Sumber gambar : www.images.redcrescent.multiply.com
Setelah hampir 9 tahun mengajar subjek perakaunan bagi pelajar tingkatan 4,5 dan pra-u, saya ingin kongsikan sesuatu yang menakjubkan..
Bagi yang ada asas akaun, tentu faham konsep debit dan kredit dalam catatan bergu..Bagi belanja seperti sewa, kadar bayaran ( bil air dan elektrik), gaji, insurans dan lain-lain lagi, apabila bertambah mesti didebitkan. Bagi hasil pula seperti jualan, komisen diterima, sewa diterima atau apa sahaja, jika bertambah akan dikreditkan..
Kemudian daripada belanja dan hasil kita dapat tentukan untung atau rugi bagi perniagaan..Jika hasil melebihi belanja, maka perniagaan dikatakan beroleh untung dan sekiranya belanja melebihi hasil, perniagaan dikatakan mengalami kerugian. Lebih kurang begitulah asas mudah yang boleh saya kongsikan. Kerana itulah jika kita perhatikan syarikat yang mengalami kemerosotan dalam keuntungannya kerana belanja operasi yang terlalu tinggi. Maka untuk meningkatkan kadar keuntungan atau keluar daripada kerugian, syarikat perlu mengurangkan belanja atau menghapuskan belanja yang tidak diperlukan. Misalnya, pekerja-pekerja dibahagian tertentu dikurangkan jumlahnya. Pengurangan tersebut membolehkan syarikat mengurangkan kadar belanja bagi gaji. Ataupun diwaktu rehat, semua komputer, lampu dan penghawa dingin di padamkan. Hanya tempat tertentu sahaja dibenarkan untuk mengelakkan pembaziran tenaga elektrik. Dengan pengurangan kadar belanja-belanja ini, membolehkan akaun hasil melebihi akaun belanja dan seterusnya membolehkan syarikat beroleh keuntungan atau menambah keuntungan yang sedia ada di masa hadapan.
Sekarang, mari kita lihat apa sebenarnya yang saya ingin perkatakan..semua orang tahu, apabila kita melakukan dosa ia akan dicatat disebelah kiri dan jika kita melakukan kebaikan dicatat disebelah kanan..Jika kita perhatikan, debit duduknya disebelah kiri akaun dan kredit disebelah kanan akaun..Sungguh cantik sekali..Jika perniagaan dikatakan memperoleh keuntungan apabila hasil melebihi belanja, manusia juga beroleh keuntungan di akhirat kelak jika pahala melebihi dosa..
Mudah-mudahan akaun amalan kita lebih banyak disebelah kredit berbnding debit supaya kita beroleh keuntungan di sana nanti...insya-Allah..
maaf jika tulisan ini banyak kekurangan dan kelemahannya. Mungkin juga ada kesilapannya. Semoga Allah memberi keampunan kepada saya atas kelemahan dan kesilapan yang dilakukan. Sekadar berkongsi..Wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment