Monday, April 11, 2011

Menulis buku adalah terapi minda

Hari ini saya nak syer cerita yang ringan-ringan sahaja sebelum saya melelapkan mata. Alhamdulillah, dapat juga menyiapkan sub topik dalam buku ketiga saya yang masih tak selesai editnya. Macam dah siap, bila baca semua masih ada sedikit perkara yang ditambah dan perlu dibuang dan ditambah dengan yang lain. Tetapi, insyaAllah, jika tidak ada masalah, hujung bulan april ini siaplah semuanya. Senarai Bibliografi pun dah dimasukkan. Tak sangka, banyak juga rujukan yang dibuat. Sebagai penulis, saya berusaha untuk berlaku amanah dalam karya saya. Setiap buku yang dirujuk, akan dinyatakan sumbernya. Oklah, lupakan tentang ini.

Sebenarnya, saya ingin berkongsi dengan rakan – rakan tentang kehebatan menulis. Secara peribadi, dengan menulis menyegarkan minda saya kerana dapat menyatakan apa yang bersirat di kepala. Dengan menulis menjadikan saya lebih banyak berfikir dan menganalisis. Tidak keterlaluan jika saya mengatakan, dengan menulis menjadikan kita lebih bersifat kritis terhadap sesuatu perkara. Tetapi yang lebih penting, menulis merupakan terapi dalam minda saya. Bagaimana ia berperanan sebagai terapi? Anda cubalah menulis. Jika berminat, mulakan langkah sekarang. Jika anda tidak tahu hendak bermula daripada mana, saya sedia memberi pandangan setakat yang termampu kerana saya bukan juru runding profesional. InsyaAllah, saya juga bisa membantu anda mendapatkan penerbit sekiranya anda telah ada manuskripnya. Ayuh rakan-rakan, menulislah demi Agama kita. Selamat malam....

Assalamualaikum

Taman Daya, Johor bahru

11.42 PM

No comments:

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...