Monday, December 27, 2010

Mari Bekerja...

Alhamdulillah, hari ini bermulalah tugasan saya sebagai guru semula untuk sesi persekolahan 2011. InsyaAllah, sesi baru mesti dibawa dengan azam dan semangat baru. Ada beberapa perancangan yang bermain-main diminda saya untuk tahun hadapan dan diharapkan dipermudahkan Allah untuk dilaksanakan.

Buat teman-teman, mari kita bekerja dan berkerja bersama-sama untuk memajukan sekolah dan diri kita. Ingat, kerja itu amanah Allah kepada kita dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Bersabarlah....

“Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.” [Riwayat Al-Hakim]



Sehebat mana sekalipun beban kerja yang kita bakal pikul pada tahun hadapan, bersabarlah kerana hikmah Allah sentiasa mengiringinya..insyaAllah, setiap kesusahan akan ada jalan penyelesaiannya.

Maksudnya : “Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”

[al-Insyirah : 6 ]




Yakin dan percayalah Allah tidak menguji kita melainkan dengan ujian yang mampu ditanggung oleh kita. Yakinlah bahawa ALlah itu tidak zalim walaupun kita sentiasa menderhakaiNya...

Selamat bekerja semula..selamat mendidik dan selamat berdakwah!

Thursday, December 23, 2010

Perkongsian Ilmu Di SMI Hira' dan SRI Hira'

Alhamdulillah, semalam ( 22/12/10 ) saya telah selamat menyampaikan ceramah di dua buah sekolah di Klang selangor berkaitan dengan buku pertama saya iaitu Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik.

Pada saya program tersebut berjaya kerana mesej yang hendak disampaikan dapt disampaikan kepada audiens. Cuma keterbatasan masa menyebabkan ada yang tidak dapat disampaikan. Namun secara keseluruhannya, program tersebut memberikan kesan positif dihati saya. Saya berdoa mudah-mudahan Mualim dan mualimah ( gelaran buat guru-guru di sana) mendapat sedikit sentuhan ilmu daripada apa yang telah saya sampaikan.

Saya juga mohon maaf sangat-sangat kerana telah mengambil masa agak lama berceramah di SMI Hira ( 3 jam setengah ) walaupun masa yang diperuntukan cuma 3 jam sahaja. Tetapi jika diikutkan hati memang boleh berlarutan ke 4 jam lebih. Di SRI Hira saya cuma berceramah 2 jam setengah kerana kekangan masa. Namun dalam tempoh masa tersebut saya begitu teruja dan gembira menyampaikan ilmu kepada mereka. Ya, anda semua memang guru yang hebat dan cemerlang. Saya bertuah kerana dapat bertemu dengan anda.

Buat Ustaz Zaini, terima kasih kerana sudi menjemput saya. InsyaAllah, jika ada kesempatan kita semua berjumpa lagi. Banyak lagi perkara yang boleh dikongsikan bersama. Salam ukhwah daripada saya...Wallahua'lam...

Gambar Kenangan mualim dan mualimah Di SMI Hira'





Gambar Kenangan bersama mualim dan mualimah Di SRI Hira'


Monday, December 13, 2010

Duta Donut Taman Daya

Apa khabar semua. Lama saya tak update blog saya. Alhamdulillah dapat juga malam ini saya masukkan posting terbaru rasa. Tapi bukan tentang cerita yang beratlah, sekadar perkongsian biasa sahaja. Kali ini saya hendak cerita tentang anak-anak yang terlalu sukakan kuih donut. Dek kerana sukakan donut, isteri saya terpaksa belajar buat donut. Alhamdulillah, percubaan pertama yang berjaya. Pada pendapat saya, memang menjadilah. Lembut, gebu dan enak sekali. Anak saya yang pertama 3 ketul habis dimakannya. Yang kedua 2 ketul. Saya pulak berapa ketul eh? Tengok saizlahkan. oklah, di bawah ini saya syerkan resepinya. Ada masa cubalah. Senang sahaja..

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.


Inilah hasilnya



Anak-anak sedang menikmati kelazatan donut...nyum..nyum..nyum

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...