Friday, September 2, 2011

Selamat Hari Raya....

Alhamdulillah, setelah seminggu beraya di kampung ( muar dan jelebu ), petang jumaat sampai juga di JB..Saya percaya tentu ramai yang akan balik pada hari ahad ini kerana masih ada dua hari cuti raya yang berbaki. Saya sekeluarga memilih untuk balik pada hari jumaat kerana memikirkan kesesakan jalan raya yang akan ditempuhi jika balik pada hari ahad dan untuk mendapat rehat yang mencukupi sebelum mula bertugas kembali pada hari isnin ini. Raya tahun ini agak jauh perjalanannya. Pada raya ke-2 dan ke-3 ke taiping perak kerana ada urusan sedikit. Memang letih, tetapi seronok kerana dapat memenuhi hajat mak dan abah.

Buku Kedua ( watak-watak dalam Organisasi ) kembali masuk carta top 10 MPH bagi kategori business dan Pengurusan ( Melayu ).

Alhamdulillah, setelah lebioh kurang 3 minggu berada diangka melebihi 40, kini buku ini kembali memasuki carta top 10. Terima kasih kepada yang telah membeli.

Akhir kalam, selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Semoga I'dulfitri memberikan seribu keberkatan kepada kita semua dan meningkatkan nilai iman dan rasa syukur kita kepada-Nya.



Gambar di Pagi Raya pertama di n9...




Haris Husaini



Hashri Hijazi

No comments:

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...