Monday, September 27, 2010

Guru sudah jadi kerani


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



BESARNYA cabaran dan tanggungjawab dipikul guru masa kini menimbulkan pertikaian di kalangan masyarakat adakah golongan itu mampu melaksanakan amanah dengan sempurna.
FAHAMI MEREKA...ambillah tahu mengenai kesukaran guru supaya mereka rasa dihargai.
FAHAMI MEREKA...ambillah tahu mengenai kesukaran guru supaya mereka rasa dihargai.
PENUH DUGAAN...mengajar pelajar sudah cukup mencabar, guru tidak wajar dibebankan lagi dengan tugasan sampingan remeh sebaliknya fokus pada tanggungjawab hakiki.
PENUH DUGAAN...mengajar pelajar sudah cukup mencabar, guru tidak wajar dibebankan lagi dengan tugasan sampingan remeh sebaliknya fokus pada tanggungjawab hakiki.
Bukan sekadar mendidik, pelbagai tuntutan kerjaya tidak sepatutnya kini mereka galas menjadikan tumpuan terhadap proses penjanaan dan pembelajaran ilmu terjejas.


Lebih menyedihkan, golongan itu turut menjadi sasaran kecaman masyarakat jika gagal melahirkan pelajar cemerlang akademik dan sahsiah diri menyebabkan guru semakin terdesak serta tertekan.


Apakah benar peranan guru sebagai sumber pemangkin ilmu semakin terhakis sebaliknya menjadi golongan itu diperkotak katikkan hingga mereka dalam dilema. Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia Cawangan Kedah, Anuar Husin, berkata golongan guru hari ini bukan sekadar memegang tanggungjawab sebagai pendidik malah anggota masyarakat secara keseluruhan.


Menurutnya, cabaran utama bukan lagi menyalurkan ilmu kepada pelajar sebaliknya turut mendidik masyarakat melalui peranan di luar waktu persekolahan sekali gus memberi bebanan dalam melaksanakan tumpuan dan tanggungjawab sebenar.


"Dalam perguruan, tugas hakiki adalah mengajar, malangnya guru masa kini dilambakkan dengan pelbagai tanggungjawab sukar dan mencabar. Mereka bukan sekadar guru tapi turut mendidik masyarakat secara keseluruhan.


"Malangnya masyarakat bersikap sambil lewa dan enggan bersama memikul tanggungjawab mendidik menyebabkan mereka semakin tertekan. Guru juga dihimpunkan pelbagai tugasan tidak sepatutnya seperti perkeranian.


"Justeru, bagaimana mahu menumpukan perhatian pada tugasan? Masyarakat hanya tahu memberi tekanan tapi enggan membantu," katanya.


Bukan isu baru guru terpaksa memikul pelbagai tanggungjawab remeh yang menuntut pengorbanan masa, antaranya mengurus dan mengemaskini sistem maklumat pelajar (Emis), sistem salah laku, pendaftaran, yuran, mengurus kumpulan wang amanah pelajar miskin (KWAPM), rancangan makanan dan susu tambahan.


Memburukkan keadaan, mereka terpaksa berhempas pulas menghabiskan sukatan pengajaran kerana dihantar berkursus selain pembelajaran tergendala.


Mengulasnya, Anuar berkata waktu persekolahan padat serta pelbagai perancangan dibuat menjadikan waktu guru semakin terhad hingga menyukarkan proses pembelajaran berjalan lancar.

"Sungguhpun tugasan sampingan tidak sukar, banyak waktu terbuang. Guru sering merungut kerana terlalu terikat dengan pelbagai tuntutan menyebabkan proses pembelajaran tergendala.


"Ia bukan remeh dan perlu diberi perhatian kerana bersangkut paut pencapaian pelajar masa depan. Guru sentiasa dipersalahkan jika pelajar gagal.


"Masyarakat pula mahukan kecemerlangan tapi enggan memahami. Apabila guru gagal menyempurnakannya, bukankah akan menimbulkan konflik? "Tindakan segera perlu diambil kerana bimbang akan menjejaskan mutu pendidikan keseluruhannya," katanya sambil meminta pihak berkenaan mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi kemelut itu.


Ditanya adakah rungutan itu disebabkan guru sudah lama dalam zon selesa, beliau berkata golongan itu boleh menerima perubahan namun perlu ada batasan dan mekanisme tertentu bagi menanganinya.

