Thursday, May 26, 2011

Hari Guru 2011 : Terima kasih kerana menghargai



Walaupun hari guru telah lama berlalu, tetapi baru hari ini saya terasa ingin berkongsi cerita berkaitan sambutannya di sekolah saya. Secara keseluruhannya sambutan tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya. Ada Acara rasmi di awal pagi. Kemudian diikuti dengan acara sukaneka. Selepas itu pesembahan guru-guru dan pelajar serta pemberian anugerah kepada guru-guru. Dan kemuncaknya di akhiri dengan makan-makan. Bab makan yang paling best kerana ada kelainan sedikit. Selesai makan, petangnya ada acara bowling pula. Penat, tetapi bermakna.



Tahun ini juga ada guru-guru yang diberi peluang membuat ucapan dan ditayangkan dalam bentuk video. Saya adalah antara yang terpilih untuk menyampaikan ucapan. Selepas menonton, ramai yang bertanya, " cikgu nak pindah yer." Kenapa mereka bertanya begitu? kerana saya berdoa di dalam ucapan saya mudah-mudahan ini hari guru terakhir saya di SMK Taman daya 2 kerana saya ingin berpindah ke Seremban 2, Negeri Sembilan.

MAsih PoPuLARRR rupanya....





Alhamdulillah, terima kasih kepada anak didik kerana masih memilih saya guru popular tahun ini. Nampaknya ini tahun ketiga berturut-turut saya menerima anugerah ini sejak ia diperkenalkan. Mungkin kerana saya mengetuai Badan Disiplin tahap populariti saya masih tinggi. Biasalah, guru disiplin jarang disukai. Tetapi saya berharap popular saya di sini kerana rasa senang semua pelajar dengan saya, bukan kerana disebabkan unsur-unsur yang negatif.

Terima Kasih kerana memberi hadiah..




Alhamdulilah, terima kasih kerana telah meberi hadiah. Terutama sekali kepada isteri tersayang yang telah menghadiahkan buku Indahnya Hidup Bersyariat kepada saya. Tidak lupa juga kepada anak didik yang turut memberi hadiah kepada saya. Tidak sangka, ada lagi anak didik yang sudi beri hadiah kepada saya. Kebiasaannya semakin lama mengajar, hadiah akan semakin berkurang. Apatah lagi jika mengajar di menengah atas seperti tingkatan 4 dan 5, memang agak susah golongan yang agak besar ini hendak meberi hadiah kepada gurunya kerana mereka agak malu untuk berbuat demikian. Lain jika mengajar di tingkatan 1 atau 2, mungkin masih ada harapan untuk menerima hadiah yang banyak. Saya lihat, lagi kecil anak muridnya, lagi banyak cikgu mendapat hadiah hari guru. Jika tidak percaya, tengoklah cikgu-cikgu di sekolah rendah. Memang meriah dengan hadiah. Tetapi saya tak kisah pun jika mereka tidak memberi hadiah kerana bukan itu yang saya harapkan. Malah saya tidak berasa hati walau sedikitpun jika tidak menerima sebarang hadiah. ini kerana, pada saya hadiah yang paling istimewa ialah apabila anak didik saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek yang saya ajar. Ya, itulah hadiah paling bermakna dalam hidup saya yang bergelar guru ini.


Bersabarlah...

Tahun ini juga saya melihat cabaran lebih besar buat guru-guru di Taman Daya 2. Bersabarlah, Allah sentiasa bersama kita. Teruskan usaha gigih kalian kerana tanggungjawab mendidik itu lebih utama daripada memikirkan soal hati kita. Apapun, saya sangat-sangat memahaminya.

Semoga Berjaya anak didikku...

Kepada semua pelajar yang saya ajari, terutama sekali pelajar yang mengambil subjek prinsip perakaunan, saya berdoa semoga anda berjaya dengan cemerlang. Ingat, cikgu sentiasa risaukan keputusan SPM anda...

Maaf..

Akhir kalam, maaf jika ada terlanjur kata..

Wallahua'lam..

Saturday, May 21, 2011

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Dan Mengulas Buku Saya

Alhamdulillah, saya baru sahaja berjumpa dengan ulasan berkaitan buku saya yang pertama " HebatnyaCara Rasulullah Mendidik". Jika saya tidak tersalah pandang pengulas tersebut adalah pensyarah di Politeknik Merlimau. Terima kasih kerana telah membaca dan mengulas buku saya untuk perkongsian dengan masyarakat. Semoga Allah merahmati hidup anda. Sebagai perkongsian, ini linknya. Selamat membaca...

