Thursday, December 27, 2012

Kisah Sebuah Jam

Semalam umar ke kedai jam..hatinya terpaut pada sebuah jam yang tersimpan kemas di dalam kotak..

Berapa harganya bos?
Rm 300..

umar termenung seketika..emm, minggu depan bila dapat gaji baru beli, bisik hatinya..

Em, takpelah bos, nanti saya datang balik..

Alhamdulillah,duit sudah di tangan, umar mengucapkan syukurnya. Tanpa berlengah dia ke kedai jam itu..beberapa kali dia mencari, tetapi jam itu sudah tiada.. Bos, itu jam yang jenama 'tuut' sudah orang belikah? Eh, ada, ada..itu dekat dalam bekas atas meja..jual murah sahaja..kenapa bos, tanya umar..itu hari jam tu dalam kotak, cantik berbungkus..knp sekarang kotak pun takde..semua orang pun blh tengok dan pegang..alamak, ini jam sudah takde kualiti..
Bukan macam itu incik, ini jam jatuh itu hari dan sudah rosak sedikit..bila cuai sendiri itu jam tak boleh dapat ganti..

Kalau awak mahu, saya kira murah..umar termenung.dia suka, tp dia jadi serba salah kerana jam yang di depan matanya itu adalah jam yang sama, tetapi kualitinya sudah tiada..pada umar, biar mahal tp berbaloi..daripada murah tetapi tiada nilai lagi..

Begitulah masib jam, saat ia dibungkus dgn kotak yg cantik,disimpan di tempat yg hanya mampu dipandang, harga@nilainya bgt tinggi..tetapi apabila ia tdk lagi berada ditempat asalnya ( fitrah ), nilai sudah berubah..nilainya menjadi rendah..

-Baca, fahami, renungi,muhasabah diri-

Hamba-Mu yang fakir

Guru Hebat

Guru hebat :

Hadirmu sentiasa dinanti,
Pengajarannya memberi erti,
Kata-katanya penuh motivasi,
Senyumannya memberi inspirasi,
Ibarat sebuah jampi
Bagi jiwa-jiwa yang sedang kosong berisi,

Guru Hebat,

Hadirmu tetap dinanti,
Sepanjang masa memberi erti pada diri,
Memberi ilmu tanpa peduli,
Biarpun kadangkala dirimu tidak mereka peduli,
Kerana engkau guru hebat dihati,
Marahmu kerana ilahi,
Sayangmu pula penyejuk di hati,
Menyinar cahaya pada yang sudi dan tidak sudi..

Wahai Guru Yang Hebat,
Hadirmu masih dinanti-nanti,
Pergimu pula pasti dirindui,
Hilangmu pula pasti ditangisi,
Kerna dikau guru hebat dihati, tidak pernah lelah memberi,
Biarpun tidak dihargai,
Biarpun dikau dicaci,
Engkau tetap mahu memberi,
Tetap mahu berkongsi..

Kerana kau guru hebat,
Memberi kerana Ilahi..

CETUSAN HATI
TANPA EMOSI
-RAZALI SAARAN-
Seremban 2

Seloka Pangkat Dan Harta

Benarkah...

manusia, apabila ada pangkat jalannya sudah berbeza...makannya berlainan cara...bercakap juga memilih-milih siapa, senyumannya pun ada gaya...

memandang orang lain tidak bermata, pakaiannya? aduh usah bicara...Permainannya? dulu bola, sekarang golflah jawabnya...aduh..jangan banyak bertanya...siapa kamu untuk berkata-kata...ini orang ada nama punya cara...kena ubah...kena ubah..jika ...tidak nanti orang akan ketawa...jalan sana-sini orang duk mengata...malu..malu..kamu tidak pernah tahu...ini orang ada pangkat punya cerita...diam...diam..kamu hanya orang bawahan...diam...diam...jika tidak kamu kena baham...angguk-angguk..jika tidak kamu kena ketuk...angguk-angguk..jika tidak kamu tinggal habuk...

- seloka takde kerja-
Razali Saaran
seremban 2, s2 height...

Sunday, December 23, 2012

Kenapa Di Hadapan Orang Bersolat Ada Objek?

