Sunday, November 18, 2012

Perkongsian Menyediakan Makanan Diawal Pagi Bagi Yang Bekerja



Alhamdulillah, malam ini berkesempatan meluangkan sedikit masa menulis di blog yang rasanya agak lama didiamkan dari berkongsi cerita dengan dunia luar. Insya-Allah, malam ini saya ingin berkongsi sedikit tips ringkas bagi menyediakan makanan di awal pagi bagi golongan yang bekerja. Kebetulan isteri saya sedang berpantang dan saya terpaksa bertugas di waktu cuti ini mengawas peperiksaan STPM, amat wajar perkara ini dikongsikan.

Mudah sahaja tipsnya iaitu, sediakan bekalan bawang besar dan putih, halia dan kunyit  yang sedia dikupas kulitnya, cili padi dan cili besar yang telah dibersihkan, serta lada kering yang siap di kisar yang mencukupi untuk tempoh penggunaan sekurang-kurangnya 3 hari dan simpan di dalam bekas yang bersih di dalam peti sejuk. 

Kemudian siapkan bahan- bahan yang hendak dikugakan bagi masakan pada keesokkan harinya. Contohnya saya hendak menyediakan asam pedas kepala ikan jenahak dan sayur kobis goreng pada esok pagi. Maka saya sudah menyiapkan bahan-bahannya. Bagi sayur kobis saya sudah memotong sayur dan mencucinya. Kemudian bahan tersebut disimpan di dalam peti sejuk. Sekiranya ikan telah beku kerana disimpan di dalam tempat pembeku eloklah dicairkan dahulu aisnya. apabila telah kembali normal, simpankan di bahagian bawah yang tidak menyebabkan ikan kembali beku.

Pada keesokan harinya, insya-Allah jika diberi kesempatan oleh-Nya, anda hanya perlu memanaskan minyak dan menumis sahaja bahan-bahan yang sudah siap dikisar itu. Pastikan periuk nasi sudah direndam di waktu malam untuk memudahkan memasak pada waktu pagi. jika tidak anda terpaksa menunggu untuk melembutkan keraknya. Jika semua tips ringkas ini diikuti oleh anda, berdasarkan pengalaman saya, dalam masa lebih kurang setengah jam anda sudah siap memasak.

Selamat mencuba......




No comments:

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...