Contoh Pelarasan kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5, 2011

Saya Percaya ramai guru-guru dan pelajar yang tercari-cari contoh mencatat pelarasan bagi soalan projek PA tingkatan 5. Disini saya kongsikan contoh mencatat senarai pelarasan sebagai panduan. Maaf atas segala kekurangan. Semoga anda semua beroleh kejayaan.


Contoh Senarai pelarasan pada tarikh imbangan

a)

Stok akhir


Stok akhir dinilaikan pada harga kos RM 48600 dan harga pasaran RM 46800. ( Tentu anda tahu jawapannya)

b)

Susut nilai :


(i) Kendaraan disusutnilaikan sebanyak ?% mengikut kaedah garis lurus


susut nilai : RM XXXXXX X ?% X 1/12 = RM XXX


(ii) Lengkapan disusutnilai sebanyak ?% mengikut kaedah baki berkurangan


susut nilai : ( RM XXXXX- RM XX ) X ?% X 1/12 = RM XX

c)

Peruntukan hutang ragu diselaraskan X% atas baki penghutang bersih.


Peruntukan hutang ragu : RM ???? X ?% = RM XXX


Pengurangan / Penambahan peruntukan hutang ragu : RM XX - RM XX = RM XX

d)

2 Item belanja terakru


(i) Belanja ????? masih lagi terakru sebanyak RM XXX


Belanja terakru : RM XXXX - RM XXXX = RM XXX


(ii) ????????? Fikirkan



e)

1 Item belanja terdahulu


Belanja ? masih lagi terdahulu sebanyak RM XX


? terdahulu = RM XXX - RM XX = RM XXX

f)

1 Item hasil terakru


Hasil ? masih lagi terakru sebanyak RM XXX


? terakru : RM XXX + RM XXX = RM XXX

g)

Pembetulan kesilapan :


(i) ???? belum catat dalam mana-mana buku




(ii) ????????????? Fikirkan


(iii) ?????????????? Fikirkan





What u give…U get back

Benar, apa yang anda berikan pada orang lain, anda akan mendapatkannya semula. Tidak percaya? Terpulanglah kepada anda. Saya masih teringat satu kisah yang disebut oleh seorang motivator yang telah menceritakan tentang duit yang dia bayar kerana membeli barang yang mana salah satu daripada wang yang dibayar itu terdapat wang yang telah berconteng. Katanya, semasa membayar dia telah menyembunyikan wang tersebut di antara wang-wang yang lain semasa membayar supaya tuan kedai tidak perasan. Tahukah anda apa berlaku selepas itu? Tidak berapa lama, dia telah menerima kembali wang yang turut diconteng yang dipulangkan oleh orang lain semasa dia membeli barang atau mengunakan perkhidmatan teksi. Saya lupa, tetapi lebih kurang begitulah ceritanya.

Apa mesejnya?

Mudah sahaja, what u give, u get back. Apa yang anda beri akan dapat kembali. Anda marah kerana orang tidak menghormati anda, tetapi anda sendiri tidak pandai menghormati orang lain. Anda marah kerana orang lain tidak mengikut kata anda, sedangkan anda sendiri tidak melakukan apa yang dikata. Anda marah kerana orang tidak ada amanah, sedangkan anda sendiri tidak amanah. Senang cakap, cakap tak serupa bikin.

Sepatutnya, konsep muhasabah itu perlu diamalkan dalam organisasi. Apabila hendak menegur, tegurlah diri terlebih dahulu. Sudahkan anda melaksanakan apa yang dikatakan sebelum mengatakan pada orang lain. bercakap memang mudah, tetapi yang mendengar dan menerima bukan mudah. Mengkritik itu mudah, tetapi yang menerima kritikan itu bukan mudah. Apatah lagi orang yang mengkritik itu kadangkala lebih teruk daripada yang dikritik.

