Saturday, April 23, 2011

Ceramah dan Kursus Kepimpinan Pelajar

Alhamdulillah, baru selesai program Kursus Kepimpinan Pelajar SMKTD 2 hari ini ( Sabtu/23 April 2011). Tugasan saya mudah sahaja, hanya sebagai penceramah sahaja. tajuknya ialah “ Kerja Berpasukan”. Namun begitu, walaupun hanya diberi tugas tersebut, saya bersama-sama rakan guru yang terlibat tetap berada di sekolah dari pagi sehingga majlis selesai pada jam 5.30 petang kerana membantu dari segi kawalan pelajar.

Walaupun ceramah yang disampaikan di waktu petang, pelajar pula nampak keletihan, tetapi responnya begitu bersemangat sekali. Kehadiran Puan pengetua menyaksikan ceramah tersebut menambahkan semangat saya untuk bercakap walaupun begitu keletihan sekali.

Kem Komandan yang berbakat!

Pengalaman pertama di bawah kem komandan yang baru iaitu cikgu Fairus, memberikan kelainan dalam kursus kali ini. Tahniah kepada beliau. inysaAllah, dilain program nampaknya nama tuan akan terus bersemadi di bawah jawatan Kem Komandan. Senang cakap, sampai pencenlah.

Kem Komandan, cikgu Fairus yang beruniform kedet polis


Kepada semua yang terlibat, guru-guru, para peserta dan AJK PIBG, sekalung tahniah atas sumbangan yang diberikan. Semoga usaha yang sedikit ini mendapat ganjaran yang besar di sisiNya.


Gambar Kenangan sepanjang program...




Cenderamata untuk saya sebagai penceramah..TQ






kusyuk...Sedang mendengar taklimat dari kem komandan


Apa yang suka sangat tu...







Bersemanga waja..Pelajar Sedang Membaca ikrar





Tersenyum riang walaupun keletihan....



Hehe, sukaneka..makan, jangan tak makan..




Majlis Penutup yang dirasmikan oleh YDP PIBG






Bergambar sebelum balik rumah...tahniah..



Monday, April 18, 2011

Hebat Sangatkah Kita?

Tahniah cikgu, kerana menulis buku. Cikgu, hairan sungguh bagaimana cikgu boleh menulis buku dalam keadaan yang begitu sibuk di sekolah dan di rumah? Cikgu, buku cikgu telah memberi sisi baru dalam dunia pendidikan. Cikgu, buku cikgu sangat menarik.

Sebenarnya kata-kata di atas itu adalah antara kata-kata yang pernah diungkapkan kepada saya samada secara langsung ataupun secara tidak langsung seperti melalui blog, facebook dan sebagainya. Sebagai penulis buku yang dibaca, sudah tentulah saya berasa teruja dan gembira dengan komen-komen tersebut. Namun sebagai hambaNya, kata-kata tersebut begitu menggusarkan saya. Mengapa? Bimbang-bimbang perasaan lain meresap masuk ke dalam hati ini sehingga menyebabkan niat asal berubah kepada yang lain.

Saya masih ingat satu ketika orang bertanya kepada seorang ustaz tentang bab menjaga hati. Terutama sekali apabila melibatkan benda-benda atau perkara yang nampak hebat dari aspek luarannya. Jawapannya cukup ringkas, tetapi terkesan di hati saya. Begini katanya. Adakah salah sekiranyanya kita memakai kasut yang cantik? Tidak salah selagi mana ia diletakkan di tempatnya. Ya, kasut letaknya di kaki, maka letakkan di kaki, bukan di hati. Lalu saya amati kata-kata tersebut. Sedikit berfikir, memberikan saya jawapannya. Benarlah, sehebat mana sekalipun sesuatu perkara itu, selagi mana ia diletakkan ditempatnya, tidak menjadi masalah kepada kita. Ya, jika kasut di kaki, letakkan di kaki, bukan di hati. Jika baju di badan, letakkan di badan, bukan di hati. Subhanallah, hebat sekali kesannya di hati apabila kita mampu berfikir dengan cara yang sebegitu rupa. Ya Allah, peliharalah hatiku...hanya untukMu..

Monday, April 11, 2011

Menulis buku adalah terapi minda

Hari ini saya nak syer cerita yang ringan-ringan sahaja sebelum saya melelapkan mata. Alhamdulillah, dapat juga menyiapkan sub topik dalam buku ketiga saya yang masih tak selesai editnya. Macam dah siap, bila baca semua masih ada sedikit perkara yang ditambah dan perlu dibuang dan ditambah dengan yang lain. Tetapi, insyaAllah, jika tidak ada masalah, hujung bulan april ini siaplah semuanya. Senarai Bibliografi pun dah dimasukkan. Tak sangka, banyak juga rujukan yang dibuat. Sebagai penulis, saya berusaha untuk berlaku amanah dalam karya saya. Setiap buku yang dirujuk, akan dinyatakan sumbernya. Oklah, lupakan tentang ini.

