Saturday, January 7, 2012

Sekolah BaruKu

Alhamdulillah sudah 3 hari saya bertugas di sekolah baru di Bandar Seremban ini. Alhamdulillah, setelah 3 hari berlalu, banyak pengalaman baru yang saya peroleh di sini.

Pertamanya saya perlu keluar rumah pada jam 6.30 pagi kerana jarak antara sekolah dan rumah agak jauh.

Keduanya guru-guru yang kebanyakkannya super senior menjadikan saya begitu junior di sini walaupun tahun ini adalah tahun ke-9 saya bergelar seorang guru. Jika di JB dahulu, saya adalah antara guru senior di sana. Namun begitu, walaupun mereka yang kebanyakkannya super senior, mereka bekerja dengan penuh dedikasi dan begitu menghormati antara satu sama lain. inilah kekuatan sekolah ini sehingga menjadikan sekolah ini begitu cemerlang keputusan PMRnya...

Ketiga, pelajarnya tidak ramai iaitu sekitar 700 lebih orang pelajar..Terdapat pelajar aliran agama dari tingkatan 1 hingga 5 menyebabkan saya terasa seolah-olah berada di sekolah agama. Selain itu sekolah ini terdapat aliran pendidikan khas dan tingkatan. Saya juga boleh mengatakan para pelajarnya matang kerana kebanyakkan program sekolah seperti orientasi pelajar baru, aktiviti ko-ko mampu diuruskan oleh mereka. Mungkin kerana faktor sekolah yang lama, ada pelajar yang tinggal di asrama serta guru-guru yang berpengalaman luas.

Keempat, pentadbir yang mesra guru.

Kelima dan seterusnya...biarlah rahsia

Namun begitu, secara keseluruhannya saya begitu gembira di sini dan bersyukur kepada Allah kerana menempatkan saya di sekolah yang berbeza gaya dan ragamnya. InsyaAllah saya akan beri yang terbaik demi kecemerlangan sekolah. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya untuk menjalankan tanggungjawab di sini. Buat rakan-rakan lama, pelajar-pelajar lama di JB, saya merindui kalian dan kalian adalah insan-insan hebat yang pernah saya kenali suatu ketika dahulu...Seandainya ada kesalahan yang tidak sempat dimohon maaf, saya dengan rendah hati memohon maaf kepada kalian.

2 comments:

sha said...

salam
cikgu tahniah dpt tukar
sy org seremban tp xdpt tukar
still kt melaka
tp xkisahla kan
mn2 sek pun sama i'allah
asalkan niat bekerja kerana Allah
semua yg tak biasa akn jd biasa kelak..
semua yg junior akn jd senior i'allah..

Cikgu Zalie said...

salam cikgu sha..terima kasih..alhamdulillah Allah mudahkan urusan perpindahan saya sekeluarga ke seremban...

insyaAllah cikgu juga akan dpt berpindah jua nanti...

smg cikgu terus bersemangat mendidik anak bangsa :)

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...