Friday, March 4, 2011

Guru disiplin didakwa cabul 11 pelajar

Sedih, inilah ungkapan pertama yang mampu saya luahkan diketika ini. Dalam undang-undang, seseorang itu tidak dianggap bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Inilah risikonya apabila bergelar guru disiplin. Apatah lagi apabila guru itu menjadi ketua guru disiplin, sudah tentu risikonya lebih besar. Mungkin kerana faktor itulah tidak ramai yang ingin menjadi guru disiplin. Malah kerana risiko yang tinggi jugalah ramai guru takut untuk mengambil tindakan disiplin kepada pelajar walaupun telah terang-terangan pelajarnya itu melanggar disiplin sekolah. Sebagai seorang ketua guru disiplin di sekolah, saya benar-benar memahami risiko-risiko yang bakal berlaku. Kerana itulah apabila melibatkan masalah disiplin pelajar perempuan mestilah dilakukan di tempat yang terbuka sekiranya tidak melibatkan perkara yang sensitif. Sekiranya masalahnya sensitif, pastikan ada guru perempuan yang terlibat dalam urusan siasatan sekiranya perlu dilakukan ditempat tertutup demi mengelakkan sebarang fitnah yang tidak diingini. Buat keluarga cikgu ini, saya doakan kalian tabah, dan saya berdoa semoga Allah melindungi cikgu dan membersihkan nama cikgu sekiranya cikgu tidak bersalah. Ya Allah, peliharalah daku yang lemah ini dari sebarang fitnah sepanjang daku melaksanakan amanahmu di sekolah.




AMPANG: Ketua guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah, Ampang, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas 11 pertuduhan mencabul 11 pelajar perempuan berusia 15 dan 16 tahun, bulan lalu.

Ismazi@Megat Ismazi Ismail, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Azaraorni Abd Rahman. Mengikut pertuduhan, Ismazi didakwa mencabul kehormatan dengan meletakkan tangannya di atas dada semua pelajar itu di dalam bilik guru disiplin antara jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi, 25 Februari lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan jika disabit kesalahan.

Ketika pertuduhan dibacakan, isteri tertuduh menekup muka sambil ditenangkan seorang rakan perempuannya.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Jaizah Jaafar Sidek menawarkan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh bagi setiap pertuduhan dengan mengambil kira keseriusan kes.


Bagaimanapun, peguam Amir Asree Meor Nordin yang mewakili tertuduh memohon wang jaminan itu dikurangkan kepada RM800 untuk setiap pertuduhan kerana jumlah yang ditawarkan pendakwaan adalah tinggi memandangkan anak guamnya penanggung tunggal keluarga dan perlu menyara empat anak yang masih bersekolah kerana isterinya tidak bekerja.

“Tambahan pula, sejak dia ditangkap pada 25 Februari lalu, berita mengenainya tersebar sehingga menyebabkan reputasi dan maruahnya sebagai penjawat awam tercalar kerana tertuduh berkhidmat sebagai guru selama 23 tahun.


“Rakan tertuduh yang rata-ratanya guru di sekolah sama turut hadir sebagai tanda sokongan moral terhadap tertuduh,” katanya.

Azaraorni membenarkan tertuduh diikat jamin RM11,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 25 Mac ini untuk sebutan semula kes. Isteri tertuduh membayar wang jaminan itu. Harian Metro pada 28 Februari lalu melaporkan gara-gara mahu menjadi ‘doktor’, seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah diberkas polis selepas didakwa mencabul 11 pelajar perempuan. Difahamkan, guru lelaki itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir perhimpunan sekolah. Sumber berkata, dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dir

Sumber : Harian Metro Online

1 comment:

Tinta Emas said...

Sedih bila baca ....kesian kat isteri dia...

kdg2 mmg salah cikgu nie jugak...suruhlah cikgu perempuan yang buat...tak kan tak tau pegang dada budak perempuan tu salah....

semoga menjadi pengajaran guru2 lain...

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...