Tuesday, May 17, 2011

Belanjawan Keluarga

"Mahalnya?"...itu adalah ayat yang saya sebutkan kepada seorang pekerja yang menjaga bahagian basah di sebuah pasaraya. Lalu dia menjawab " kat luar lagi mahal bang."..Betullah tu, kalau di sini pun tinggi, di luar sana lagi tinggi harganya.."saya mengakhiri perbualan...

Saya sangat percaya bahawa semua orang akan bersetuju jika saya mengatakan nilai wang kita semakin kecil. Bukan saiznya mengecil, tetapi keupayaannya untuk membayar semakin mengecil. Bawa duit besar ke kedai, pulang ke rumah membawa barang yang kecil sahaja..jika besarpun kualitinya semakin mengecil juga.

Oleh kerana kos semakin hidup semakin tinggi, nilai wang semakin kurang maka amat perlu kita merancang kewangan agar tidak berlaku masalah dalam kewangan. InsyaAllah hari ini saya ingin berkongsi tips mudah membuat belanjawan keluarga. Saya memang sudah lama mengamalkannya dan ia sangat-sangat membantu.

Contoh :

Pendapatan :

Gaji ( suami + isteri ) RM 3500



( - ) Perbelanjaan

Bil2 RM 200
Anak2 RM 500
Kereta RM 500
Rumah RM 700
Dapur RM 800
Lain2 RM 500 RM 3200

Baki ( saving ) RM 300

contoh di atas itu hanyalah contoh sahaja. Anda semua boleh menyesuaikan dengan keadaan keluarga anda sendiri. Apa yang penting, rancanglah perbelanjaan. Jangan dibelanjakan duit pada perkara yang tidak perlu dan utamakan perkara yang penting terlebih dahulu. Sekiranya terdapat lebihan, simpanlah untuk keperluan akan datang. NAsihat saya, utamakan perbelanjaan yang paling penting seperti anak2, dapur, bil2 dan yang melibatkan bank.

Sekian perkongsian untuk kali ini. Ingat, orang yang paling kaya itu adalah orang yang sentiasa berbelanja seperti orang miskin di saat dia berkeupayaan untuk berbelanja lebih..

wallahua'lam..

Hakcipta Razali Saaran

4 comments:

Tinta Emas said...

dah buat mcm atas tapi masih lagi -ve....

Cikgu Zalie said...

kak yam : takper slow2..lama2 oklah tuh insyaAllah..kdgkala kita dah terbiasa berbelanja mahal2, mmg agak ssh sikit bila nak belanja murah2..takper, alah bisa tegal biasa..lama2 oklah tuh..nak tak nak, keadaan skrg memerlukan kita berjimat- cermat..

Anonymous said...

figure 3.5K terlalu besar utk purata majoriti pendapatan keluarga kat malaysia ni, sebab tu boleh nampak ada saving. realitinya yg kerja kontrak, kilang, petani, nelayan, pekerja sokongan dan seumpamanya tak sampai pun jumlah tu. sekarang cuba buat budget 1.5K pulak

Cikgu Zalie said...

terima kasih anonymous atas komen yg membina..saya tahu pasti ada yg akan komen begitu..

sbnrnya setiap pndagn itu tdk dpt selesaikan semua masalah..tgk dr sudut yg lain iaitu sy sekadar hendak menyampaikan ilmu dan mendidik sifat jimat cermat..sy juga tlh cdgkan agar sesuaikan belanjawan itu dgn diri pembaca sendiri. Apa yg saya berikan itu hy sekadar contoh sahaja.

insyaAllah, sy akan cuba tgk bagaimana golongan yg berpendapatan rm1.5k @ ke bawah dr segi belanjawannya..apapun, tksh kerana memberi respon yg baik n logik..

Hanya dengan mengingati Allah, jiwa menjadi tenang

Hari ini bila kita ada masalah kita membiarkan fikiran kita hanyut bersamanya... Kesannya, hati kita makin gelisah... fikiran kita terus ...