Thursday, March 31, 2011

Soalan Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 2011

Kepada semua pelajar prinsip perakaunan SMKTD2 dan sesiapa sahaja yang berkenaan, soalan telah keluar. ini linknya ...sila dapatkan dan fahami ia..selamat berjuang..

Wednesday, March 30, 2011

Fakta Menarik tentang 2011

FAkta ini saya baca di Tranungkite.net.
Saya berpandangan ia fakta yang sangat menarik untuk dikongsi bersama. Kepada yang mengkajinya, tahniah..Subhanallah, allahuakbar..Allah jualah yang merancang semua ini..Ayuh, mari tatapi ia.



Tahun ini kita akan mengalami 4 tarikh yang berlaku sekali dalam 1000 tahun iaitu tarikh 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 & 11/11/11. Bukan itu sahaja, cuba ambil 2 nombor terakhir tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini, keputusannya ialah 111 bagi orang dewasa dan 11 bagi kanak-kanak. Semua orang tidak terkecuali.

Pada bulan Oktober pula akan ada 5 kali hari ahad, 5 kali hari Isnin & 5 kali hari Sabtu. Ini pula terjadi sekali dalam 823 tahun. Allahuakbar!

Thursday, March 24, 2011

Alhamdulillah....SPM 2010 beri sinar dalam hatiKu

Alhamdulillah, saya kira ini ucapan selayaknya yang saya perlu lafazkan apabila diberitahu oleh rakan-rakan tentang subjek Prinsip Perakaunan meningkat 9% lebih untuk spm 2010. Secara peribadinya, SPM 2010 telah memberi sinar dalam hati saya setelah mengajar hampir 8 tahun. Sememangnya, peperiksaan percubaan telah memberi lampu hijau untuk saya mendapat peratusan yang lebih tinggi dalam SPM 2010. Tetapi apabila mengenangkan soalan tahun lepas agak pelik sedikit dan tidak terjangka daripada jangkaan asal, menyebabkan keputusan trial sedikit menggusarkan saya. Persoalan di minda saya, adakah keputusan yang bakal keluar nanti lebih rendah berbanding peperiksaan trial. Tetapi alhamdulillah, sejak dahulu lagi saya telah melatih diri menerima apa yang bakal berlaku dan sentiasa berfikiran positif dalam setiap perkara. Pada saya, setiap yang Allah beri itu baik-baik belaka. Semalam, 23 Mac 2011 keputusan sebenar telah keluar dan hasilnya, meningkat daripada 80% ( 2009 ) kepada 89.38 ( 2010 ). Alhamdulillah, penat lelah mengajar, di balas olehNya dengan kegembiraan. Thank u Allah...HambaMU yang lemah ini begitu gembira dengan anugerah yang besar ini. Doaku, semoga akan memberikan yang lebih baik di tahun seterusnya.

KEPADA ANAK-ANAK MURIDKU, TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA. KEPADA YANG BAKAL MENGHADAPI SPM 2011, BELAJARLAH DARIPADA KAKAK2 DAN ABANG2MU INI.

Tuesday, March 22, 2011

Pandangan seorang sahabat tentang Watak-Watak Dalam Organisasi

Syabas untuk cikgu ini...link

Buku Kedua Saya
Saya cukup kagum dengan seorang sahabat saya ini.. Sahabat seperjuangan.. sahabat satu sekolah...

Beliau sangat suka menulis...menulis mengenai pengalaman beliau dan akhirnya terhasil dua buah buku yang menjadi 10 buku top seller kat kedai buku ...

Saya pula bukanlah seorang yang suka membaca...sebab tu saya tidak suka mengajar Bahasa Melayu.... rasa macam terabur sahaja bahasa saya...

Sudah lama saya mengetahui kewujudan buku-buku beliau... bukan kerana cemburu tapi ketiadaan wang yang menghalang saya untuk membuat pelaburan ini....buku ni pun bukanlah mahal sangat cuma RM19.90 sahaja...tapi disebabkan kelokekan aku dalam mencari ilmu, saya buat dek aje...

Walhal, buku Tun Dr Mahathir lagilah mahal...lagilah saya tak mampu untuk membelinya...RM150.00...haaaa kau.....

mahal bukan!

Tapi beberapa hari lepas, saya macam tertariklah dengan buku ke dua beliau.... yang bertajuk WATAK-WATAK DALAM ORGANISASI...

Baca bab pertama sahaja saya sudah tertarik dengan situasi atau kes yang cuba dikembangkan oleh beliau.

Saya suka watak negatif pertama - penyampai berita..