Rindu PadaMu ya Rasulullah SAW

Ya Rasulullah, daku rindu padamu. Apabila melihat kepada apa yang berlaku, rinduku kepadamu semakin menebal. Persoalan dijiwaku, mengapa mereka tidak melihat akhlakmu yang begitu merendah diri biarpun berada dikedudukan yang begitu istimewa disisiNya. Dikau begitu dikagumi, dihormati, malah digeruni oleh musuh-musuhmu. Tetapi dikau menjahit sendiri pakaianmu, mengangkat kayu api ketika kembara bersama sahabat-sahabatmu. Ya Rasulullah, dikau terlalu mulia, tetapi dikau begitu penyabar dan lembut dengan orang bawahanmu. Dikau juga sudi menerima teguran dan cadangan daripada sahabatmu. Malah cadangan itu dilaksanakan olehmu. Ya, lihatlah kisah Salman al-Farisi dalam peristiwa perang Khandak jika tidak silap saya. Malah Umar, sahabat yang begitu terdidik olehmu juga menerima teguran oleh orang di bawahnya. Walaupun tegurannya begitu kasar. Ya, mengangkat pedang sambil menegur Umar, bukankah itu kasar namanya. Tetapi umar menyantuninya....hebat..

Dikaulah Contoh terbaik buat kami Ya Rasulullah! Tiada siapa yang berhak menafikannya. Kerana kehebatanmu jualah daku umatmu yang serba lemah dan daif ini menjadikanmu sumber inspirasiku semasa menulis. Semoga daku terus diberi kekuatan untuk berkata benar, menegur kerana kebenaran dan melakukan yang benar. Sesungguhnya kuasa yang terhebat itu kuasa Allah. Ingat Razali Saaran, jangan sombong dengan apa yang ada padamu !

Friday, May 20, 2011

Ukur Baju Di BAdan Sendiri

Ini adalah tips ketiga dalam merancang kewangan keluarga. Untuk memastikan belanjawan keluarga sentiasa dalam keadaan yang baik dan terkawal, maka pastikan anda mengukur baju di badan sendiri ketika membeli. Apa maksudnya? Mudah sahaja, apabila hendak membeli tanyalah kemampuan diri anda. Jangan membeli ikut nafsu ataupun ikut rasa hati. Membelilah dengan penuh rasa sedar diri. Sedar diri di sini bermaksud, anda perlu tahu bahawa ada banyak lagi barang keperluan lain yang sedang menunggu dibelakang sana untuk diberi keutamaan.

Membeli@tidak?

Senang sahaja jawapannya. Tengok keperluan samada perlu membeli atau tidak. Misalnya perabot, adakah perabot yang ada masih boleh dipakai atau tidak. Jika memang yang ada sudah tenat dan perlu ditukar, maka belilah. Cuma satu nasihat saya, bagi barang yang bukan dalam kategori keperluan asas nilailah dengan sebaik-baiknya adakah perlu membeli atau tidak disaat ekonomi yangh tidak begitu stabil ini. Namun jika benar-benar diperlukan dan sekiranya tiada akan menyebabkan masalah maka belilah. Contohnya barang keperluan asas beras, jika tidak dibeli macam mana hendak makan? Tetapi belilah beras yang sesuai dengan kemampuan. Jangan kerana hendak menunjuk-nunjuk akhirnya anda membeli beras dengan ukuran baju yang salah. Akhirnya wang ditangan semakin menipis dan barang keperluan lain terpaksa diabaikan kerana bajet sebenar telah ’lari’. Bila bajet lari, banyak masalah akan timbul. Terutama sekali apabila sampai ketahap terpaksa meminjam. Oleh itu, saya menyeru diri saya dan anda semua agar beringatlah ketika berbelanja. Ukurlah baju di badan sendiri supaya belanjawan keluarga dalam keadaan terkawal. Jadilah pengguna yang waras dan bijak semasa membeli.

InsyaAllah beberapa tips dari saya akan menyusul. Sekian dari saya, wallaua’lam..

Tuesday, May 17, 2011

Jadi Pengguna yang bijak..Buat Pilihan yang betul!

Kali ini saya nak berkongsi tips yang kedua berkaitan dengan belanjawan keluarga. Petang tadi saya sudah bercerita tentang bagaimana membuat belanjawan mudah. Sekarang saya ingin berkongsi bagaimana membuat pilihan yang tepat semasa membeli barang.

Sekiranya anda ke kedai@ mana-mana pasaraya, janganlah membuat belian sebelum membuat pilihan yang betul. Ada banyak pendekatan yang boleh digunakan. Antaranya buat perbandingan antara beberapa produk berdasarkan harga dan kualiti. Misalnya barang A, harga murah tetapi kualiti baik. Maka lebih baik beli barang tersebut daripada membeli barang B yang berjenama, berharga mahal dan kualitinya sama seperti barang A. Kurangkan menilai barang@produk pada jenamanya sahaja. Sebaliknya nilai berdasarkan harga dan kualitinya. setiap barang ada kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri.

