Saturday, August 28, 2010

Takkan Melayu Hilang Didunia......

Saya adalah orang melayu..Mungkin juga anda yang sedang membaca tulisan ini juga adalah orang melayu. Sebagai orang melayu, saya begitu bangga kerana dijadikan Allah berbangsa melayu kerana di dalamnya begitu kaya dengan adab resam dan cara hidup yang penuh kelembutan. Dari segi bicaranya, madahnya, petua-petuanya,seni warisan budayanya seperti silat dan tarian sudah cukup menunjukkan bahawa melayu ini begitu lembut jiwanya. Orang melayu juga begitu penyabar, sangat bertoleransi dalam bermasyarakt serta begitu mudah memaafkan.

Tetapi kini Melayu sudah berubah. Kini melayulah juara buang anak, merempit, dadah, zina, dan bermacam-macam lagi juara dalam perkara yang pelik-pelik. Namun mereka ini jugalah yang sentiasa berkata melayu takkan hilang didunia. Benar, Melayu takkan hilang, tetapi Nilai Islam sedang semakin hilang dari kehidupan mereka. kerana itulah orang melayu sekarang semakin hilang nilai asal kemelayuannya kerana mereka secara perlahan-lahan meninggalkan pegangan Islam yang telah lama bersarang dalam diri mereka.

Lihatlah Andalusia, satu tamaddun yang hebat suatu ketika dahulu. Mereka tidak hilang, tetapi Islam hilang daripada mereka. Akhirnya bagaimanakah kehidupan mereka? Begitu juga dengan Turki suatu ketika dahulu ketika mana bapa sekular Turki, kamal Altartuk memerintah Turki sehingga berjaya mengeluarkan nilai islam dalam diri rakyatnya. Ya Islam masih bersama mereka, tetapi Nilainya telah hilang. Akhirnya apa berlaku kepada mereka? Kini orang melayu di Malaysia sudah mula menonjolkan ciri-ciri kehidupan barat yang begitu merunsingkan. Kehidupan yang begitu berbeza sekali dengan nilai kemelayuan yang sebenar yang berpaksikan kepada Islam. Saya secara jujurnya begitu takut dengan fenomena yang begitu tidak sihat ini. Saya yakin dan percaya melayu tidak akan hilang, tetapi yang mungkin hilang adalah nilai islam dalam diri mereka...Jika ini berlaku, apakah nilai melayu ini di sisi ALlah. Adakah kita akan menjadi bangsa yang akan dihormati? Atau bangsa yang bisa diteladani? Fikir-fikirkanlah wahai bangsaKu..

"Ya Allah, Engkau peliharalah bangsaku yang tercinta ini dari kemurkaanmu dan jadikanlah kami hambamu ini dari kalangan umat yang dihormati. Dan kekalkanlah keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama ini agar kami semua dapat hidup dalam kesejahteraan dan penuh toleransi. Jauhkahlah persengketaan di antara kami dan mantapkanlah kesatuan di antara kami yang berbilang bangsa dan agama ini. Mudah-mudahan Malaysia akan menjadi negara yang kuat dan disegani."

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat Menyambut Hari Merdeka Buat Semua...

Sayang Malaysia...Sayang Rakyat Malaysia...

Friday, August 20, 2010

CARA-CARA SOLAT TERAWIH


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Saya baru terbaca posting berkaitan soal-jawab terawih. Alhamdulillah terjumpa
artikel yang menarik ini. Tulisannya begitu santai, tapi begitu bermaklumat dan bermakna bagi sesiapa yang masih tercari-cari bagaimana hendak sembahyang terawih di rumah bagi yang tidak berkesempatan ke masjid disebabkan keuzuran tertentu. Baiklah, selamat membaca...


Sumber : http://spike-nuox.blog.friendster.com/2008/09/cara-cara-solat-terawih/

Soalan-Soalan Yang Dikemukakan….

Sembahyang terawih ni sebenarnya berapa rakaat? Kenapa ada yang 8 rakaat, ada yang 20 rakaat?

Rasulullah s.a.w sebenarnya buat 8 rakaat aje. Khalifah Umar al-Khattab lah yang mulakan 20 rakaat yang kebanyakan orang Islam seluruh dunia buat sekarang. So terpulanglah pada masing2, nak buat 8 ke 20, tak salah, yang penting misti rileks dan khusyuk agar diterima Allah.

