Sebenarnya tangan ini asalnya telahpun menyingkap nota-nota yang saya catat untuk buku saya yang ketiga iaitu berkaitan dengan motivasi dan kaedah belajar bagi pelajar yang tajuknya belum saya ketahui. Tiba-tiba hati ini terasa ingin menulis sesuatu di sini sebelum menyambung semula penulisan buku yang ketiga ini sebagai nasihat buat diriku yang sering alpa ini.
Telah berkata Sheikh Ahmad Ibn 'Athailah iaitu penulis kitab Al-Hikam yang bermaksud :
" Takutlah kamu dari adanya kebaikan ( kenikmatan ) yang diberikan Allah kepadamu padahal kamu tetap dalam melakukan maksiat kepadanya, di mana semua ini menjadi istidraj kepadamu, sebagaimana firman Allah yang bermaksud 'Nanti kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur ( ke arah kebinasaan ) dengan cara yang tidak mereka ketahui.[al-A'raaf : 182 ]"
* dipetik daripada kitab Hiasan Rohani Insan Mukmin-Mutiara Hikmah Al-Hikam tulisan Sheikh Ahmad Ibn 'Athailah
Sebenarnya perkara berkaitan dengan istidraj ini telah saya sentuh sebelum ini. Cuma sehari dua ini perkara ini kembali berputar-putar disekitar otak saya. Mungkin kerana melihatkan kepada manusia yang semakin sombong di muka bumi ini melakukan kerosakan dan kemaksiatan tanpa rasa malu kepada Allah. Mereka begitu angkuh melakukan perkara yang Allah tidak suka seolah-olah kematian itu begitu jauh daripadanya. Mereka lupa tentang kisah firaun yang tenggelam ditelan laut bersama-sama dengan kesombongannya kepada Allah sehingga mengaku dirinya tuhan. Matinya tidak berkubur. Matinya tanpa diduga, tanpa sebarang isyarat..Matinya secara mengejut tanpa sempat memohon taubat. Ya Allah, itulah yang hambaMu ini takuti. Tiada rasa dihati bila melakukan dosa kepadamu, tenang dalam maksiat dan gembira dalam dosa. Sedangkan murkamu semakin hampir, sedangkan kesedaran semakin jauh. Akhirnya kematian datang menjemput tanpa sempat bertaubat. Ya Allah Ampunilah dosa-dosa kami...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN
TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...
-
Zaman benar-benar telah berubah. Guru-guru 20 tahun dahulu, tidak sama dengan guru-guru di zaman ini. Sebab itu masih kedengaran orang lama...
-
TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...
-
Sekadar Berkongsi : Di dalam al-Quran, Allah menerangkan tentang keutamaan sifat sabar lebih daripada 70 ayat (Haji Johari Haji Alias :...
No comments:
Post a Comment