Sunday, March 20, 2011

Rahsia 3

Alamak, macam ada sesuatu yang menarik sahaja apabila saya menggunakan tajuk di atas. Sebenarnya, gimik semata-mata. Apa yang ingin saya kongsikan berkaitan dengan angka 3 ialah, saya telah memberi ceramah kepada 3 golongan yang berbeza dan di lakukan dalam bulan 3. Itu sebenarnya hanya kebetulan

14/3/2011- Ceramah Peranan Ibu Bapa Ke Arah Kecemerlangan Anak-Anak


Bergambar bersama sebahagian ibu bapa dan murid sekolah

Ceramah ini di adakan diSK Felda PAsoh 4, Negeri Sembilan. Fokus ceramah, lebih kepada membantu ibu bapa memahami bagaimana hendak membantu anak-anak berjaya dalam hidupnya. Terima kasih kepada tuan pengurus dan penolong pengurus atas kesudian menjemput saya.


17/3/2011- Ceramah di Unisza ( universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu ) bersama para pensyarah di fakulti Informatik.

Bergambar kenangan bersama sebahagian pensyarah di Unisza.berbaju merah disebelah saya itu adalah Dekan Fakulti Informatik, Prof. Madya Dr Mohd Nordin, di sebelahnya Timbalan Dekan akademik, En. Suhailan Dato Shafie, dan pensyarah2...

Fokus ceramah, lebih kepada kaedah P & P berasaskan kaedah RAsulullah ( Perkongsian Buku saya yang pertama). Ceramah ini disampaikan selama 3 Jam. Secara Peribadi, saya begitu malu dengan akhlak pensyarah-pensyarah di sini. Mereka begitu rendah hati dan tidak menunjukkan bahawa tahap akdemik mereka lebih tinggi daripada saya. Semoga Allah memberkati hidup mereka. Kepada En. Suhailan Dato' Shafie, Timbalan dekan akademik Fakulti informatik, terima kasih kerana sudi menjemput saya. Ketenangan di wajahnya, menyerlahkan lagi ilmu di dadanya.

17/3/2011 - Ceramah di Unisza bersama para pelajar fakulti Informatik bersempena dengan majlis anugerah dekan.

Fokus ceramah, lebih kepada motivasi pelajar ke arah kecemerlangan berpandukan kepada akhlak yang cemerlang. Maaf tiada gambar kenangan kerana tidak sempat bergambar kerana mereka ada program mentor mentee selepas mendengar ceramah saya. Doa saya semoga kalian semua berjaya.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, saya bersyukur kerana ceramah-ceramah dapat saya sampaikan mengikut kemampuan yang ada. Saya berdoa apa yang telah disampaikan itu dapat memberi sedikit manfaat buat semua dan semoga Allah mengampunkan dosa saya sepanjang menyampaikan ceramah tersebut sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang telah dilakukan sama secara sengaja ataupun tidak sengaja.

No comments:

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...