Click Here

"Guru boleh menerima perubahan malah sedar tanggungjawab dipikul semakin berat tapi perlu ada tolak ansur. Mereka juga ada tanggungjawab lain perlu dipenuhi seperti keluarga.


"Masyarakat juga harus memberi sokongan dan bersama menggembleng tanggungjawab. Jangan lepaskan sepenuhnya pada guru kerana tidak adil," katanya.


Bagi mengatasi kemelut itu, beliau mencadangkan penyusunan semula tugas pekeranian sedia ada hingga tidak mengganggu tugas hakiki guru selain menambah lagi pembantu guru bertaraf kerani.


Bilangan pelajar turut perlu dikurangkan supaya guru tidak terbeban dalam mengemaskini data peribadi selain menerapkan peranan alumni untuk memberi pembelajaran berbeza berdasarkan pengalaman pekerjaan.


"Konflik perlu diatasi secara berhemah supaya semua pihak mendapat manfaatnya. Penyelesaian bukan sekadar jangka pendek tapi berpanjangan demi kebaikan generasi seterusnya.


"Menjadi guru bukan mudah namun kerjaya itu sangat mulia, perlu berlapang dada menerima apa jua cabaran manakala masyarakat juga jangan bersikap lepas tangan.


"Proses penjanaan ilmu tidak akan terhenti, justeru pelbagai pihak perlu mencari penyelesaian supaya konflik sedia ada dapat diatasi," katanya.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gurusudahjadikerani/Article

Sunday, September 26, 2010

PMR lagi seminggu


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Nampaknya demam peperiksaan sudah bermula. Sebagai guru yang mengajar kelas peperiksaan ( PMR dan SPM ) sudah tentu saat-saat menjelang peperiksaan merupakan sesuatu yang agak merisaukan. Cuma sejak dahulu lagi saya memang tidak suka menunjukkan kerisauan tersebut kepada semua orang walaupun tidak dinafikan ada sesetengah guru yang ketara risaunya apabila peperiksaan hampir tiba. Raut wajahnya memang jelas menunjukkan kerisauan dijiwanya. Pada saya itu adalah sesuatu yang normal bagi seorang guru yang prihatin terhadap pelajarnya. Cuma kadang-kadang, guru sahaja yang risau, tetapi pelajarnya tenang sahaja seolah-olah bukan mereka yang akan mengambil periksa. Harap-harap perkara ini tidak berlaku kepada pelajar-pelajar yang saya ajar.

Tahun ini juga merupakan tahun ketiga saya dilantik sebagai ketua pengawas PMR. Satu tugasan yang begitu berat kerana risikonya terlalu tinggi. Namun begitu ia juga satu tugasan yang menyeronokkan. Banyak ilmu tentang peperiksaan yang saya pelajari.

Kepada semua pelajar, cikgu mengucapkan selamat berjuang. Janganlah kamu berundur sebelum berjuang. Janganlah kamu berhenti sebelum tiba ke destinasi sebenarmu. Dan yakinilah, Allah sentiasa bersamamu....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Friday, September 24, 2010

Keletah Anakku!

Alhamdulillah, melihat perkembangan fizikal dan mental anak-anak adalah nikmat terhebat yang Allah berikan kepada saya. Sememangnya melihat perkembangan mereka yang dapat dilihat dengan mata kasar ini sesuatu yang menghiburkan hati. Apatah lagi apabila kedua mereka sudah pandai bergurau, bermain dan bergaduh. Kadang-kadang berkawan baik, kadang-kadang bergaduh dan kadang-kadang salah seorang menangis dan kadangkala kedua-duanya menangis begitu menggeletek hati saya yang memandangnya.



Ketika saya menulis tulisan ini, mereka baru lepas bergaduh. Tetapi selepas itu mereka berbaik semula.


Gambar mereka yang sedang mesra...




Dan saya percaya sekejap lagi mereka akan bergaduh semula. Lucu sungguh dengan keletah mereka berdua ini. Saya pula kadangkala ketawa melihat mereka, kadangkala geram bercampur lucu dan kadangkala terlalu geram tetapi ditahan sahaja di dalam hati.

InsyaAllah, esok, lusa dan seterusnya, selagi mana diberi nafas olehMu yang Allah pasti saya akan dapat melihat perkembangan mereka berdua sehingga mereka besar dan menjadi 'somebody'.