Nak terawih sorang sorang niat dia apa?

Usolli sunnat-at-Tarawaih rak ‘ataini Llillahi Ta’ala
(Sahaja aku solat tarawih dua rakaat sendiri kerana Allah Ta’ala)

Nak terawih ikut imam niat dia apa?

Usolli sunnat-at-Tarawaih rak ‘ataini ma’muman Llillahi Ta’ala
(Sahaja aku solat tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta’ala)

Boleh tak sembahyang tarawih sorang sorang kat rumah?

Tarawih tu sunat, tak wajib, jadi suka hati lah. Tapi, kalau buat jamaah
tu, orait jugak. Pahala 27 kali ganda campur lagi pahala setiap langkah
pegi masjid, campur pahala niat iktikaf kat masjid, campur gugur dosa bila
bersalaman dengan jemaah, campur pahala solat sunat tahyat masjid dll. Kat
akhirat boleh tolong kita woooo……

Kalau saya sembahyang sorang sorang kat rumah nak baca apa?

Baca apa2 yg kau nak ler..Tapi kalau mengikut kebiasaan, selepas baca
Al-Fatihah, kita ikut susunan Al-Quran dari ayat yang tinggi ke ayat yang
rendah. Sebagai contoh ada imam2 baca berikut:

Tarawih Petama :
1st Rakaat - Al Takathur (”Alhakumuttakthur…”)
2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)

Tarawih Kedua :
1st Rakaat - Al-Asri (”Wal ‘Asri…”)
2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)

Tarawih Ketiga:
1st Rakaat - Al-Humazah (”Wailullikulli humazah…”)
2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)

Tarawih Keempat :
1st Rakaat - Al-Fil (”Alam tarakai….”)
2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)

Tarawih Kelima :
1st Rakaat - Al-Kuraisy (”Li i la fi quraisy…”)
2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)

Tarawih Keenam :
1st Rakaat - Al-Maun (”Ara aitallazhi…”).
2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)

Tarawih Ketujuh :
1st Rakaat - Al-Kauthat (”Inna A’taina..”).
2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)

Tarawih Kelapan :
1st Rakaat - Al-Kafirun (”Kul ya Aiyyuhal kafirun…”).
2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)

Tarawih Kesembilan :
1st Rakaat - Al-Nasr (Iza jaa’a )
2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)

Tarawih Kesepuluh :
1st Rakaat - Al-Lahab (”Tabbat ya da…”).
2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)

Witir Pertama :
1st Rakaat - Al-A’la (”Sabbihismarabbikal A’la….”).
2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)

Witir Kedua :
Satu rakaat jek - Bacaan Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)
sambung Al-Falaq (”Kul A’uzubirabbil Falaq)
sambung An-Nas (”Kul A’uzubirabbinnas”)

Ni sume sekadar guideline je yang biasanya diamalkan di sini. Ada jugak yang baca satu juz dalam satu Tarawih, seperti di Masjidil Haram, di kebanyakan masjid masjid di middle-east dan Europe, di sesetengah masjid di Indonesia dan Malaysia dan di masjid Bukit Batok.

Kalau sembahyang 8 rakaat baca apa?
Ikut je susunan bacaan di atas dari Tarawih ketujuh sampai ke sepuluh.

Witir tu sama dengan tarawih ke?
Tak lah, kan niat dia lain. Witir tiap2 malam boleh buat, tak payah tunggu bulan Ramadan. Tarawih hanya boleh dilakukan eksklusif dalam bulan Ramadan, sebagaimana
ditetapkan Allah.

Kalau tak sembahyang witir boleh? Tarawih je….
Witir tu kan macam penutup, kan? Eloklah kalau kita buat witir, eh? Apasal kat masjid2 ramai orang keluar lepas 8 rakaat, lepas witir dll. Diorang nak keluar diorang punya sukalah. Rata2 yang keluar lepas 8 rakaat tu biasanya pasal nak ikut sunnah, buat lapan cukup. Yang keluar lepas witir tu pasal solat witir tu kira macam ‘to wrap up the night’, so mungkin diorang2 ni nak sambung sembahyang tahajjud, sembahyang hajat dll kat rumah sendiri, jadi tak mau bungkus dulu.


KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH !


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..
· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. diantara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah:

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Sumber : http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06


Monday, August 16, 2010

Keajaiban sedekah, terjemahan Quran terbaik dan diabetis yang terabai

Tulisan ini saya petik daripada tranungkite.net. Secara peribadi saya begitu mengkagumi gaya menulisan Saudara Ahmad Lufti sejak dahulu lagi. Masih segar tulisan-tulisan beliau dalam majalah Tamadun dan detik suatu ketika dahulu. Atas dasar minat dan kagum maka saya masukkan posting terbaru saya berkaitan tulisan beliau berkaitan kesihatan ini. Saya telah membacanya. Walaupun tulisannya santai, tetapi mesejnya segar. Selamat membaca semua!



Oleh : AHMAD LUTFI OTHMAN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Ramadan terbukti bulan keberkatan yang melimpah ruah. Dorongan untuk melakukan kebaikan begitu mudah diikuti. Masjid dan surau penuh bercahaya. Iktikaf dilazimi. Kemanisan beribadah benar-benar dikecapi. Lidah basah dengan zikir. Al-Quran dibaca penuh penghayatan dan ditekuni maknanya. Ramai menempah kitab terjemahan al-Quran sejak Syaaban lagi.

Seorang sahabat dari Johor mengirim SMS: "Akhi, mahu kita berlumba khatam Quran?" Saya tahu dia sekadar mengingatkan suatu amalan mulia.

"Apa azam anta?" tanya saya.

"3 kali (khatam)," balasnya.

Jangan lupa al-Kahfi

Sebelum ini pun, hampir setiap subuh Jumaat, SMSnya tidak pernah absen: "Lutfi, jangan lupa Al-Kahfi."

Ramadan turut memancarkan keunggulan bersedekah. Berlumba-lumba masyarakat menyumbang untuk juadah berbuka, terutama di masjid.

Seorang rakan memberitahu senarai penyumbang berbuka sepanjang Ramadan di masjid dekat rumahnya sudah penuh sejak hari pertama puasa lagi.

Apabila saya minta rakan sekerja bertanyakan sebuah masjid dekat pusat bandaraya yang menjadi tumpuan ramai berbaris panjang mendapat bubur lambuk, katanya, "tiada peluang kita menyumbang sebab sudah ada penaja sepanjang Ramadan".

Maksud hadis Nabi: "Sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, maka baginya pahala orang berpuasa."

Dalam pada itu, solat tarawih masjid-masjid di Selangor khabarnya meriah sekali. Fenomena ini nampak terserlah selepas Pakatan Rakyat memerintah. "Macam solat Jumaat, siap kena ada sukarelawan bagi memudahkan parking," tambah rakan tadi.

"Kita berdoa moga dapat istiqamah sampai malam Aidilfitri nanti. Tak sedap juga kalau hanya bersemangat di awal puasa sahaja," ujarnya lagi.

Gandaan pahala sedekah

Sememangnya gandaan pahala sedekah dan menderma di hari-hari biasa - apatah lagi di bulan Ramadan - dipamerkan dalam banyak hadis Rasulullah s.a.w.

Antaranya: "Sesungguhnya Allah Taala menggandakan di kalangan kamu (pahala derma) sebiji kurma atau sesuap makanan, sebagaimana digandakan di kalangan kamu ternakan anak kuda atau anak unta, sehingga derma itu menjadi sebesar gunung Uhud." Dan dalam hadis riwayat Ahmad, maksudnya: "Tidak akan berkurangan duit orang yang bersedekah."

Di sini saya nukilkan kembali kisah tentang keajaiban sedekah, yang dipetik dari buku Ajaibnya Sedekah: Semakin Bersedekah Semakin Kaya, terbitan PTS. Moga-moga kita beroleh manfaat bersama.

Kisah teladan cukup bermanfaat

Sebaik pulang dari rumah Nabi, Ali bin Abu Talib menemui isteri tercintanya, Fatimah az-Zahra dan bertanya: "Wahai wanita mulia, adakah kamu mempunyai manakan untuk suamimu?"

