Tuesday, July 22, 2008

alhamdulillah....

alhamdulillah, saya baru sahaja selesai solat berjemaah bersama isteri...semenjak haris husaini lahir, agak sukar nak berjemaah bersama isteri kerana terpaksa menjaga haris bergilir-gilir...hari ni dia tidur awal, dapat juga akhirnya solat berjemaah setelah sekian lama tidak dapat melaksanakannya...terima kasih Allah, thank you Allah, alhamdulillah di atas kurniaan Mu yang maha besar ini kepada hambaMu yang serba kekurangan ini...

subhanallah...

Monday, July 21, 2008

bacalah tulisan ini wahai umat islam di malaysia..........

Tulisan ini teman jumpa masa jalan-jalan di alam maya nie...tak silap teman alamat blognya www.muzir.wordpress.com...bagus juga tulisanya...dapat juga beri sedikit info pada kita semua...selamat membaca dan berfikir...

“PURATA ORANG MELAYU DI MALAYSIA BERBELANJA RM9 BILLION SEBULAN!!!”

Maklumat di atas telah saya perolehi dari seorang peserta yang telah menghadiri mesyuarat dengan GABEM iaitu Gagasan Badan Ekonomi Melayu baru2 ini. Saya terkejut! Wah, sebanyak itu jumlah RM yang telah dibelanjakan oleh orang Melayu (Muslim) dalam berbelanja setiap bulan! Ternyata, tak dapat disangkal lagi, ummat ISLAM di Malaysia hatta di seluruh dunia menyediakan peluang pasaran kepada para peniaga. Malangnya, ia telah direbut dek orang lain.
Saya ingin mengajak tuan/puan berfikir sejenak akan maklumat yang saya perolehi dari beliau. Maklumat seringkas ini yang saya tulis di atas mempunyai berbagai perkara boleh kita rungkaikan. Terutama sekali mengenai kekuatan ekonomi ummat Melayu. Saya lebih suka menyebutnya sebagai ekonomi muslim.
Persoalannya:
Ke mana perginya 9 BILLION ini?Kembali ke poket ummat ISLAM atau ke poket ummat lain?Kembali ke syarikat ummat ISLAM atau ke syarikat lain?
Dan tanyakan juga perkara2 ini di dalam hati tuan/puan:
Selama ini saya beli barangan harian di mana?Saya selalu makan di restoran mana?Saya beli peralatan rumah di mana?Saya berurusan bank di bank milik siapa?Saya mendapatkan khidmat kontrak ubahsuai rumah dari siapa?Saya ambil produk kewangan seperti Takaful, unit trust dari siapa?
Dan lain-lain lagi. Panjang senarainya…

Ke mana seringgit ini akan pergi?
Memang kita tak mampu untuk membuat pilihan. Lantaran pilihan kita terlalu terhad. Tak banyak usahawan muslim di luar sana. Namun, utk bermudah-mudah dalam hal ini, saya rasa tidak wajar kita jadikan ia sebagai amalan. Seharusnya, kita cuba dahulu untuk mencari dan mencari. Buangkan paradigma yang membalut fikiran kalian bahawa produk/perkhidmatan ummat ISLAM tidak bermutu atau rendah kualiti. Belum cuba, belum tahu.
Baru-baru ini ada suara-suara di luar sana mengajak kita ummat ISLAM memboikot syarikat pengeluar minyak nasional baru-baru ini. Lepas tu diajaknya pula membeli minyak dari syarikat jenama luar negara. Amat memelikkan saya. (Rujuk: http://muzir.wordpress.com/2008/07/10/saya-tak-boikot-petronas/)
Usahlah disambut seruan yang merugikan itu. Ini adalah contoh seruan dan sikap yang pelik ditunjukkan oleh ummat ISLAM. Ia merugikan kita, tidak menguntungkan. Teruskanlah membantu dan menyokong syarikat yang dimiliki oleh ummat ISLAM.
Saya tak menyuruh untuk memboikot produk/perkhidmatan yang disediakan oleh orang belum-ISLAM. Selagi, ia tidak bercanggah syara’, nah silakan. Dalam hal muamalah, ISLAM memberi ruang yang fleksibel. Cuma, saya mengharapkan kita agar mempunyai sedikit sentimen, iaitu sentimen ‘MENYOKONG PERNIAGAAN UMMAT ISLAM’, itu sahaja. Nampak kecil, tapi sebenarnya ia memerlukan peralihan paradigma yang besar. Dan menuntut pengorbanan yang besar juga. Mudah2an usaha & pengorbanan yang besar itu diganjari ALLAH subhanahu wata’ala. Lillahi ta’ala…
Samada tuan/puan adalah usahawan ataupun pengguna muslim, tuan/puan mempunyai peranan dalam memperkuatkan ekonomi ummat ISLAM, khususnya di Malaysia. Sama2lah kita saling sokong-menyokong. Dan berikut disertakan antara dalil bahawa saranan ini disuruh ALLAH Subhanahu wata’ala & Rasulullah SallALLAHU ‘alaihi wasallam. Semoga ia memotivasikan kita:
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. (al-Maidah ayat 2)
Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya seumpama bangunan saling mengokohkan satu dengan yang lain. (Kemudian Rasulullah Saw merapatkan jari-jari tangan beliau). (Mutafaq’alaih)
Allah selalu menolong selama orang itu selalu menolong saudaranya (semuslim). (HR. Ahmad)
Jika tuan/puan sedar dan mula bertindak sekarang membantu/menyokong perniagaan ummat ISLAM, maka tuan/puan telah memadamkan satu daripada banyak sebab kenapa ummat ISLAM mundur. Perjuangan kita masih jauh…
wAllahu ta’ala a’lam.