Tuan/puan mungkin pernah atau biasa melihat seseorang yang bersolat berseorangan dan di hadapannya terdapat sebuah objek bukan?
Kadang-kadang objeknya adalah beg, tongkat, kayu rehal, kerusi, bangku, kipas angin atau bakul.  Ia sengaja diletakkan di hadapan mereka sebelum bersolat.  Perbuatan begini mereka lakukan jika bersolat di ruang yang terbuka.
Jika di sana ada dinding atau tiang, yakni objek yang kukuh dan lebih kekal, nescaya mereka memilih untuk melakukan solat mengadap dinding atau tiang itu.  Itu yang lebih utama berbanding objek-objek di atas.  Yang pastinya, mereka tidak membiarkan di hadapan mereka kosong tanpa objek.  Itu bagi orang yang bersolat seorang diri.
Bagi yang solat berjemaah pula, mungkin tuan/puan biasa melihat hanya imam sahaja yang melakukan perkara di atas, sedangkan makmumnya tidak.
Jika tuan/puan tidak pernah melihatnya atau tidak ingat, berikut beberapa gambar sebagai contoh (klik untuk besarkan saiznya):
Kenapa mereka perbuat begitu?
Hal ini berlaku demikian kerana mereka faham akan sunnah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam!

Sutrah adalah Sunnah Nabi SAW Ketika Bersolat

Meletakkan objek di hadapan sebelum mengerjakan solat adalah sunnah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  Objek ini merupakan pengadang atau pembatas kawasan solat atau istilah yang digunakan oleh Nabi ialah sutrah.
Berikut adalah beberapa hadith Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam mengenai sutrah:
1)
كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقِفُ قَرِيبًا مِنَ السُّتْرَةِ, فَكَانَ بَيْنَهُ وَ بَيْنَ الْجِدَارِ ثَلَاثَةُ أَذْرُعٍ
“Adalah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersolat dekat dengan sutrah (pembatas), maka adalah di antara Baginda dan dinding tersebut adalah 3 hasta.”
(HR al-Bukhari dan Ahmad)
2)
بَيْنَ مَوْضِعِ سُجُودِهِ وَالْجِدَارِمَمَرُّ شَاةٍ
“Jarak di antara tempat sujud Baginda dengan dinding lebih kurang cukup untuk dilalui seekor anak kambing.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)
3)
كَانَ اِذَا صَلَّى (فِي فَضَاءٍ لَيْسَ فِيهِ شَيْءٌ يَسْتَتِرُبِهِ) غَرَزَ بَيْنَ يَدَيْهِ حِرْبَةً فَصَلَّى وَالنَّاسُ وَرَاءَهُ
ِ”Apabila Baginda bersolat (di tempat yang tiada sesuatu pun menutupi yakni tempat terbuka), beliau menancapkan tombak di depannya lalu bersolat, dan para sahabat bersolat di belakangnya.”
(HR al-Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah)
4)
وَاَحْيَانًا كَانَ يُعَرِّضُ رَاحِلَتَهُ فَيُصَلِّى اِلَيْهَا
Kadang-kadang Baginda melintangkan haiwan tunggangannya di hadapan Baginda, lalu bersolat mengadap haiwan tersebut.
(HR al-Bukhari dan Ahmad)
5)
صَلَّى – مَرَّةً – اِلَى شَجَرَةٍ
“Baginda pernah bersolat mengadap ke pokok.”
(HR an-Nasa’i dan Ahmad dengan sanad yang sahih)
6)
اِذَا وَضَعَ أَحَدُكُمْ بَيْنَ يَدَيْهِ مِثْلَ مُؤْخِرَةِ الرَّحْلَ فَلْيُصَلِّ وَلَا يُبَالِي مَنْ مَرَّ وَرَءَ ذَلِكَ
“Apabila seseorang di antara kamu telah meletakkan benda atau barang setinggi kayu bahagian belakang pelana, solatlah dengan tidak perlu menghiraukan orang yang melalui di sebelah benda itu.”
(HR Muslim dan Abu Daud)
Itulah beberapa hadith yang sempat dikongsikan di sini untuk kita sama-sama fahami bahawa bersutrah iaitu meletakkan objek pembatas ketika bersolat memang suatu sunnah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.  Sayangnya, pengetahuan mengenainya sangat kurang di kalangan masyarakat kita.