Kedua dengan membandingkan jenama yang sama berdasarkan berat bersihnya. Ini sesuai untuk pengguna yang setia pada produk yang sama. Maka lihatlah pada berat bersihnya. Misalnya jika anda membeli syampu. Jika harga sebotol kecil syampu yang berat bersihnya 250ML dengan harga bernilai RM 12.00, sedangkan pada berat bersihnya 800ML dengan harga bernilai RM25.00, maka langkah penjimatan terbaik ialah dengan membeli syampu yang bersaiz besar. ini kerana jika dihitung, berat bersih 800ML itu sama dengan 4 botol bersaiz kecil. Bayangkan berapakah kadar penjimatannya? Tentu anda pandai mengira bukan? Saya bukan bercerita dongeng dengan anda, saya baru mempraktikkannya semasa membeli belah di sebuah pasaraya petang tadi. Memanglah kena berbelanja lebih sedikit, tetapi sebenarnya apabila anda membeli produk yang bersaiz besar, anda telah menjimatkan wang anda.

Ketiga, sekiranya anda telah memilih, tetapi harganya masih kelihatan tinggi dan produk tersebut bukan produk yangbegitu terdesak untuk diguna, maka tangguhkan dahulu pembeliannya. Bersabar sedikit dan carilah ditempat lain. Mungkin ada kawasan-kawasan berhampiran yang mampu menawarkan harga yang lebih murah. Tetapi sekiranya tempat yang lain itu agak jauh, maka belilah di tempat tersebut kerana kos untuk pergi ke tempat lain mungkin menyebabkan kos lebih tinggi berbanding membeli ditempat tersebut.

Perdekatan keempat, belilah disaat jualan murah sedang berlangsung. Kenapa hendak menyiksa diri berbelanja lebih. Bagi barang-barang keperluan dapur, belilah dengan jumlah yang banyak sedikit kerana promosi hebat bukan dijalankan setiap hari. jadi, dengan membeli lebih boleh dijadikan stok untuk tempoh yang agak panjang. Bukankah dapat berjimat sedikit dalam tempoh yang agak panjang.

Baiklah, saya kira cukup dahulu perkongsian untuk kali ini, insyaAllah dilain masa kita berkongsi lagi. Cuma, saya ingin mengingatkan anda sekali lagi, jadilah pengguna yang bijak. Berbelanjalah mengikut keperluan. Dahulukan yang penting, abaikan mana yang tidak perlu. Apa yang penting, pilih dahulu sebelum bayar kerana anda berhak memilih apa yang terbaik untuk anda..Salam ukhwah daripada saya, perunding kewangan tidak bertauliah.

Wallahua'lam

Hakcipta Razali Saaran

Belanjawan Keluarga

"Mahalnya?"...itu adalah ayat yang saya sebutkan kepada seorang pekerja yang menjaga bahagian basah di sebuah pasaraya. Lalu dia menjawab " kat luar lagi mahal bang."..Betullah tu, kalau di sini pun tinggi, di luar sana lagi tinggi harganya.."saya mengakhiri perbualan...

Saya sangat percaya bahawa semua orang akan bersetuju jika saya mengatakan nilai wang kita semakin kecil. Bukan saiznya mengecil, tetapi keupayaannya untuk membayar semakin mengecil. Bawa duit besar ke kedai, pulang ke rumah membawa barang yang kecil sahaja..jika besarpun kualitinya semakin mengecil juga.

Oleh kerana kos semakin hidup semakin tinggi, nilai wang semakin kurang maka amat perlu kita merancang kewangan agar tidak berlaku masalah dalam kewangan. InsyaAllah hari ini saya ingin berkongsi tips mudah membuat belanjawan keluarga. Saya memang sudah lama mengamalkannya dan ia sangat-sangat membantu.

Contoh :

Pendapatan :

Gaji ( suami + isteri ) RM 3500



( - ) Perbelanjaan

Bil2 RM 200
Anak2 RM 500
Kereta RM 500
Rumah RM 700
Dapur RM 800
Lain2 RM 500 RM 3200

Baki ( saving ) RM 300

contoh di atas itu hanyalah contoh sahaja. Anda semua boleh menyesuaikan dengan keadaan keluarga anda sendiri. Apa yang penting, rancanglah perbelanjaan. Jangan dibelanjakan duit pada perkara yang tidak perlu dan utamakan perkara yang penting terlebih dahulu. Sekiranya terdapat lebihan, simpanlah untuk keperluan akan datang. NAsihat saya, utamakan perbelanjaan yang paling penting seperti anak2, dapur, bil2 dan yang melibatkan bank.

