNya, melaksanakan suruhan yang lain keranaNya, manusia tidak mengendahkannya.

Wahai semua umat Islam, bangkitlah dari lenamu. Ingat Allah begitu pemurah, penyayang serta pengasih sifatnya. Walaupun ada diantara kita yang mengabaikan tanggungjawabnya terhada Allah, rezeki tetapi jua diberi. Tidak pernah pula mereka yang meninggalkan solat dan puasa itu diberhentikan rezekinya serta-merta. Jika manusia, tentunya tindakan sedemikian akan dilakukan. Tetapi tidak bagi Allah, kerana rahmat dan kasih sayangNya. Ayuh, marilah kita mantapkan Iman kita kepada Allah di Bulan ramadhan ini sebagai latihan untuk bulan-bulan yang mendatang.

Salam ramadhan..
salam Lailatul Qadar...
Salam UKhwah...

RAzali Saaran
3/9/10



No comments:

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...