Saturday, October 1, 2011

Teknik Menghadapi Peperiksaan

Petua mudah menghadapi peperiksaan

Sekarang adalah musim peperiksaan. InsyaAllah minggu hadapan ( 4 Oktober 2011 ) PMR akan bermula dan pada pertengahan bulan 11 akan bermula pula peperiksaan SPM( 14/11/2011) dan STPM( 21/11/2011). Di bawah ini saya berikan beberapa petua mudah peperiksaan, mudah-mudahan dapat memberi sedikit panduan kepada bakal-bakal calon peperiksaan.

**** Paling Penting*****

Minta maaf dengan Ibu dan bapa anda, guru-guru anda dan mohon dihalalkan segala ilmu, serta kepada rakan-rakan anda.


1. Pastikan anda telah menguasai semua tajuk-tajuk yang sepatutnya.

2. Jangan tidur lewat pada malam peperiksaan dan bangun awal pagi untuk membuat sedikit ulangkaji ringkas. Ulangkaji ringkas ini penting untuk mengingat sekali lalu apa yang telah dikuasai sebelum ini.

3. Semak jadual peperiksaan supaya jelas masa peperiksaan dan subjek apa yang terlibat supaya keperluan seperti alat tulis dapat disediakan. Pastikan juga semua keperluan peperiksaan telah disediakan ( alatan menulis, slip peperiksaan, kad pengenalan ) pada malam tersebut.

4. Jangan datang terlalu awal dan terlalu lewat ke pusat peperiksaan. Terlalu awal akan menyebabkan anda menunggu terlalu lama dan menyebabkan anda gelisah. Manakala terlalu lewat akan menyebabkan anda menjadi kelam-kabut dan tergesa-gesa.

5. Elakkan membaca disaat peperiksaan akan bermula . Bertenanglah dan yakinlah anda telah pun mengusai apa yang sepatutnya anda kuasai.

6. Duduklah dalam dewan peperiksaan dengan tenang. Dengan arahan, ikuti dan mulakan menjawab dengan kalimah suci Bismillah.

7. Baca soalan dengan tenang, fahami ia dan gariskan keyword soalan( senaraikan, berikan, kecuali, huraikan dsb) supaya tidak menjawab berdasarkan kefahaman yang salah. Senang cakap, jawab apa yang ditanya, bukan apa yang anda tahu. Jangan lupa, awasi masa menjawabmu dan rancanglah ia dengan baik.

8. Selesai menjawab, semak semula jika berkesempatan.

9. Peringatan : Mengubah jawapan disaat akhir sangat berisiko kepada anda...Fikir-fikirkan !

10. Selesai peperiksaan, keluarlah dewan dengan tenang, senyumlah dengan orang lain dan jangan difikirkan lagi apa yang telah dijawab dan elakkanlah berbual-bual dan berbincang jawapan berkaitan peperiksaan yang baru sahaja selesai kerana ia akan mengganggu emosi anda untuk peperiksaan yang akan datang.

11. Balik rumah dan tumpukan pula terhadap peperiksaan yang akan datang.

12. Peperiksaan telah selesai, apa yang perlu anda lakukan ialah bertawakkallah kepadaNya. Berdoa, berdoa dan terus berdoa kepadaNya. Solat, solat dan terus bersolah hajat kepadaNya. InsyaAllah, jika anda telah berusaha dan berdoa, pasti kejayaan bersama anda.

Semoga berjaya !

Razali Saaran

Copyright/ HakCipta Razali Saaran

Terima kasih Cik Timah Weeh :)

* Tulisan ini saya ambil dari blog seorang pembaca buku saya. Terima kasih kerana membaca. Semoga anda menjadi guru yang hebat, sehebat Rasulullah..InsyaAllah..

