Teman sekeluarga Bergambar bersama pengerusi Kebiru( yang berbaju Merah )
Baru-baru ini sekolah teman ada mengadakan jamuan akhir tahun yang dipanggil "hi Tea". Alhamdulillah teman berkesempatan hadir bersama isteri dan 2 anak teman. Pada teman, petang itu memang menyeronokkanlah. Cuma teman tak berkesempatan menikmati juadah yang disediakan dengan tenang kerana almaklumlah apabila 2 orsng hero teman itu masih kecil dan banyak betul permintaannya. Jadi masa makan teman telah diambil oleh kedua-dua hero teman. Tidak mengapalah, yang penting dapat hadir dan meraikan program kawan-kawan teman. Kepada kebiru tahniah atas penganjuran yang memang menarik tempoh hari. Satu sahaja pesan teman, jangan lupa majlis seterusnya tidak lama lagi. Apa dia? hehe, majlis perpisahan guru-guru yang dapat pindah. Persoalannya ialah, teman tersenaraikah? wallahua'lam...Pada Allah teman serahkan..
1 comment:
Tahniah kerana mempunyqai keluarga yang bahagia dan teman yang sentiasa memberi sokongan kepada anda sebagai guru disiplin. Semoga usaha ikhlas anda mendapat rahmat dari yang maha esa. GOOD LUCK......
Post a Comment