Showing posts with label Hari Guru. Show all posts
Showing posts with label Hari Guru. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

Hari Guru 2011 : Terima kasih kerana menghargai



Walaupun hari guru telah lama berlalu, tetapi baru hari ini saya terasa ingin berkongsi cerita berkaitan sambutannya di sekolah saya. Secara keseluruhannya sambutan tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya. Ada Acara rasmi di awal pagi. Kemudian diikuti dengan acara sukaneka. Selepas itu pesembahan guru-guru dan pelajar serta pemberian anugerah kepada guru-guru. Dan kemuncaknya di akhiri dengan makan-makan. Bab makan yang paling best kerana ada kelainan sedikit. Selesai makan, petangnya ada acara bowling pula. Penat, tetapi bermakna.



Tahun ini juga ada guru-guru yang diberi peluang membuat ucapan dan ditayangkan dalam bentuk video. Saya adalah antara yang terpilih untuk menyampaikan ucapan. Selepas menonton, ramai yang bertanya, " cikgu nak pindah yer." Kenapa mereka bertanya begitu? kerana saya berdoa di dalam ucapan saya mudah-mudahan ini hari guru terakhir saya di SMK Taman daya 2 kerana saya ingin berpindah ke Seremban 2, Negeri Sembilan.

MAsih PoPuLARRR rupanya....





Alhamdulillah, terima kasih kepada anak didik kerana masih memilih saya guru popular tahun ini. Nampaknya ini tahun ketiga berturut-turut saya menerima anugerah ini sejak ia diperkenalkan. Mungkin kerana saya mengetuai Badan Disiplin tahap populariti saya masih tinggi. Biasalah, guru disiplin jarang disukai. Tetapi saya berharap popular saya di sini kerana rasa senang semua pelajar dengan saya, bukan kerana disebabkan unsur-unsur yang negatif.

Terima Kasih kerana memberi hadiah..




Alhamdulilah, terima kasih kerana telah meberi hadiah. Terutama sekali kepada isteri tersayang yang telah menghadiahkan buku Indahnya Hidup Bersyariat kepada saya. Tidak lupa juga kepada anak didik yang turut memberi hadiah kepada saya. Tidak sangka, ada lagi anak didik yang sudi beri hadiah kepada saya. Kebiasaannya semakin lama mengajar, hadiah akan semakin berkurang. Apatah lagi jika mengajar di menengah atas seperti tingkatan 4 dan 5, memang agak susah golongan yang agak besar ini hendak meberi hadiah kepada gurunya kerana mereka agak malu untuk berbuat demikian. Lain jika mengajar di tingkatan 1 atau 2, mungkin masih ada harapan untuk menerima hadiah yang banyak. Saya lihat, lagi kecil anak muridnya, lagi banyak cikgu mendapat hadiah hari guru. Jika tidak percaya, tengoklah cikgu-cikgu di sekolah rendah. Memang meriah dengan hadiah. Tetapi saya tak kisah pun jika mereka tidak memberi hadiah kerana bukan itu yang saya harapkan. Malah saya tidak berasa hati walau sedikitpun jika tidak menerima sebarang hadiah. ini kerana, pada saya hadiah yang paling istimewa ialah apabila anak didik saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek yang saya ajar. Ya, itulah hadiah paling bermakna dalam hidup saya yang bergelar guru ini.


Bersabarlah...

Tahun ini juga saya melihat cabaran lebih besar buat guru-guru di Taman Daya 2. Bersabarlah, Allah sentiasa bersama kita. Teruskan usaha gigih kalian kerana tanggungjawab mendidik itu lebih utama daripada memikirkan soal hati kita. Apapun, saya sangat-sangat memahaminya.

Semoga Berjaya anak didikku...

Kepada semua pelajar yang saya ajari, terutama sekali pelajar yang mengambil subjek prinsip perakaunan, saya berdoa semoga anda berjaya dengan cemerlang. Ingat, cikgu sentiasa risaukan keputusan SPM anda...

Maaf..

Akhir kalam, maaf jika ada terlanjur kata..

Wallahua'lam..

Sunday, May 15, 2011

Ucapan PM yang bermakna.."Selamat Hari Guru, Cikgu.."

Secara peribadi, saya cukup seronok mendengar ucapan selamat hari guru yang diucapkan oleh YAB PM kita. Entahlah, mungkin intonasinya beserta perkataan "cikgu" dihujungnya menyebabkan saya begitu seronok mendengarnya. Sehinggakan apabila anak sedang bercakap, saya suruh diam sekejap kerana hendak mendengar sebutan " Cikgu" yang beliau ucapkan. Terima Kasih YAB Dato' Seri atas ucapan yang bermakna itu.

Jika diperhatikan, kekerapan ucapan selamat hari guru ditelivisyen agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Terima kasih atas perubahan tersebut dan sesungguhnya ianya Satu perubahan yang baik kerana jasa guru terlalu besar kerana jatuh bangunnya bangsa kerana ilmu yang guru curahkan.

Kepada semua guru, selamat hari guru..terutama sekali kepada Isteri tercinta, Hazalila Abdul Halim. Semoga Sayang tabah dalam menyampaikan ilmu. Kepada guru-guru di smktd2, selamat hari guru juga. Kuatkan semangat dan bersabarlah selalu..

Selamat hari guru..

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU CIKGU!


Apa khabar cikgu-cikgu di luar sana. Alhamdulillah hari ini ( ahad - 16 Mei 2010 )merupakan hari guru yang disambut di seluruh negara. Kesempatan yang diberikan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga guru. saya berdoa semoga anda terus tabah mengharungi cabaran yang sedang terbentang dan bakal mendatang. Jangan kecewa dan bersedih sekiranya anda tidak diberi sesuatu yang istimewa sepanjang anda bergelar pendidik, kerana sesuatu yang lebih istimewa, malah tidak terjangkau diakal manusia yang bakal anda terima di sisi ALlah di hari pembalasan kelak..Yakinlah..

Buat Isteri tersayang, selamat hari guru sayang abang ucapkan...
Buat teman-teman, selamat hari guru..
Buat bekas guru-guruku, semoga Allah memberkati kamu dan membalas jasa-jasamu sehingga aku menjadi insan pada hari ini.

Thank u Allah..




TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...