Sumber : www.tun-timah.blogspot.com

like everybody else, I am not perfect… there are many things wrong with me.. the first thing wrong with me is my brutal personality hahaaa…. Another fault of mine is emotional… one more thing for which I am hated is every minute potpet potpet…hihihih…
Rasenya da lame x update blog nih, cehhh hahaa.. bukan ape, xde bende nak cite… haaa la ni baru ada! Nak cite pasal seorang guru yg paaaaaling tun gemari… keehh3… cara penyampaian ilmu beliau yg sangat jelas dan berkesan d hati… memang menarik lah! Hahaha… rasenya kalau korang jumpe dgn guru tun ni kompem korang pon terpesona dgn peribadinya yg sangat baik nih! Heheheee… hmmmm da lame x nampak beliau, xtau la still lg mengajar kat tempat lame ke x, ade gambar je sobb3… hihii, tapi x pe, org berpengaruh ckp ‘biau jauh d mata dekat d hati’ ekkk hahaaa… walau ape pon, doa tun utk beliau dan guru2 lain x pernah luput… kihh3… siapa beliau?? X perlulah bgtau kat sini, nnt x syok pula.. hhahaaa… antara sifat2 beliau ade d sebut oleh imam Ghazali
Tugas dan kewajipan guru mengikut pandangan imam al Ghazali
1. Guru perlulah ikhlas bekerja kerana Allah swt, tidak boleh hanya mengharapkan upah pembalasan dan ucapan terima kasih daripada tugas…
Imam Ghazali ada berkata, “wajib membetulkan niat murid2, maka wajib juga membetulkan niat guru, bahkan itu lebih penting kerana ibadat mengajar lebih mulia daripada ibadat belajar.”
2. Guru mesti mempunyai belas kasihan kepada pelajar2nya…
3. Guru hendaklah menasihati para pelajarnya tentang cara2 belajar….
4. Guru perlu menjaga maruah dan imej pelajar dari segi psikologi…
5. Guru yang mengkhusus dalam bidang tertentu tidak boleh memperkecilkan bidang2 ilmu yang lain…
6. Guru perlulah mengajar mengikut kesesuaian tahap kemampuan akal pemikiran pelajarnya…
7. Guru perlu mengajar dengan jelas kepada pelajar yang lambat memahami sesuatu perkara…
8. Guru perlulah mengamalkan apa yang diajar…
Beliau juga seorang yg lemah lembut! Hehehe
Rasulullah saw bersabda ; “sesungguhnya Allah maha lemah lembut dan mencintai kelembutan. Dia memberikan pada lemah lembut apa yang tidak Dia berikan pada kekerasan.”
“barangsiapa terhalang untuk mendapat sifat lemah lembut maka ia terhalang dari semua kebaikan.” (riwayat imam muslim)
Tapi kan………… Ade guru x menggunakan bahasa yg baik ketika menyoal pelajarnya sehinggakan pelajarnya berkecil hati dgn gurunya.. ade juga guru pandai bercerita mggunakan contoh2 sensitif dan menyinggung perasaan pelajar yg mendgr, pelajar2 juga mungkin gelak dgn lawak guru tersebut d dlm kelas, tp seorang pelajar sedang menangis d dlm hatinya kerana gurunya x berakhlak time bergurau sebab menggunakannya sebagai bahan gurauannya sehinggakan rakan2nya yg lain tertawa…
Guru camni emmmmmmmmm sangat mengecewakan, tp xpelah, kite same2 doakan semoga Allah buka pintu hatinya hehehehe…
Pada pandangan tun la kan, ade guru yg x adil woooo… membeza2kan pelajar, isshhhh, x syok la camni,
“jangan bersedih jika manusia silap menilai kita, sbb salah satu sifat kekurangan manusia ialah bersikap KURANG ADIL… hanya ALLAH yg adil dlm membuat penilaian..”
Guru2 haruslah tau ade pelajar ni kurang kecerdasannya, x semua pelajar teror kihh3… antara faktor2 penyebab kurangnya tahap kecerdasan pelajar;
· Warisan keturunan ibu bapa
· Kelahiran tidak normal
· Kecederaan otak kerana penyakit atau akibat kemalangan
