Artikel di bawah ini adalah hasil tulisan saya yang telah saya tulis pada 8/11/2011. saya ingin memaklumkan bahawa tulisan di bawah ini saya turut masukkan dalam buku ke-4 yang sedang saya tulis. Saya terpaksa memaklumkan kerana ada di antara blogger yang telah mengambil tulisan ini tetapi tidak dinyatakan sumber...sedangkan ia adalah hak milik terpelihara saya. Bagi yang menyatakan sumbernya terima kasih. Semoga Allah menjadikan kita insan yang amanah dalam semua urusan termasuklah dalam urusan di alam maya ini...amin
Ini Linknya :http://teratakmuslim.blogspot.com/2011/11/allah-menguji-kerana-manusia-mampu.html
Allah Menguji Kerana Manusia Mampu Menghadapinya !
Allah Menguji Kerana Manusia Mampu Menghadapinya !
“Dan
sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut,
kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya
buah-buahan...
[ Surah al-Baqarah : 155 ]
Berat
sungguh beban yang ditanggung oleh jiwa ibarat sebuah lori yang sedang
membawa muatan yang melebihi had yang dibenarkan, merangkak-rangkak
mendaki bukit. Di jalan yang rata pula bisa dikalahkan oleh
kenderaan yang lebih kecil "cc" kelajuannya. Bagaimana berat rasa yang
ditanggung oleh jiwa bergantung kepada tahap kemampuan seseorang
menyerapnya. Apabila seseorang itu gagal menyerap beban dijiwanya akibat
ujian yang sedang ditimpakan ke atasnya, makan tekanan dijiwanya akan
bertambah berat. Semakin lama beban yang ditanggung itu semakin
bertambah sehingga jiwanya tidak mampu menanggung lagi bebanan yang ada.
Derita sungguh
menanggungnya, ibarat kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi
bahu yang memikulnya. Mata-mata banyak sekali yang melihatnya. Ada yang
simpati, ada yang kehairanan, malah ada juga yang tidak ambil peduli.
Namun, orang yang menanggungnya lebih hebat dari yang melihatnya.
Melayan
perasan kerana ujian yang sedang melanda hanya menambah beban yang ada
dijiwa. Semakin dilayan, semakin hebat kesannya. Semakin derita rasa
dijiwa. Rasa sedih akan menjalar disetiap pelusuk jiwanya sehingga dia
merasakan dialah yang paling derita dan orang-orang disekelilingnya
pasti tidak memahaminya. akhirnya menjadilah dia orang yang berputus asa
kerana ketidakmampuan menanggung derita dijiwanya.
Ya Allah, Apa yang diuji oleh-Mu adalah apa yang termampu ditanggung oleh hamba-hamba-Mu.
Sedarlah
wahai manusia, Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya melainkan apa
yang termampu dihadapi oleh mereka. Sebagaimana firmannya yang bermaksud
:
Malah Rasulullah SAW sendiri turut menyebut di dalam hadisnya yang bermaksud :
Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka Baginda menjawab:
“Para
Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam
mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar
agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya.
Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya.
Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia
ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”
{ Riwayat Imam Tirmizi }
Sesungguhnya
Allah tidak akan berlaku zalim kepada hamba-Nya. Setiap yang diuji itu
adalah sesuai dengan tahap kemampuan hamba-Nya. Cuma sebagai hamba,
hendaklah berusaha untuk mengatasinya. Sekiranya seseorang itu tidak
berusaha untuk mengahadapinya, sudah pasti mereka tidak mampu berhadapan
dengan ujian yang sedang menimpanya. Sudah pasti jiwanya akan semakin lemah dan akhirnya putus asa semakin mendekatinya. Inilah yang paling ditakuti bakal menimpa seseorang manusia itu. Ya, putus asa!
Berusahalah dan yakinlah Allah akan membantumu.
Wahai
manusia, yakinlah dengan sepenuhnya bahawa Allah akan membantumu.
Berusahalah dan bertawakallah kepadaNya dengan sepenuh jiwa. Pasti
pertolongan Allah itu akan datang kepadamu. Tiada pergantungan yang
sehebat-hebatnya melainkan meletakkan sepenuh kebergantungan itu kepada
Allah semata-mata. Percayalah, makhluk tiada upaya walau sebesar zarah
sekalipun untuk membantumu, melainkan Allah jualah yang berkuasa
menyelesaikan masalah yang sedang dibebani olehmu itu.
Setiap yang diuji itu semuanya baik-baik belaka.
“Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah
baik. Dan hal itu tidak akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin.
Apabila dia mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu
merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia
bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya.”
{ Imam Muslim}
Apabila
seseorang itu telah mencapai tahap kebergantungan dan keyakinan yang
sebenar-benarnya kepada Allah, maka segala ujian yang menimpanya itu
akan diterima dengan redha dan kesabaran. Sekiranya datang kesedihan
dalam hatinya maka bersegeralah dia beristigfar memohon keampunan
kepadaNya dan akhirnya hatinya kembali tenang menerima ujian yang sedang
menimpanya. Pada mereka, setiap ujian itu semuanya baik-baik belaka.
Khabar gembira apabila diuji
RAsulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Tidaklah
ada suatu musibah yang menimpa seorang muslim melainkan Allah akan
menghapuskan dosa dengannya walaupun duri yang menusuk badannya.”
{ Imam al-Bukhari dan Muslim}
Allah berfirman yang bermaksud :
“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”
[al-Insyirah : 6]
No comments:
Post a Comment