Ulama' Muda :Mungkin menjadi ulama' suatu hari nanti, tiada siapa yang tahu...



Setiap hari saya sentiasa berdoa kepadaNya semoga mereka berdua akan diberi petunjuk dan hidayah olehNya. Kehidupan mereka sentiasa diberkati dan dirahmatiNya. Serta diberi kejayaan di dunia dan akhirat.

Apa yang penting, Abah dan Ibu sayang kamu berdua....


Tuesday, September 21, 2010

Promosi Buku Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik !

Alhamdulillah, hari ini, buku saya 'Hebatnya Cara RAsulullah Mendidik' diiklankan di Harian metro. Kepada yang berminat, boleh dapatkan buku tersebut pada harga istimewa yang hanya di MPH sahaja...



Friday, September 17, 2010

KampungKu...


Kenangan 1 Syawal tahun lepas bersama mak dan abah


Tahun ini saya balik beraya ke rumah mak dan abah pada petang raya kedua. Tapi Alhamdulillah, beraya di kampung memang seronok. macam-macam yang mak masak. Kambing masak kari, itik masak kari ( dimasak oleh abah ) dan macam-macam lagi bisa membuatkan badan saya naik tanpa henti.

Satu lagi yang menarik, mak juga rajin bercucuk tanam. Macam-macam ada, bak kata iklan dalam astro. Apapun, terima kasih mak abah atas layanan yang sangat mengharukan jiwa saya sepanjang saya bercuti raya bersama isteri dan anak-anak. Haris dan Hashri memang suka sangat sepanjang berada di kampung. Keseronokan mereka berdua membuatkan saya dan isteri lepak kerana kepenatan mengawal pergerakan mereka. Rumah kampungkan panjang, kejap di atas, kejap di dapur, kejap di luar rumah. Bayangkan, tentu penatkan. Namun kepenatan itu adalah sejuta keseronkan. Alhamdulillah, syukur padamu Tuhan.



Tanam-tanaman yang diusahakan olek mak. Suka-suka katanya, tapi banyak memberi bakti pada keluarga...














Thursday, September 16, 2010

Bekas PelajarKu beraya di rumahku...

Terima Kasih kerana sudi ke teratak buruk cikgu. Terharu dan gembira benar hati cikgu bila kamu semua datang beraya malam tadi ( 16/9/10)biarpun telah 3 tahun meninggalkan sekolah. Pada cikgu itu tandanya kamu semua masih mengingati cikgu. Alhamdulillah ada yang telah berjaya ke menara gading dan ada juga yang telah bekerja. Apapun, cikgu tengok semuanya telah menjadi manusia yang berguna. Doa cikgu, semoga kamu semua akan berjaya.

Maaf juga kerana menu malam tadi biasa-biasa aje. Mee goreng dan ayam goreng. kalau kamu beritahu awal, boleh cikgu sediakan menu yang canggih sikit, secanggih iPhone. Terima kasih sangat-sangat kepada IsteriKu yang sudi memasak mee goreng yang 'Best' tu.Terima kasih juga kepada Ain ( bakal cikgu yang sedang menuntut di UPSI) yang juga anak didikku kerana telah membeli buku Hebatnya Cara RAsulullah Mendidik. InsyaAllah buku itu baik untuk persediaan Ain sebelum bergelar guru sebenar. Baiklah, itu sahaja untuk kali ini. SIla nikmati gambar-gambar kenangan bersama mereka. Selamat Hari Raya.























Wednesday, September 15, 2010

Selamat Hari Raya!

Alhamdulillah, saya dah keluarga selamat sampai semula ke johor bahru setelah sembilan hari pulang beraya di kampung ( kampung saya dan isteri). Raya tahun ini saya beraya di rumah nenek isteri dahulu. Raya kedua baru balik ke negeri sembilan pula. Raya tahun ini juga begitu bermakna sekali kerana anak-anak terutama si abang ( haris ) telah pandai merasai apa yang dimaksudkan dengan kegembiraan berhari raya. Saya dapat lihat betapa gembiranya dia berbaju baru dan berkasut baru. Apa yang lebih menarik, dia telah pandai bercakap tentang angpau raya.

Kepada rakan-rakan yang telah pulang ke Johor bahru, silalah ke teratak buruk hamba. Jika hendak datang, telefon@sms lah dulu ye. InsyaAllah, kehadiran anda sentiasa dinanti.