Secara Ringkas

Secara ringkas mengenai hukum sutrah ialah seperti berikut:
  • Ulama berbeza pandangan mengenai hukum bersutrah, samada wajib atau sunat.  Yang terbaik dan dekat dengan sunnah Nabi ialah bersutrah ketika solat, iaitu dengan meletakkan objek sebagai pembatas kawasan solat.
  • Apabila bersolat seorang diri, sutrah diadakan oleh orang bersolat sendirian itu.  Apabila bersolat secara berjemaah, sutrah diadakan oleh imam sahaja.  Makmum tidak perlu mendirikan sutrah kerana sutrah makmum ialah sutrah imam yang diikutinya.
  • Jika tiada sutrah, bolehlah dibuat garisan sebagai ganti sutrah.
  • Jarak antara tempat sujud dan sutrah ialah sekadar saiz jarak yang membolehkan anak kambing melaluinya.  (bukan sebab hendak beri orang atau anak kambing melaluinya.  Ia adalah untuk anggaran jarak.)
  • Jika ada orang hendak melalui kawasan antara orang yang bersolat dan sutrah, maka hendaklah orang bersolat itu menahan dan melarang.
Semoga dengan mengetahui hal ini, kita semua dapat menghidupkan sunnah bersutrah ketika melakukan solat, in shaa’ ALLAH, amin.
Allahu A`lam.


Thursday, December 6, 2012

Resepi Nasi Dagang

Resepi Nasi Dagang

Alhamdulillah, hari ini saya berjaya memasak nasi dagang versi negeri Sembilan. Masak nasi dagang ini tidaklah terlalu susah. Jadi saya nak berkongsi resepi nasi dagang dengan anda semua. Saya telah ubah suai resepi ini ikut citarasa saya dan keluarga.

Bahan-Bahan

Bahan A ( Nasi Dagang )

Beras Nasi dagang ( saya guna beras faiza nasi dagang ) – sukatan ikut sukalah, hehe
Santan ( saya guna santan kotak sebab takder kolestrol ) – sukatan terpulanglah, hehe
Bawang besar ( dihiris halus )
Halia ( dihiris Halus )
Garam- secukup rasa
Gula-secukup rasa

Bahan B ( gulai )
Ikan ( saya biasa guna ikan tongkol hitam, tapi hari ni 1st time guna ikan tenggiri )
Lada kisar ( saya letak 3 sudu jer )
Bawang merah ( dikisarbawang putih ( dikisar )
Lengkuas ( potong besar untuk diletakkan dalam gulai )
Kerisik
Jintan putih ( baru 1st time guna..menyedapkan baud an rasa nampaknya, hehe)
Garam- secukup rasa
Gula - secukup rasa
Asam keping

Bahan C – pencuk@ acar sayur
Timun
Lobak
Bawang besar
Cili besar
Cuka makan
Gula
Garam

Cara memasak :

Nasi dagang

Rendam beras pada waktu malam
Kemudian toskan. Selepas itu dikukus beras tersebut sehingga separuh masak. Selepas separuh masak, gaulkan dengan santan yang telah dicampur dengan garam dan gula bersama-sama dengan bawang dan halia yang telah dihiris. Kemudian masak semula sehingga masak.

Gulai
·         Rebus dahulu ikan dengan asam keeping sehingga air agak kekeringan. Tujuannya untuk mengeraskan ikan ( betui ka, hehe ). Saya rebus guna 6 keping asam keeping.
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan jintan putih sehingga garing. Selepas itu masukkan cili kering yang telah dikisar dan kacau sehingga garing. Kemudian masukkan santan. Apabila agak sedikit kekuningan, masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Kemudian masukkan kerisik. Selepas itu masukkan ikan yang telah direbus tadi. Kemudian boleh dihidang  

Pencuk@ acar sayur

Potong kesemua bahan tersebut mengikut citarasa masing-masing. Kemudian campurkan garam dan gula secukup rasa dan lebih kurang sesudu cuka makan. Gaul dengan rata sehingga rasanya sebati. Selepas itu bolehlah dihidangkan.

Setelah siap semuanya, apalagi, makanlah..oppps..jangan lupa baca doa makan yer..jika tidak anda berkongsi dengan makhluk yang satu lagi tu…selamat mencuba semua…

 

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...