Monday, December 27, 2010

Mari Bekerja...

Alhamdulillah, hari ini bermulalah tugasan saya sebagai guru semula untuk sesi persekolahan 2011. InsyaAllah, sesi baru mesti dibawa dengan azam dan semangat baru. Ada beberapa perancangan yang bermain-main diminda saya untuk tahun hadapan dan diharapkan dipermudahkan Allah untuk dilaksanakan.

Buat teman-teman, mari kita bekerja dan berkerja bersama-sama untuk memajukan sekolah dan diri kita. Ingat, kerja itu amanah Allah kepada kita dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Bersabarlah....

“Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.” [Riwayat Al-Hakim]



Sehebat mana sekalipun beban kerja yang kita bakal pikul pada tahun hadapan, bersabarlah kerana hikmah Allah sentiasa mengiringinya..insyaAllah, setiap kesusahan akan ada jalan penyelesaiannya.

Maksudnya : “Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”

[al-Insyirah : 6 ]




Yakin dan percayalah Allah tidak menguji kita melainkan dengan ujian yang mampu ditanggung oleh kita. Yakinlah bahawa ALlah itu tidak zalim walaupun kita sentiasa menderhakaiNya...

Selamat bekerja semula..selamat mendidik dan selamat berdakwah!

No comments:

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...