Apapun, selamat hari raya, maaf zahir batin.



GAMBAR KENANGAN SEMASA BERAYA DI KAMPUNG ISTERI































Saturday, September 4, 2010

Perkara-perkara Yang Tidak Patut Dilakukan Ketika Tidur

Info berguna ini saya baca di tranungkite.net. Ianya sangat-sangat bermaklumat. Silalah baca dan ambillah manfaat daripadanya.

1. Jangan tidur bersama jam tangan.
Jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia boleh mengganggu kesihatan anda.

2. Jangan tidur dengan telefon bimbit.
Meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur adalah tidak digalakkan. Walaupun ada diantara kita menggunakannya sebagai alat penggera. Para saintis telah membuktikan bahawa alatan elektrik dan elektronik termasuk telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang yang tidak elok untuk kesihatan.

3. Jangan tidur dengan mekap yang masih melekat.
Jika anda biasa tidur tanpa mencuci solekan muka atau dimana-mana tempat di bahagian kulit, ia boleh mengakibatkan masalah kulit untuk jangka masa panjang. Solekan yang tidak dicuci boleh menghalang kulit daripada bernafas dan mendapat pengaliran udara yang sepatutnya. Anda juga akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tidur yang lena.

4. Jangan tidur dengan coli
Bagi perempuan pula, anda tidak digalakkan tidur dengan memakai bra kerana ia dikhuatiri menyebabkan barah payudara melalui kajian yang dijalankan oleh saintis Amerika. Memakai bra melebihi 12 jam adalah berisiko

5. Jangan tidur dengan seluar dalam
Bagi lelaki pula, tidak elok memakai seluar dalam ketika tidur. Seeloknya pakai la 'boxer' yang longgar dan selesa.

6. Jangan tidur tanpa seurat benang
Hal ini juga penting kerana jika pada ketika anda tidur berlaku sebarang kemalangan/kecemasan bukankah ia memudaratkan anda?

Pendalaman ILMU;

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wuduk sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Dipetik daripada : http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=28965#919604

Friday, September 3, 2010

Kuih Raya Lagi..

Alhamdulillah, hari ni berjaya menyiapkan 2 lagi kuih raya. Rasanya tak tahu lagi, hanya bergantung kepada tester tak bergaji ( haris dan hashri) ajelah. Kalau ok gaya makannya tu, insyaAllah ok rasanya. Jadi jumlah keseluruhan kuih yang berjaya dibuat setakat hari ini ialah 4 jenis. InsyaAllah malam ni nak buat 2 jenis lagi selepas terawih nanti. Alhamdulillah azam saya dan isteri nak buat kuih sendiri dimudahkan Allah. Mungkin ada kelemahannya tahun ini, insyaAllah jika dipanjangkan umur, tahun depan bolehlh diperbaiki mana yang kurang.

Di bawah ni gambar kuih-kuih yang telah disiapkan. Kepada yang berminat, bolehlah mencubanya dirumah. Memang jimat sangat.


Biskut tat yang sedang menunggu masa untuk dibakar



Biskut Semperet yang telah siap dibakar



Biskut nestum yang telah siap dibakar



Biskut Cornfleks yang siap untuk dibakar




Wednesday, September 1, 2010

Mencari Al-Qadar.......


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tanda-tanda malam Al Qadar
Amalan terbalik orang kita, 10 malam pertama bulan Ramadhan masjid dan surau penuh manakala pasaraya kosong tetapi di 10 malam terakhir Ramadhan, masjid dan surau lengang di pasaraya penuh. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri dan memang diakui oleh semua orang.
Sedangkan di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan tersembunyinya satu malam yang sungguh berkah yang dikatakan malam itu lebih baik dari seribu bulan. Umat Islam wajib percaya dan seharusnya di cari malam Lailatul Qadar pada malam-malam terakhri bulan Ramadhan bukannya malam-malam itu kita shopping maut untuk persediaan Hari Raya.
Ini berdasarkan firman Allah Ta’ala:

