Friday, May 20, 2011

Ukur Baju Di BAdan Sendiri

Ini adalah tips ketiga dalam merancang kewangan keluarga. Untuk memastikan belanjawan keluarga sentiasa dalam keadaan yang baik dan terkawal, maka pastikan anda mengukur baju di badan sendiri ketika membeli. Apa maksudnya? Mudah sahaja, apabila hendak membeli tanyalah kemampuan diri anda. Jangan membeli ikut nafsu ataupun ikut rasa hati. Membelilah dengan penuh rasa sedar diri. Sedar diri di sini bermaksud, anda perlu tahu bahawa ada banyak lagi barang keperluan lain yang sedang menunggu dibelakang sana untuk diberi keutamaan.

Membeli@tidak?

Senang sahaja jawapannya. Tengok keperluan samada perlu membeli atau tidak. Misalnya perabot, adakah perabot yang ada masih boleh dipakai atau tidak. Jika memang yang ada sudah tenat dan perlu ditukar, maka belilah. Cuma satu nasihat saya, bagi barang yang bukan dalam kategori keperluan asas nilailah dengan sebaik-baiknya adakah perlu membeli atau tidak disaat ekonomi yangh tidak begitu stabil ini. Namun jika benar-benar diperlukan dan sekiranya tiada akan menyebabkan masalah maka belilah. Contohnya barang keperluan asas beras, jika tidak dibeli macam mana hendak makan? Tetapi belilah beras yang sesuai dengan kemampuan. Jangan kerana hendak menunjuk-nunjuk akhirnya anda membeli beras dengan ukuran baju yang salah. Akhirnya wang ditangan semakin menipis dan barang keperluan lain terpaksa diabaikan kerana bajet sebenar telah ’lari’. Bila bajet lari, banyak masalah akan timbul. Terutama sekali apabila sampai ketahap terpaksa meminjam. Oleh itu, saya menyeru diri saya dan anda semua agar beringatlah ketika berbelanja. Ukurlah baju di badan sendiri supaya belanjawan keluarga dalam keadaan terkawal. Jadilah pengguna yang waras dan bijak semasa membeli.

InsyaAllah beberapa tips dari saya akan menyusul. Sekian dari saya, wallaua’lam..

1 comment:

Nadia Dscarnia said...

Betul tu cikgu. Contoh macam saya pun dulu, saya nak sangat beli smartphone macam iPhone. Tapi sebab takut budget lari, saya survey dulu semua smartphone yg ditawarkan dalam Pakej Komunikasi Belia, akhirnya saya dapat beli satu smartphone yg memenuhi spesifikasi yg saya mahu dan akhirnya saya dapat memilikinya pada harga RM299 je. Baki budget nak beli handphone boleh la simpan untuk beli barang lain pula.. hehee

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...