Monday, April 18, 2011

Hebat Sangatkah Kita?

Tahniah cikgu, kerana menulis buku. Cikgu, hairan sungguh bagaimana cikgu boleh menulis buku dalam keadaan yang begitu sibuk di sekolah dan di rumah? Cikgu, buku cikgu telah memberi sisi baru dalam dunia pendidikan. Cikgu, buku cikgu sangat menarik.

Sebenarnya kata-kata di atas itu adalah antara kata-kata yang pernah diungkapkan kepada saya samada secara langsung ataupun secara tidak langsung seperti melalui blog, facebook dan sebagainya. Sebagai penulis buku yang dibaca, sudah tentulah saya berasa teruja dan gembira dengan komen-komen tersebut. Namun sebagai hambaNya, kata-kata tersebut begitu menggusarkan saya. Mengapa? Bimbang-bimbang perasaan lain meresap masuk ke dalam hati ini sehingga menyebabkan niat asal berubah kepada yang lain.

Saya masih ingat satu ketika orang bertanya kepada seorang ustaz tentang bab menjaga hati. Terutama sekali apabila melibatkan benda-benda atau perkara yang nampak hebat dari aspek luarannya. Jawapannya cukup ringkas, tetapi terkesan di hati saya. Begini katanya. Adakah salah sekiranyanya kita memakai kasut yang cantik? Tidak salah selagi mana ia diletakkan di tempatnya. Ya, kasut letaknya di kaki, maka letakkan di kaki, bukan di hati. Lalu saya amati kata-kata tersebut. Sedikit berfikir, memberikan saya jawapannya. Benarlah, sehebat mana sekalipun sesuatu perkara itu, selagi mana ia diletakkan ditempatnya, tidak menjadi masalah kepada kita. Ya, jika kasut di kaki, letakkan di kaki, bukan di hati. Jika baju di badan, letakkan di badan, bukan di hati. Subhanallah, hebat sekali kesannya di hati apabila kita mampu berfikir dengan cara yang sebegitu rupa. Ya Allah, peliharalah hatiku...hanya untukMu..

No comments:

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...