Fatimah menjawab: "Demi Allah, saya tidak mempunyai makana sedikit pun. Tetapi ini ada enam dirham yang saya terima daripada Salman sebagai upah memintal. Saya mahu belikan makanan untuk Hassan dan Husain." Ali berkata: "Biar saya sahaja yang pergi membeli makanan."

Fatimah segera menyerahkan enam dirham itu kepada suaminya. Ali keluar lagi bagi membeli makanan. Di tengah jalan, Ali bertemu seorang lelaki yang berkata: "Siapa yang mahu memberikan pinjaman kepada Tuhan yang maha pengasih dan selalu menepati janji?"

Tanpa berfikir panjang, Ali menyerahkan semua wangnya sebanyak enam dirham. Lalu dia pulang dengan tangan kosong. Fatimah, yang melihat suaminya pulang tanpa membawa makanan, menangis. Ali pun bertanya: "Wahai Fatimah mengapa kamu menangis?"

"Wahai suamiku, kamu pulang tanpa membawa apa-apa," kata Fatimah. Ali menjawab: "Aku meminjamkan wang itu kepada Allah."

Fatimah berkata: "Sekiranya begitu, saya menyokong tindakanmu." Ali kemudian keluar rumah lagi dan berniat hendak menemui Nabi s.a.w. Di tengah jalan seorang Arab Badwi yang sedang menuntun seekor unta menghampirinya, dan berkata: "Wahai Aba-al Hassan, belilah unta ini."

Ali berkata: "Saya tidak mempunyai wang." "Kamu boleh membayarnya pada bila-bila masa," kata Badwi itu. "Berapa harganya?" tanya Ali. "Tidak mahal, 100 dirham sahaja."

"Baiklah, saya beli," kata Ali yang kemudian meneruskan perjalanannya menuntun unta. Baru beberapa langkah Ali berjalan, seorang Badwi lain menghampirinya dan bertanya: "Hai Abu Hassan, adakah kamu hendak menjual unta ini?" "Ya," jawab Ali.
"Berapa?" Tanya Badwi itu. "300 dirham," jawab Ali.

"Baiklah saya beli," kata Badwi itu dan terus memberikan wang RM300 dirham kepada Ali.

Ali segera pulang ke rumah kerana hendak menceritakan peristiwa itu kepada Fatimah. Setibanya di rumah, Fatimah bertanya: "Apa yang kamu bawa itu wahai Abu Hassan?" "Wahai Fatimah, saya membeli seekor unta dengan harga 100 dirham, kemudian saya menjualnya dengan harga RM300 dirham," jawab Ali.

Seterusnya Ali pergi menemui Nabi s.a.w. di masjid. Melihat Ali sampai di masjid, Nabi tersenyum dan berkata: "Wahai Abu Hassan, adakah kamu mahu bercerita ataupun biarkan saya sahaja yang bercerita?"

"Kamu sahaja yang bercerita, wahai Rasulullah," kata Ali. "Hai Abu Hassan, tahukah kamu siapa orang Badwi yang menjual unta dan Badwi yang membeli unta daripada kamu tadi?" Ali menggeleng: "Tidak, Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu."

Nabi menjelaskan: "Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan enam dirham kepada Allah. Allah memberikan kembali kepadamu 300 dirham. Setiap satu dirham mendapat ganti 50 dirham. Orang Badwi yang pertama menemuimu itu adalah malaikat Jibrail dan yang kedua adalah malaikat Mikail."

II. TERJEMAHAN AL-QURAN TERBAIK DAN PENJAGAAN KESIHATAN

Terjemahan al-Quran yang dekat di hati saya sehingga kini masih Pimpinan Ar-Rahman, terbitan Darul Fikir yang diusahakan oleh Jakim. Versi jawinya, memang tebal, lebih 1,500 halaman, tetapi cukup memikat dan mengesankan sekali.

Saya rasa ia mungkin terjemahan terbaik dalam bahasa Melayu. Kitab besar ini diusahakan (diterjemah serta diberi penjelasan) oleh Sheikh Abdullah bin Muhammad Basmeih, yang dimulakan oleh Ustaz Faisal Othman, dan disemak dan disahkan oleh Dato' Muhammad Npor Ibrahim, bekas Mufti Kerajaan Negeri Kelantan. Cetakan pertamanya pada tahun 1968.