Ertinya: “Bulan Ramadhan adalan bulan yang diturunkan di dalamnya al-Quran”. QS. al-Baqarah: 185
dan al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan, dan Allah Ta’ala berfirman:
Ertinya: “Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran pada lailatul qadar”. QS. al-Qadar:1.
Jika dikumpulkan dua ayat ini maka akan menjadi sangat jelas bahwa lailatul qadar di bulan Ramadhan manakala hadis Nabi Muhammad SAW mengatakan malam Lailatul Qadar itu di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan . Ini berdasarkan hadis berikut:
“Aisyah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Bersungguh-sungguhlah mencari lailatul qadar di sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan”, di dalam riwayat Bukhari: “Sentiasa Rasulullah SAW beriktikaf di sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, beliau bersabda: “Bersungguh-sungguh untuk mencari lailatul qadar di sepuluh terakhir bulan Ramadhan”. Di dalam riwayat Bukhari: “Carilah…”. HR. Bukhari, no. 2020 dan Muslim, no. 1196.
Lailatul Qadar lebih ditekankan adanya di malam-malam ganjil daripada malam genap:
Ini berdasarkan hadis berikut:
“Aisyah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Bersungguh-sungguhlah mencari lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan”. HR. Bukhari dan Muslim
Tanda-tanda malam Lailatul Qadar
Malangnya ada di kalangan masyarakat kita pula mengisahkan cerita Lailatul Qadar yang tersilap yang boleh membawa kepada kurafat berkenaan tanda-tanda malam Lailatul Qadar diantaranya: pohon sujud, bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah masin, anjing-anjing tidak menggonggong, dan beberapa tanda yang jelas batil dan rosak.
Ini kerana tidak adanya dalil baik dari al-Quran ataupun hadis yang mendukungnya.
Bagaimanakah tanda-tanda yang benar berkenaan dengan malam yang mulia ini ? Nabi Muhammad SAW pernah mengabarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, iaitu:
1. Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)
2. Cahaya mentari lemah, cerah tidak terik pada keesokan harinya
Dari Ubay bin Ka’ab RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar ” (HR Muslim)
1. Di pagi harinya, matahari terbit tidak memancarkan cahaya yang terik
, Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar”. Hadits riwayat Muslim, no. 1762.
2. Malam yang cerah, tidak panas tidak juga dingin, Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Sesungguhnya aku diperlihatkan lalilatul Qadar kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari bulan Ramadhan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula dingin, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/330 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam shahih Ibnu Khuzaimah, 3/330.
Ertinya: “Lailatul Qadar tidak panas tidak juga dingin matahari pagi harinya bersinar lemah kemerah-merahan”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/332 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’, no. 5351.
3. Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor kepada syaitan)
, Rasulullah SAW bersabda:
Artinya: “Sesungguhnya tanda lailatul qadar bahwasanya adalah malam yang bersih cerah, seakan-akan di dalamnya bulan terang tenang, tidak panas tidak juga dingin, dan tidak boleh bintang dijatuhkan di dalamnya sampai pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan tidak halal bagi syaitan untuk keluar bersamaan dengannya pada malam itu”. HR. Ahmad, no. 22765.
Hendaknya memperbanyak membaca doa اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى pada Lailatul Qadar:
Hal ini berdasarkan sebuah riwayat dari Aisyah RA beliau bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah, jika aku mahu berjumpa akan lailatul qadar, apakah yang aku baca?”, beliau bersabda: “Hendaknya kamu mengucapkan:
Ertinya: “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf (dari kesalahan), mencintai maaf, maka maafkanlah aku (dari kesalahan-kesalahanku)”. HR Ibnu Majah, no. 3982.
4.Orang yang beribadat pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Allah tidak seperti malam-malam lainnya.
Sumber : http://www.isuhangat.net/2010/08/tanda-tanda-malam-lailatul-qadar/


Logikkah?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Alhamdulillah, setakat hari ini dimudahkan Allah untuk saya berpuasa. Tahun-tahun sebelum ini pernah juga diuji dengan sakit perut yang agak dahsyat. Tetapi alhamdulillah ketika itu Allah masih berikan kekuatan kepada saya untuk berpuasa.

Sebentar tadi di sekolah ada program ziarah ramadhan, di mana guru-guru ke rumah pelajar terpilih untuk menyampaikan sedikit sumbangan berupa keperluan harian seperti beras minyak masak, gula, tepung dan beberapa barangan lain yang tidak dapat disebut di sini. Apa yang menarik perhatian saya ialah ketika ustaz kairul ada menyebut, imam syafie ketika ramadhan menangis sebanyak 2 kali. pertama ketika datangnya ramdhan. Keduanya ketika berakhirnya ramadhan. Apabila saya mendengar keta-kata tersebut, rasa malu pada diri sendiri kerana hati ini begitu seronok menanti syawal yang tidak lama lagi akan menjelma. Sedangkan ramadhan ini adalah peluang untuk mendapat gandaan pahala yang besar. Apatah lagi 10 malam terakhir ini yang dikatakan berlakunya malam al-Qadar yang mana pahalanya bersamaan dengan seribu bulan.


Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya kami menurunkannya pada malam kemuliaan dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turunnya malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Al-Qadar, 1-5)

Walaupun diturunkan ayat ini, namun Allah SWT tidak menerangkan secara terperinci waktu kedatangan Lailatul Qadar.

Namun RASULULLAH SAW pernah bersabda yang bermaksud: “(Iaitu) ada pada bulan Ramadan. Kerana itu hendaklah kamu mencarinya pada 10 hari terakhir. Kerana ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu pada malam 21, atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29, serta pada malam terakhirnya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Namun begitu, amat menghairankan, ada manusia yang menangis kerana ramadhan telah tiba kerana baginya ramadhan begitu menyusahkan. Bulan yang memerlukan mereka sembunyi-sembunyi makan, minum, merokok dan bermacam-macam lagi kemungkaran yang terpaksa disembunyikan. Tetapi apabila ramadhan berakhir, mereka ketawa gembira kerana mereka telah bebas daripada penjara ramadhan. Ya, kini mereka bebas menayang maksiat di depan kita atau sesiapa sahaja. Bulan di mana tiada halangab untuk makan dan minum sesuka hati, menghadiri program maksiat seperti konsert sesuka hati dan bermacam-macam lagi. Mengapakah mereka ini tidak berfikir, bukankah Allah telah mengurniakan 12 bulan dalam setahun? Zalimkah Allah kerana mewajibkan berpuasa sebulan sahaja, sedangkan lagi 11 bulan umat Islam bebas makan dan minum di siang hari. Bukankah jumlah sebelas bulan itu lebih banyak nilainya berbanding 11 bulan?

Ini baru puasa, kita belum lagi bercerita tentang solat. Satu waktu cuma jangka masanya lebih kurang 5 minit. Di darabkan dengan 5 waktu, ini bermakna hanya 25 minit sehari. Dalam sehari tempoh masa adalah 24 jam, tetapi Allah cuma mengambil masa 25 minit sehari untuk menyembahNya...MasyaAllah, tidakkah ini bermakna sebanyak 23 jam, 35 minit masa yang diperuntukkan untuk urusan lain seperti makan, minum, bekerja, berehat dan tidur. Adakah Allah zalim?

Jawapannya ialah tidak. Manusialah yang zalim kerana tidak menilai ketetapan Allah dengan mata hatinya. Manusia boleh menonton televisyen berjam-jam, tetapi tidak mampu menunaikan solat yang masanya hanya sekadar 5 minit sahaja. Manusia bisa bebas makan dan minum selama 11 bulan tanpa halangan, tetapi apabila Allah meminta mereka berpuasa cuma sebulan sahaja, mereka tidak melaksanakannya. Manusialah sebenarnya yang tidak berterima kasih kepada Allah yang menciptakan mereka. Diberikan rezeki setiap hari, nafas 24 jam sehari tanpa terlupa olehNya, diberikan kerja yang baik dan bermacam-macam lagi nikmat kepada manusia, tetapi apabila diminta menyembahNya, melaksanakan suruhan yang lain keranaNya, manusia tidak mengendahkannya.

Wahai semua umat Islam, bangkitlah dari lenamu. Ingat Allah begitu pemurah, penyayang serta pengasih sifatnya. Walaupun ada diantara kita yang mengabaikan tanggungjawabnya terhada Allah, rezeki tetapi jua diberi. Tidak pernah pula mereka yang meninggalkan solat dan puasa itu diberhentikan rezekinya serta-merta. Jika manusia, tentunya tindakan sedemikian akan dilakukan. Tetapi tidak bagi Allah, kerana rahmat dan kasih sayangNya. Ayuh, marilah kita mantapkan Iman kita kepada Allah di Bulan ramadhan ini sebagai latihan untuk bulan-bulan yang mendatang.

Salam ramadhan..
salam Lailatul Qadar...
Salam UKhwah...

RAzali Saaran
3/9/10



TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...