Sumber Gambar : simusafirilahi.blogspot.com
Di dalam satu forum yang saya sertai, saya telah menyebut
bahawa apabila seseorang itu cinta kepada seseorang, maka dia akan pergi kpada
satu lagi step yang dipanggil rindu. Tidak mungkin seseorang yang cinta kepada seseorang dia hanya sekadar cinta
tetapi tidak rindu. Jika tidak dapat melihat wajahnya, tidak dapat mendengar
suaranya, dapat melihat gambarnya pun jadilah. Paling tidak, dapat melihat
bumbung rumahnya pun itu sudah cukup memadai.
Bagitulah
perumpamaannya apabila seseorang itu cinta kepada seseorang. Sehingga
menyebabkan dia menjadi rindu dan tidak keruan. Agaknya betullah kata-kata
orang tua ” makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah”. Panahan cinta benar-benar membuatkan seseorang
itu hampir gila. Maka apabila seseorang itu berasa cinta kepada Nabi, maka dia
juga pasti berasa rindu. Jika seseorang yang rindu sanggup berbuat apa sahaja
demi melepaskan rasa rindunya, pasti seseorng yang rindu kepada Nabi akan
berbuat apa sahaja demi Nabi. Tidak logik jika sekadar mengucapkan rasa rindu,
tetapi hanya sekadar dibibir sahaja.
Cinta, memerlukan
bukti
Sumber gambar : www.hdwallpapers.in
Andai seorang
lelaki melafazkan rasa cinta kepada seorang wanita, adakah si wanita itu
percaya kepada kata-katanya? Jawapannya ialah ya, jika ada buktinya. Maka si
lelaki akan mengatakan dia sentiasa rindu padanya. Kerana itulah dia sentiasa
menelefonnya dan ingan berjumpa. Sungguh hebat luahan cintanya, sehinggakan
katanya lagi, lautan cinta sanggup direnanginya sehinggakan si wanita terpedaya
dengan kata-kanyanya walaupun lautan
biasapun dia tidak mampu menyeberanginya.
Jika seseorang
itu mengatakan dia cinta kepada Nabi, apakah pula buktinya? Mudah sahaja
jawapannya. Jika benar cinta kepada Nabi, buktikanlah dengan kerinduan yang
mendalam kepada Baginda. Orang yang rindu, pasti menyebut-nyebut nama orang
yang dirinduinya. Maka sebutlah selalu nama Baginda di dalam selawatnya yang
mulia setiap hari. Istiqamahkanlah
diri, sekurang-kurangnnya 10 kali sehari. Walaupun itu terlalu sedikit,
jadilah. Daripada menyebut beratus kali, tetapi itulah sekali sahaja. Kemudian,
lakukanlah apa yang Nabi suruh dan tinggalkan apa yang dilarangnya. Serta,
berusahalah melakukan amalan-amalan sunat yang biasa Nabi lakukan seperti
berpuasa, solat malam dan solat dhuha, bersedekah dan banyak lagi.
Sekurang-kurangnya adalah satu amalan sunnah yang diamalkan yang mana
bersumberkan daripada Baginda SAW dan amalkanlah tanpa putus semampunya. Mudah-mudahan ia mampu menjadi bukti dan
tanda cinta dan kasih kepada Baginda.
Sekian sahaja,
semoga nota rinkas buat hati ini memberi nilai dan manfaat kepada semua. Wallahua’lam
Cinta Nabi, Rindu
Nabi
Sumber Gambar : komunitasjendelamuslimah.wordpress.com
No comments:
Post a Comment