(Saya kira alangkah elok jika pihak penerbit dapat mengemaskinikan bentuk kitab ini, terutama dalam edisi rumi, yang lebih mesra pembaca. Untuk edisi jawi, rasanya sudah cantik. Kitab ini sepatutnya dimiliki oleh setiap rumah Muslim).
Bagaimanapun, untuk menghadiahkan kepada rakan-rakan sempena Ramadan saya berhasrat mencari yang lebih nipis dan ringan. Anak saya menunjukkan kitab terjemahan yang nampak menarik, terbitan Al-Hidayah House of Quran.

Penerbit berjaya

Pejabat penerbitnya dekat Batu Caves, berhampiran PTS juga. Saya pernah berurusan dengan pemiliknya, Kamaluddin Ibrahim, lama dahulu semasa saya aktif menerbitkan buku-buku politik dari rumah di Selayang Baru. Melihat senarai buku-buku best seller syarikatnya, ternyata beliau kini seorang penerbit yang cukup berjaya.
Lama tidak berjumpa dengannya. Namun dalam pertemuan Rabu lalu, kami lebih banyak bercerita soal kesihatan. Tentu sahaja hal pembedahan pintasan jantung saya dan perkembangan pemulihannya.

Saya segera teringat nasihat seorang ibu tua dari Surabaya, Indonesia, semasa menemani anak sulungnya menjalani rawatan angioplasti di sebuah pusat perubatan dekat KLCC.
Ketika itu saya terbaring di katil, juga menunggu giliran masuk ke bilik bedah.
"Yang penting kena jaga ini," kata ibu peramah itu kepada isteri saya, sambil melekapkan jarinya ke mulut.

Jahatnya mulut

"Jahat ini ... jahatnya mulut, di sinilah bermulanya bermacam-macam penyakit," tambahnya. Berdasarkan bual bicaranya, jelas dia mempunyai kefahaman yang tinggi terhadap penjagaan kesihatan. "Selain jaga mulut, exercise juga penting, malah amat penting," pesannya lagi.

Sepanjang menunggu - dilihat daripada riak dan geraknya di hadapan katil saya, beliau pasti gementar dan cemas - ibu tadi tidak henti-henti berdoa, menurut amalan agamanya, rasanya Kristian, dalam bahasa Melayu yang fasih. Anak lelakinya tersumbat hampir 100 peratus pada empat saluran darah ke jantung.

Sebaik anaknya disorong keluar, saya pula masuk, dan 30 minit kemudian, saya dimaklumkan bahawa operasi angioplasti ketiga saya itu gagal dan perlu "by-pass".
Semasa mengucapkan selamat tinggal kerana dia dan keluarganya harus bergegas balik ke Surabaya, ibu yang sudah kembali berwajah ceria itu berkata sambil tersenyum: "Moga ketemu lagi ... tapi jangan di sini, ya."

Saya bersetuju apabila Kamal menyatakan budaya pemakanan orang Melayu perlu diperbetulkan. Katanya, lihat saja berapa ramai anak Melayu kini yang mengalami obesiti. "Ramai orang kita bukan saja gemuk, malah terlalu gemuk. Dan ia sudah satu keadaan yang biasa kita tengok di mana-mana."

"Apa tidaknya, pagi nasi lemak dengan ayam, tengahari nasi dengan ayam, malam nasi goreng dengan ayam. Di restoran pula order teh tarik gelas besar, dan kedai-kedai makan berlumba-lumba menawarkan jus gelas paling besar," tambahnya.

Jangan ambil mudah diabetis


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Strok boleh melumpuhkan anak-anak muda di bawah 30 tahun. Diabetis pula semakin "kejam" apabila anak-anak yang belum bersekolah pun tidak lagi selamat. Lima tahun lalu, dianggarkan 8 peratus penduduk Malaysia menghidap kencing manis dan tinjauan di hospital-hospital seluruh negara mendapati hanya 10.5 peratus pesakit diabetik berada dalam keadaan "under control". Seorang daripada 3 pesakit tidak menerima rawatan yang sepatutnya.

Sepanjang 20 tahun menghidap diabetik, selalunya semasa berjumpa doktor, saya selalunya akan ditanya soalan wajib, "jaga tak makan?"