Sunday, July 13, 2008

kala malam menjelma...

Malam, pasti gelap tanpa bulan dan bintang....begitu juga hati, pasti gelap tanpa iman...
jika diperhatikan kejadian malam, terdapat seribu rahsia yang begitu sukar diungkap...bagi kanak-kanak malam merupakan saat yang tidak begitu disenangi kerana malam itu gelap, sering digambarkan hantu banyak berkeliaran...bagi orang dewasa, malam itu menyeronokkan, lebih-lebih lagi yang dah berkahwin, "malam jumaat" sangat-sangat dinanti. bagi mat-mat rempit, malam minggu paling menyeronokkan kerana malam itu boleh lepaskan gian di jalan raya.merempit sampai pagi..kalau menang dapat habuan.kalau kalah isap jari jerlah..tapi kalau tergolek, gerenti " mati katak"..sepatutnya tak boleh guna istilah mati katak nie, yang paling sesuai guna istilah nie " mampus"...hehe, jangan marah yer mat-mat rempit...bagi yang sedang hangat bercinta, malam memberi seribu erti dalam jiwanya..malam sering dikaitkan dengan kesunyian, kerana itu jiwa mudah berasa rindu pada si dia...maka malam sering digunakan untuk melepaskan rindu dengan berbual berjam-jam di telefon sampai kebas telinga..paling tidakpun ber " sms" sampai lenguh-lenguh tangan dan pedih-pedih di hujung jari...yang paling teruk sampai tertidur...dahsyat-dahsyat, memang hebat penangan cinta ni...tapi takper, cinta itu buta...dah kawin nanti baru celik matanya..

bagi orang mukmin yang jiwanya seratus-peratus letaknya pada Penciptanya, malam merupakan saat-saat yang dirindui setiap hari..kenapa? kerana malam orang memang nak tidur, jarang-jarang nak bangun malam.maka, sebab itulah orang-orang yang sanggup bangun malam, sujud menyembah Penciptanya mendapat tempat yang begitu istimewa di sisiNya..mudah-mudahan diberikan kekuatan pada diri kita semua untuk bangun malam.tak dapat setiap hari, seminggu sekali pun jadilah.tak boleh juga? sebulan sekali pun ok juga..tapi kalau tak boleh sebulan sekali, setahun sekali pun boleh juga diterima.kalau itu pun susah nak buat, jadilah kalau sekali seumur hidup..tapi wahai insan, janganlah tak bangun langsung yer, malu nak mengadap Allah nanti...hari-hari Tuhan bagi rezeki kat kita walaupun kita banyak sangat derhaka padaNya...takkan satu malam seumur hiduppun kita tak boleh bangun untuk sujud padaNya, sebagai tanda terima kasih padaNya...Ya Allah, berilah kami kekuatan, kuatkan jiwa kami Ya Allah untuk bangun malam bertemu denganMu...

banyak lagi kisah malam nie, insya Allah kita berkongsi cerita lagi dilain masa..selamat malam semua..

wallahua'lam..

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...