· Kekurangan makanan berzat
Guru2 sekalian, janganlah sesekali menganggap semua pelajar adalah sama dari segi tahap kecerdasannya… hihihh… ade pelajar yg cepat belajar, ade yg sederhana, dan ade juga yg sgt lambat menerima apa yg d sampaikan… haaa ade juga yg cepat mengingat, lambat mengingat dan sgt mudah lupa… imam Ghazali mengatakan ;
“guru perlu membatasi murid dengan kecerdasan pemahaman mereka.. oleh itu dia tidak boleh menyampaikan ilmu di mana tidak boleh dicapai oleh kemampuan minda murid.. jika sebaliknya, ia akan mengakibatkan murid menjauhinya dan kemorosotan daya fikir..”
Ok Kalau ade murid yg suka belajar tp suka ponteng kelas 1 subjek tu, salah sape?? Kihhh3…
Ade juga guru yg suka menggunakan ‘kemarahan’ bg mencapai ape yg d kehendaki… suka naaauu marah x molek lah gitu hahaaha… lenyap lah ‘kecantikan’ guru tersebut…
Guru adalah lambang kasih syg.. ketegasan seorang guru x bermakna guru x boleh menunjukkan kasih syg kpd pelajarnya.. seorang guru yg tegas time mengajar dan saaaangat digeruni pelajarnya, ttpi dikasihi pelajarnya hanya kerana sentuhan kasih syg gurunya itu melalui sentuhan fizikal pd pelajarnya.. jom guru! Mai la sentuh pelajarmu dgn sentuhan ksh syg... jgn sekadar menengking, mengherdik pelajarmu kerana gagal menjawab.. ttpi dekatilah mereka dan bertanyalah kpd mereka sambil menyentuh bahu mereka...percayalah wahai guru, mereka akan menunjukkan minat terhadap apa yg d ajar olehmu…
Hmmm, guru yg inginkan pelajarnya berakhlak baik, terlebih dahulu guru tersebut berakhlak mulia,,, betol x?? heheee…
Imam Ghazali dlm kitabnya ihya ulum ad din mengatakan “seorang guru mesti mengamalkan ilmunya, janganlah perkataan beliau membohongi perbuatan.. ini adalah kerana ilmu dapat diperhatikan dgn mata hati, sementara perbuatan dpt dilihat dgn mata, sedangkan org yg mempunyai mata lebih ramai..” kenyataan imam Ghazali memperlihatkan bahawa amalan, tingkah laku, akhlak dan peribadi pendidik lebih penting dpd ilmu yg dimiliki… (abdul salam yussof : 2003)
Kat mane2 sekolah x sah kalau xde pelajar yg nakal… xtau leee kenape begau nau! Banyak telan semut tu pasal la hahaa… tp d sebabkan sorang pelajar ni buat taik, pelajar lain turut merasa cissss! Ahahaaa… hadis nabi ;
Adakah hanya kerana seekor semut??
Dpd Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda ; “seekor semut telah menggigit nabi.. kemudian nabi tersebut telah memerintahkan agar dibakar sarang semut tersebut bersama sekalian semut di dalamnya.. maka Allah swt telah mewahyukan kepadanya “adakah hanya kerana seekor semut yang menggigitmu,lalu engkau memusnahkan suatu umat yang sentiasa bertasbih kepada Tuhannya?” (riwayat imam Bukhari dan Muslim)
Hikk3, korang mesti paham ape yg tun nak sampaikan ni, perlukan contoh??? Okeh ehh… dlm 1 kelas tu, ade pelajar nakal ni kurang ajau dgn guru tersebut, guru tesebut terlalu marah dan terus keluar dari kelas, so, kelas pada mase tu pon x berjalan proooooott,,,, pelajar2 yg lain terpinga2 laa hihih… hmmmmmmmmmm….
“sekolah itu boleh diumpamakan seperti sebuah segmen pasaran.. guru2 itu adalah pemasarnya, manakala produk jualannya adalah ilmu pengetahuan dan pelanggan2nya adalah pelajar2”

*sumber rujukan = buku hebatnya cara Rasulullah mendidik (adik bg hadiah besday, tq3)... hahaha


TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...