Sebenarnya, saya ingin berkongsi dengan rakan – rakan tentang kehebatan menulis. Secara peribadi, dengan menulis menyegarkan minda saya kerana dapat menyatakan apa yang bersirat di kepala. Dengan menulis menjadikan saya lebih banyak berfikir dan menganalisis. Tidak keterlaluan jika saya mengatakan, dengan menulis menjadikan kita lebih bersifat kritis terhadap sesuatu perkara. Tetapi yang lebih penting, menulis merupakan terapi dalam minda saya. Bagaimana ia berperanan sebagai terapi? Anda cubalah menulis. Jika berminat, mulakan langkah sekarang. Jika anda tidak tahu hendak bermula daripada mana, saya sedia memberi pandangan setakat yang termampu kerana saya bukan juru runding profesional. InsyaAllah, saya juga bisa membantu anda mendapatkan penerbit sekiranya anda telah ada manuskripnya. Ayuh rakan-rakan, menulislah demi Agama kita. Selamat malam....

Assalamualaikum

Taman Daya, Johor bahru

11.42 PM

Thursday, April 7, 2011

Awasi batang hidungmu wahai Cikgu

Hebat budak-budak sekarang. Jika zaman saya bersekolah dahulu, hendak angkat muka depan cikgu pun takut. Tetapi hari ini, bukan setakat angkat muka, suara pun dah mula diangkat. Tapi hari ini, berita di surat khabar benar-benar memeranjatkan apabila ada pelajar sudah berana angkat tangan dan menghayun ke muka guru. Bukan calang-calang kesnya, sampai patah hidung cikgu perempuan itu ditumbuknya. Hebat, memang hebat. Apa hendak dikata, inilah harga sebuah permodenan. Awas cikgu-cikgu, sayangilah hidungmu. Selamat bertugas, selamat mendidik anak bangsa. Semoga diRahmati dan dilingdungiNya selalu.

Ini buktinya:

Pukul cikgu

Sumber : Harian Metro Online

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my

KANGAR: Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan, di sini, bertindak kurang ajar apabila menumbuk muka seorang guru perempuan sehingga mangsa patah hidung, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, guru berkenaan dipercayai baru saja selesai mengajar subjek Sejarah sebelum keluar menuju ke bilik guru.

Difahamkan, suspek berang selepas guru terbabit Mariati Mat Ail, 37, ingin membawanya ke bilik guru disiplin selepas suspek didapati bergaduh di koridor sekolah itu.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Negeri Perlis (JPNPs) berkata, mangsa terserempak dengan satu pergaduhan di mana suspek sedang membelasah seorang pelajar tingkatan satu di kaki lima sekolah itu sebelum cuba menyuraikannya.


“Mangsa menarik suspek yang pernah dibuang sekolah untuk dibawa ke bilik guru disiplin kerana membelasah pelajar berkenaan.


“Suspek yang enggan dibawa ke bilik itu tiba-tiba melepaskan satu tumbukan kuat tepat ke muka guru itu yang mengenai hidung mangsa,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, semalam.

Katanya, hidung mangsa patah akibat tumbukan berkenaan menyebabkan mangsa pening sebelum terjatuh.

“Sambil menekup hidungya dengan kain, mangsa mengagahkan dirinya untuk bangun dan pergi meminta bantuan daripada rakannya yang berada di bilik guru sekolah itu.

“Suspek yang menumbuk mangsa kemudian melarikan diri sebelum mangsa pergi mendapatkan rawatan kecemasan di HTF dan membuat laporan polis kira-kira jam 4 petang, semalam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros ketika dihubungi berkata, suspek berusia 14 tahun ditahan kira-kira jam 5 petang semalam sebaik saja menerima laporan mangsa.

Katanya, suspek sebelum itu membelasah seorang pelajar tingkatan satu sekolah berkenaan kerana tidak berpuas hati masalah peribadi sebelum disuraikan mangsa.

“Mangsa cuba menyelamatkan pelajar tingkatan satu terbabit sebelum dia ditumbuk suspek di muka.

“Polis memandang serius perkara ini kerana membabitkan kawasan sekolah dan akan menyiasat punca kejadian,” katanya.

Menurutnya, polis menerima dua laporan kejadian itu, daripada guru terbabit dan pelajar tingkatan satu yang dibelasah suspek.

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...