Monday, December 13, 2010

Duta Donut Taman Daya

Apa khabar semua. Lama saya tak update blog saya. Alhamdulillah dapat juga malam ini saya masukkan posting terbaru rasa. Tapi bukan tentang cerita yang beratlah, sekadar perkongsian biasa sahaja. Kali ini saya hendak cerita tentang anak-anak yang terlalu sukakan kuih donut. Dek kerana sukakan donut, isteri saya terpaksa belajar buat donut. Alhamdulillah, percubaan pertama yang berjaya. Pada pendapat saya, memang menjadilah. Lembut, gebu dan enak sekali. Anak saya yang pertama 3 ketul habis dimakannya. Yang kedua 2 ketul. Saya pulak berapa ketul eh? Tengok saizlahkan. oklah, di bawah ini saya syerkan resepinya. Ada masa cubalah. Senang sahaja..

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.


Inilah hasilnya



Anak-anak sedang menikmati kelazatan donut...nyum..nyum..nyum

1 comment:

suzieapai said...

anto la jln nipah ni barang seketul dua...nampok mcm best donut tuh...hiksss..

nasib anak2 aku suke mkn lempeng.... menu darah daging..ikut paknya...org jawa mmg suka kn lempeng heh?

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...