Wednesday, November 28, 2012

RESEPI KUAH YONG TAU FOO

Ini adalah resepi kuah yong tau foo yang cukup senang. Ada banyak lagi cara yang boleh digunakan, tetapi saya memilih kaedah yang ini kerana saya dapat menyiapkannya dalam masa yang singkat. Anda juga boleh mencubanya....

Bahan-bahannya
  1. 10-15 tangkai cili kering
  2. Gula melaka seketul ( boleh kurangkan jika banyak sangat. jika kuang kurang manis tambahkan dengan gula pasir )
  3. Biji bijan  ( saya tak letakkannya sebab di rumah tiada )
  4. Garam
  5. Sedikit belacan ( jangan terlalu banyak nanti baunya kurang enak )  
  6. air ( ikutlah banyak mana nak guna ) 
  7. 3 sudu besar minyak
  8. Sedikit tepung jagung dibancuh dengan air 

Cara Memasak

  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil. Kemudian diangkat dan kisar cili kering dgn sedikit air bersama dengan belacan.
  2. Selepas itu masak gula melaka bersama air dan cili yang telah dikisar bersama belacan tadi.
  3. Setelah mendidih, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh untuk memekatkan kuah.
  4. Kemudian masukkan garam.
  5. Akhir sekali masukkan bijan.....
Siap! Selamat menjamu selera...nyum...nyum...saya makan bersama wanton...sedap sangat :) 

No comments:

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...