"Begitu khusyuk mereka mendengar berita terbaharu yang disampaikan oleh wartawan tak bergaji iaitu Puan Zainab ( bukan nama sebenar ). Siapa yang tidka kenal dengan dia, satu pejabat kenal. Sebut sahaja nama dia, sudah tergambar apa peranannya di syarikat tersebut. Sampaikan ada yang berkata, "kalau nak tahu berita terkini, tanya dengan Puan Zainab". Begitulah hebatnya dia, dikenali ramai kerana berita-berita yang dibawanya.. Bukan tiada yang mahu menegurnya, tetapi mengenangkan status senior yang dipegangnya serta mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan ahli organisasi menyebabkan perkara tersebut di diamkan sahaja. Kalau ada yang menegurnya, tidak diambil peduli kerana sokongan rakan-rakan terhadap tugas sampingannya itu sentiasa dalam keadaan baik"

Siapa Penyampai berita???

pengumpat ke ???

berbahayakah orang seperti ini???

kenapa kita suka dengan mereka???

akukah penyampai berita itu???

tapi yang paling saya suka ialah maksud dari surah an-Nur ayat 11 yang bermaksud...

"Sesungguhnya orang-ornag yang membawa berita yang amat dusta itu ialah golongan dari kalangan kamu. janganlah kamu menyangka ( berita yang dusta ) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu dan orang yang mengambil bahagian besar menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar ( di dunia dan di akhirat )"

Banyak pedoman dalam buku ini...bahasa yang digunakannya pun tidaklah membosankan.
klik sini untuk mengetahui lebih lanjut.. nak order ngan saya pun bisa diuruskan>>>>

Wasallam


Komen Saya :

Terima kasih kak yam sebab sudi beli buku saya..Macam mimpi plak, hehe..Tapi ia memang realiti. Dan terima kasih kerana sudi memberi komen yang membina..

Sunday, March 20, 2011

Rahsia 3

Alamak, macam ada sesuatu yang menarik sahaja apabila saya menggunakan tajuk di atas. Sebenarnya, gimik semata-mata. Apa yang ingin saya kongsikan berkaitan dengan angka 3 ialah, saya telah memberi ceramah kepada 3 golongan yang berbeza dan di lakukan dalam bulan 3. Itu sebenarnya hanya kebetulan

14/3/2011- Ceramah Peranan Ibu Bapa Ke Arah Kecemerlangan Anak-Anak


Bergambar bersama sebahagian ibu bapa dan murid sekolah

Ceramah ini di adakan diSK Felda PAsoh 4, Negeri Sembilan. Fokus ceramah, lebih kepada membantu ibu bapa memahami bagaimana hendak membantu anak-anak berjaya dalam hidupnya. Terima kasih kepada tuan pengurus dan penolong pengurus atas kesudian menjemput saya.


17/3/2011- Ceramah di Unisza ( universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu ) bersama para pensyarah di fakulti Informatik.

Bergambar kenangan bersama sebahagian pensyarah di Unisza.berbaju merah disebelah saya itu adalah Dekan Fakulti Informatik, Prof. Madya Dr Mohd Nordin, di sebelahnya Timbalan Dekan akademik, En. Suhailan Dato Shafie, dan pensyarah2...

Fokus ceramah, lebih kepada kaedah P & P berasaskan kaedah RAsulullah ( Perkongsian Buku saya yang pertama). Ceramah ini disampaikan selama 3 Jam. Secara Peribadi, saya begitu malu dengan akhlak pensyarah-pensyarah di sini. Mereka begitu rendah hati dan tidak menunjukkan bahawa tahap akdemik mereka lebih tinggi daripada saya. Semoga Allah memberkati hidup mereka. Kepada En. Suhailan Dato' Shafie, Timbalan dekan akademik Fakulti informatik, terima kasih kerana sudi menjemput saya. Ketenangan di wajahnya, menyerlahkan lagi ilmu di dadanya.

17/3/2011 - Ceramah di Unisza bersama para pelajar fakulti Informatik bersempena dengan majlis anugerah dekan.

Fokus ceramah, lebih kepada motivasi pelajar ke arah kecemerlangan berpandukan kepada akhlak yang cemerlang. Maaf tiada gambar kenangan kerana tidak sempat bergambar kerana mereka ada program mentor mentee selepas mendengar ceramah saya. Doa saya semoga kalian semua berjaya.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, saya bersyukur kerana ceramah-ceramah dapat saya sampaikan mengikut kemampuan yang ada. Saya berdoa apa yang telah disampaikan itu dapat memberi sedikit manfaat buat semua dan semoga Allah mengampunkan dosa saya sepanjang menyampaikan ceramah tersebut sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang telah dilakukan sama secara sengaja ataupun tidak sengaja.

