Sunday, June 6, 2010

Kita Juga Adalah Pendakwah……

“Entahlah, berulang-ulang kali telah dinasihati, tetapi perangainya masih menjadi-jadi..”

Sebanarnya, apakah ungkapan yang paling best untuk disebutkan lagi buat manusia yang tidak mahu berubah walaupun telah diingatkan berulangkali. Semakin kerap diingatkan, semakin menjadi-jadi perangainya. Pada fikiran logic kita, sepatutnya apabila dinasihati dan dingatkan, manusia itu pasti akan berubah. Takkanlah tiada langsung di dalam hatinya terdekit rasa ingin berubah walaupun sedikit.

Hidayah itu hak Allah !

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk."

[ Al Qashash: 56 ]




Wahai insan, janganlah kamu kecewa pabila kamu melihat seseorang yang kamu sayangi atau kasihi tidak mahu berubah kerana untuk mengubah seseorang itu adalah hak Allah. Sementara berusaha untuk mengubah seseorang itu adalah tanggungjawab kita sebagi khalifah di bumi Allah yang bertuah ini. Andai kamu kecewa, siapakah yang hendak meneruskan kerja dakwah Rasulullah, apakah akan terjadi kepada mereka diluar sana yang hauskan sinar cahaya dalam jiwanya sedangkan tiada arah tujuan hendak ditujui. Sedarlah, Abu Talib adalah bapa saudara kepada Rasulullah, tetapi dia tidak berjaya diislamkan oleh Rasulullah. Bukanlah kerana kelemahan Rasulullah kerana Baginda adalah manusia terhebat, paling mulia dan agung di sisi Allah, tetapi kerana hidayah itu adalah hak Allah. Bukankah ayat di dalam surah al-qashash itu telah menjelaskan kepada kita dan apa yang berlaku kepada Rasulullah itu adalah bukti terbaik kepada kita untuk diimani kehendak Ilahi itu.

Semoga tulisan ringkas ini dapat memberi peringatan bersama kepada kita agar terus berusaha melaksanakan kerja dakwah dalam apa cara sekalipun. Jika anda seorang doctor, anda seorang guru, anda seorang jurutera, anda seorang pekerja kilang, anda bekerja sendiri atau apa jua pekerjaan anda, kerja dakwah ini perlu dilaksakan walau dalam apa cara sekalipun. Janganlah anda beralasan bahawa anda bukan ustaz, tidak alim atau bukan ulama besar kerana kerja dakwah ini adalah tanggungjawab semua. Siapapun kita, kerja dakwah itu tetap terpikul dibahu kita. Cuma mampukah kita melaksanakannya dan bagaimanakah cara penyampaiannya. Dan ingatlah, sampaikanlah apa yang termampu olehmu walaupun pada perkiraanmu ia adalah perkara yang remeh dan sekecil-kecil perkara. Apa yang penting dakwah itu disampaikan dan Islam terus berkembang dan yang mungkar terpadam di muka bumi ini. Bukankah Nabi pernah berkata :


"Ballighu 'anni walau ayah"

( Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat)

[Riwayat Imam Bukhari ]

Ayuh mulakan sekarang walaupun sekadar hanya mengingatkan orang disekeliling kita tentang bacalah bismillah sebelum memulakan sesuatu perkara...selamat berjuang sahabatku sekalian..

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...