Tuesday, November 12, 2013

HLP - Hadiah Latihan Persekutuan

Alhamdulillah, hari ini ( 12/11/13 ) saya telah menerima surat tawaran Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan ( HLP ) di Putrajaya bagi program Sarjana Pendidikan Keusahawanan. Setelah menanti selama beberapa tahun, akhirnya impian untuk menyambung pelajaran tercapai jua. Biarpun agak lewat berbanding orang lain, Alhamdulillah peluang yang diberikan ini berbaloi kerana diberi biasiswa, bergaji penuh serta bercuti sepanjang pengajian selama dua tahun. 

Dikesempatan ini, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman sepanjang permohonan dibuat sehinggalah sesi temuduga berjalan. Mudah-mudahan ianya bisa memberi sedikit manfaat buat kalian yang ingin menyambung pengajian melalui saluran Tajaan daripada kementerian pendidikan. Antara perkara yang perlu diambil perhatian semasa ingin memohon ialah,

1. sumbangan kepada organisasi 
2. anugerah-anugerah yang pernah diterima
3. hasil penerbitan ilmiah ( buku, jurnal, kajian tindakan, artikel dsb). Saya berpandangan ini adalah satu nilai tambah yang paling berharga kepada pemohon.
4. proposal yang relevan dengan sekolah.

Sekiranya dipanggil untuk temuduga, maka perkara berikut perlu diberi perhatian.

1. Proposal yang lengkap dan relevan dengan kehendak organisasi. Contohnya jika sekolah, maka kajian mestilah relevan dengan keperluan sekolah.
 
2. Menjual diri - Maksudnya, semasa pembentangan perlu menonjolkan diri dan meyakinkan penemuduga bahawa kalian memang layak menerima biasiswa tersebut. Pada waktu ini, tahap keyakinan perlu tinggi dan tidak takut memberikan hujah yang bernas.

3. Adab - Ini juga penting semasa temuduga berjalan. Jagalah adab ketika masuk ke bilik, ketika duduk, ketika menjawab dan ketika ingin keluar. 

Selesai proses temuduga, berdoalah dan bertawakkallah kepada Allah. Mudah-mudahan ada rezeki kalian. Sekiranya tiada rezeki, janganlah berputus asa kerana Allah Maha Mengetahui bila masa yang paling sesuai untuk kalian menyambung pengajian. 

Selamat mencuba dan semoga kejayaan menjadi milik kalian.... Insya-Allah


1 comment:

Anonymous said...

Tahniah cikgu..
saya memang minst nk sambung belajar dan mohon hlp..sekarang saya sudah sikit2 cr bhn untuk diapkan proposal, agak meraba2 jg nk buat..jika xkeberatan cikgu boleh x sy mohon bantuan cara penulisan proposal master hlp yang betul? Terima kasih jika dpt membntu

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...