Sekian perkongsian untuk kali ini. Ingat, orang yang paling kaya itu adalah orang yang sentiasa berbelanja seperti orang miskin di saat dia berkeupayaan untuk berbelanja lebih..

wallahua'lam..

Hakcipta Razali Saaran

Monday, May 16, 2011

Durian Runtuh Untuk Guru Januari Depan

Alhamdulillah...Terima Kasih..Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan..

Durian Runtuh Untuk Guru Januari Depan - Najib

Sumber : mStar Online

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Jan depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.

Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di sini, beliau berkata kerajaan telah memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru.

Pelancaran sambutan Hari Guru bertema "Guru Penjana Transfromasi Pendidikan Negara" itu di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan.

Perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima kaedah kenaikan pangkat iaitu kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang.

Najib berkata sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan berkenaan dan dalam memartabatkan profesion keguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya berdasarkan tempoh perkhidmatan perlu diberi nafas baru.

"Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun," kata Perdana Menteri.

Katanya, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya.

Kaedah baru kenaikan pangkat diperkenalkan khusus kepada guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) iaitu guru wibawa dan pendeta guru, yang akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan pertamanya, katanya.

Beliau berkata pewujudan lapisan tersebut, termasuk guru biasa, guru kanan, guru wibawa dan pendeta guru, akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.

Melalui konsep guru wibawa dan pendeta guru itu, Najib berkata laluan kerjaya guru dalam PDP akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred DG54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.

"Satu lagi berita baik bagi mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya sambil menambah bahawa mereka boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Namun guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan, katanya.

Beliau berkata kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak seratus peratus dengan menambah sejumlah 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep guru wibawa dan pendeta guru.

Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan sebagai membuktikan lagi kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan, katanya.

Beliau berkata manakala semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44 dinaikkan ke gred DG48, akan melibatkan 6,585 jawatan.

Najib berkata semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster turut dinaikkan dari gred DGA32 ke gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan.

"Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang pemimpin, pentadbir, doktor, peguam, akauntan, jurutera, ahli sukan atau apa jua pun kerjayanya, telah terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru," katanya. - BERNAMA

Sunday, May 15, 2011

Ucapan PM yang bermakna.."Selamat Hari Guru, Cikgu.."

Secara peribadi, saya cukup seronok mendengar ucapan selamat hari guru yang diucapkan oleh YAB PM kita. Entahlah, mungkin intonasinya beserta perkataan "cikgu" dihujungnya menyebabkan saya begitu seronok mendengarnya. Sehinggakan apabila anak sedang bercakap, saya suruh diam sekejap kerana hendak mendengar sebutan " Cikgu" yang beliau ucapkan. Terima Kasih YAB Dato' Seri atas ucapan yang bermakna itu.

Jika diperhatikan, kekerapan ucapan selamat hari guru ditelivisyen agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Terima kasih atas perubahan tersebut dan sesungguhnya ianya Satu perubahan yang baik kerana jasa guru terlalu besar kerana jatuh bangunnya bangsa kerana ilmu yang guru curahkan.

Kepada semua guru, selamat hari guru..terutama sekali kepada Isteri tercinta, Hazalila Abdul Halim. Semoga Sayang tabah dalam menyampaikan ilmu. Kepada guru-guru di smktd2, selamat hari guru juga. Kuatkan semangat dan bersabarlah selalu..

Selamat hari guru..

Wednesday, May 4, 2011

Nilam Guru, buku saya menjadi mangsa !

Wah, ganasnya tajuk. Agaknya mungkin itu yang sedang bermain di minda anda. Ataupun ada yg sedang mengatakan tajuk ini lari sangat dengan isu sebenar. Biasalah, ini adalah pendekatan psikologi. Kalau nak berjaya dalam perniagaan, pendekatan psikologi, terutama dalam urusan promosi mesti digunakan. Bukan apa, sekadar hendak menarik perhatian umum. Oklah, tak mahu berceloteh panjang, sebenarnya sekadar ingin berkongsi cerita ini. Baca di link ini ye. Apapun terima kasih kerana sudi membaca dan menggunakan buku saya yang tidak seberapa itu.

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...