Tuesday, May 17, 2011

Jadi Pengguna yang bijak..Buat Pilihan yang betul!

Kali ini saya nak berkongsi tips yang kedua berkaitan dengan belanjawan keluarga. Petang tadi saya sudah bercerita tentang bagaimana membuat belanjawan mudah. Sekarang saya ingin berkongsi bagaimana membuat pilihan yang tepat semasa membeli barang.

Sekiranya anda ke kedai@ mana-mana pasaraya, janganlah membuat belian sebelum membuat pilihan yang betul. Ada banyak pendekatan yang boleh digunakan. Antaranya buat perbandingan antara beberapa produk berdasarkan harga dan kualiti. Misalnya barang A, harga murah tetapi kualiti baik. Maka lebih baik beli barang tersebut daripada membeli barang B yang berjenama, berharga mahal dan kualitinya sama seperti barang A. Kurangkan menilai barang@produk pada jenamanya sahaja. Sebaliknya nilai berdasarkan harga dan kualitinya. setiap barang ada kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri.

Kedua dengan membandingkan jenama yang sama berdasarkan berat bersihnya. Ini sesuai untuk pengguna yang setia pada produk yang sama. Maka lihatlah pada berat bersihnya. Misalnya jika anda membeli syampu. Jika harga sebotol kecil syampu yang berat bersihnya 250ML dengan harga bernilai RM 12.00, sedangkan pada berat bersihnya 800ML dengan harga bernilai RM25.00, maka langkah penjimatan terbaik ialah dengan membeli syampu yang bersaiz besar. ini kerana jika dihitung, berat bersih 800ML itu sama dengan 4 botol bersaiz kecil. Bayangkan berapakah kadar penjimatannya? Tentu anda pandai mengira bukan? Saya bukan bercerita dongeng dengan anda, saya baru mempraktikkannya semasa membeli belah di sebuah pasaraya petang tadi. Memanglah kena berbelanja lebih sedikit, tetapi sebenarnya apabila anda membeli produk yang bersaiz besar, anda telah menjimatkan wang anda.

Ketiga, sekiranya anda telah memilih, tetapi harganya masih kelihatan tinggi dan produk tersebut bukan produk yangbegitu terdesak untuk diguna, maka tangguhkan dahulu pembeliannya. Bersabar sedikit dan carilah ditempat lain. Mungkin ada kawasan-kawasan berhampiran yang mampu menawarkan harga yang lebih murah. Tetapi sekiranya tempat yang lain itu agak jauh, maka belilah di tempat tersebut kerana kos untuk pergi ke tempat lain mungkin menyebabkan kos lebih tinggi berbanding membeli ditempat tersebut.

Perdekatan keempat, belilah disaat jualan murah sedang berlangsung. Kenapa hendak menyiksa diri berbelanja lebih. Bagi barang-barang keperluan dapur, belilah dengan jumlah yang banyak sedikit kerana promosi hebat bukan dijalankan setiap hari. jadi, dengan membeli lebih boleh dijadikan stok untuk tempoh yang agak panjang. Bukankah dapat berjimat sedikit dalam tempoh yang agak panjang.

Baiklah, saya kira cukup dahulu perkongsian untuk kali ini, insyaAllah dilain masa kita berkongsi lagi. Cuma, saya ingin mengingatkan anda sekali lagi, jadilah pengguna yang bijak. Berbelanjalah mengikut keperluan. Dahulukan yang penting, abaikan mana yang tidak perlu. Apa yang penting, pilih dahulu sebelum bayar kerana anda berhak memilih apa yang terbaik untuk anda..Salam ukhwah daripada saya, perunding kewangan tidak bertauliah.

Wallahua'lam

Hakcipta Razali Saaran

No comments:

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...