Friday, March 18, 2011

InsyaAllah, adik ipar saya akan menjalani pembedahan Jantung pada 15 April 2011 di IJN

Apa khabar semua. Agak lama saya tidak buat posting baru. Kesibukan di sekolah serta persedian menyiapkan persedian untuk 3 ceramah pada cuti sekolah ini menyebabkan saya tiasa masa hendak berkongsi sesuatu di sini. Tetapi hari ini saya ingin mengajar anda semua agar dapatlah mendoakan keselamatan dan kesejahteraan adik ipar saya yang akan menjalani pembedahannya pada 15 April 2011 ini.

Kepada yang telah menderma, terima kasih. Semoga Allah memberkati hidup kalian. HAnya Allah yang berhak membalasnya. Dibawah ini adalah gambar sesi penyerahan kutipan derma untuk pembedahan adik ipar saya. Terima kasih warga SMKTD 2..Saya benar-benar terharu..Link



Gambar aku sedang termenung mendengar ucapan Tuan Haji Hamid, Penolong Kanan Pentadbiran..

Friday, March 4, 2011

Guru disiplin didakwa cabul 11 pelajar

Sedih, inilah ungkapan pertama yang mampu saya luahkan diketika ini. Dalam undang-undang, seseorang itu tidak dianggap bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Inilah risikonya apabila bergelar guru disiplin. Apatah lagi apabila guru itu menjadi ketua guru disiplin, sudah tentu risikonya lebih besar. Mungkin kerana faktor itulah tidak ramai yang ingin menjadi guru disiplin. Malah kerana risiko yang tinggi jugalah ramai guru takut untuk mengambil tindakan disiplin kepada pelajar walaupun telah terang-terangan pelajarnya itu melanggar disiplin sekolah. Sebagai seorang ketua guru disiplin di sekolah, saya benar-benar memahami risiko-risiko yang bakal berlaku. Kerana itulah apabila melibatkan masalah disiplin pelajar perempuan mestilah dilakukan di tempat yang terbuka sekiranya tidak melibatkan perkara yang sensitif. Sekiranya masalahnya sensitif, pastikan ada guru perempuan yang terlibat dalam urusan siasatan sekiranya perlu dilakukan ditempat tertutup demi mengelakkan sebarang fitnah yang tidak diingini. Buat keluarga cikgu ini, saya doakan kalian tabah, dan saya berdoa semoga Allah melindungi cikgu dan membersihkan nama cikgu sekiranya cikgu tidak bersalah. Ya Allah, peliharalah daku yang lemah ini dari sebarang fitnah sepanjang daku melaksanakan amanahmu di sekolah.




AMPANG: Ketua guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah, Ampang, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas 11 pertuduhan mencabul 11 pelajar perempuan berusia 15 dan 16 tahun, bulan lalu.

Ismazi@Megat Ismazi Ismail, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Azaraorni Abd Rahman. Mengikut pertuduhan, Ismazi didakwa mencabul kehormatan dengan meletakkan tangannya di atas dada semua pelajar itu di dalam bilik guru disiplin antara jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi, 25 Februari lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan jika disabit kesalahan.

Ketika pertuduhan dibacakan, isteri tertuduh menekup muka sambil ditenangkan seorang rakan perempuannya.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Jaizah Jaafar Sidek menawarkan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh bagi setiap pertuduhan dengan mengambil kira keseriusan kes.


Bagaimanapun, peguam Amir Asree Meor Nordin yang mewakili tertuduh memohon wang jaminan itu dikurangkan kepada RM800 untuk setiap pertuduhan kerana jumlah yang ditawarkan pendakwaan adalah tinggi memandangkan anak guamnya penanggung tunggal keluarga dan perlu menyara empat anak yang masih bersekolah kerana isterinya tidak bekerja.

“Tambahan pula, sejak dia ditangkap pada 25 Februari lalu, berita mengenainya tersebar sehingga menyebabkan reputasi dan maruahnya sebagai penjawat awam tercalar kerana tertuduh berkhidmat sebagai guru selama 23 tahun.


“Rakan tertuduh yang rata-ratanya guru di sekolah sama turut hadir sebagai tanda sokongan moral terhadap tertuduh,” katanya.

Azaraorni membenarkan tertuduh diikat jamin RM11,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 25 Mac ini untuk sebutan semula kes. Isteri tertuduh membayar wang jaminan itu. Harian Metro pada 28 Februari lalu melaporkan gara-gara mahu menjadi ‘doktor’, seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah diberkas polis selepas didakwa mencabul 11 pelajar perempuan. Difahamkan, guru lelaki itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir perhimpunan sekolah. Sumber berkata, dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dir

Sumber : Harian Metro Online

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...