Tersipu-sipu saya membalas perlahan, "jaga sikit-sikit."

Mendengar alasan itu, doktor cepat membidas, "tak ada jaga sikit-sikit, itu tandanya awak tak jaga makan."

Mengenali rakan-rakan yang turut menderita penyakit sama, saya perhatikan majoriti daripadanya bukan "pantang makan" tetapi "pantang tengok!"

Ramai lagi yang langsung tidak mengetahui kaedah merawat diabetis. Meskipun kesannya cukup buruk, seperti kerosakan serius pada saraf, buta mata, dipotong kaki, kegagalan buah pinggang, tersumbat arteri, mereka - termasuk saya - mengambil mudah sehinggalah petaka benar-benar terjadi!

Dipetik dan diubahsuai daripada www.tranungkite.net

Sunday, August 15, 2010

emmm...bestnyer nasi beriyani...

Emmm, hari ini saya dan isteri masak menu nasi beriyani, ayam goreng rempah dan dalca kambing. Isteri dah lama sangat nak makan dalca kambing. Alhamdulillah dapat juga dibuat hari ini di bulan ramadhan yang penuh berkat. Rasanya belum tahu macam maner. Tapi daripada mata yang melihat, emm 'no' komenlah. InsyaAllah kalau menjadi, boleh buat lain kali untuk dihidang pada kawan-kawan. Salam Ramadhan buat semua...

Nasi beriyani yang dimasak oleh saya..Tak tahu apalah rasanya..







Dalca kambing yang dimasak oleh isteri tersayang..



Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah mencubanya...ok, selamat berbuka..

Saturday, August 14, 2010

Jom Solat Dhuha...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,

"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari & Muslim)

Drp Anas, Sabda Nabi saw,

"Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istamna di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Doa Solat Sunat Dhuha...

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu,
kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir
maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu,
kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga
dan para sahabatnya serta kesejahteraan. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."

Sumber : http://www.tayibah.com/eIslam/solatsunat.htm


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, August 11, 2010

Dua Kegembiraan................


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla Berfirman: “Melainkan puasa, kerana ianya untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu”. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi disisi Allah daripada bau Misk. (minyak wangi kasturi).

[Riwayat Imam Muslim]

Semoga dua kegembiraan ini akan menjadi motivasi untuk kita semua sepanjang ramadhan ini berlangung...salam ramadhan buat semua..





Tuesday, August 10, 2010

Ramadan: Antara Bulan dan Matahari

“Apa istimewanya berpuasa di bulan Ramadhan dan bukannya September?” saya bertanya.
Para peserta modul Fiqh of Travellers terpinga-pinga.
Bukan tidak tahu jawapan, tetapi tidak faham apa hubungkaitnya antara Ramadhan dan September.

“Kedua-duanya adalah bulan kesembilan di dalam kalendar Gregorian dan kalendar Hijriah Islam” aju seorang peserta.

“Benar sekali. Tetapi sentiasakah Ramadhan itu jatuh bersamaan dengan bulan September?” saya melanjutkan soal jawab.

“Tentu sahaja tidak. Malah Ramadhan akan tiba kira-kira 10 hari lebih awal berbanding dengan tahun sebelumnya” balas peserta tersebut.
Tepat sekali. Itulah yang cuba saya gambarkan kepada mereka. Setiap tahun, Ramadhan akan tiba sekitar 10 atau 11 hari lebih awal berbanding dengan tahun sebelumnya. Ramadhan pernah jatuh pada bulan Disember, ia juga boleh tiba pada bulan Jun.
Hikmahnya besar.

Hikmah yang lebih jelas bagi manusia yang mengambil peluang kembara ke utara atau selatan Bumi.

Semasa Ramadhan tiba pada bulan Disember, ia bermaksud umat Islam di negara-negara utara Bumi menyambut bulan yang penuh makna ini pada musim sejuk. Selain cuaca yang sejuk, mengurangkan rasa dahaga yang menguji, siang pada musim sejuk adalah pendek berbanding malam. Subuh lewat dan Maghrib pula awal.

“Seawal bagaimana ustaz?” tanya seorang peserta.
“Subuh boleh masuk selewat 7:30 pagi dan Maghrib pula masuk pada jam 4 petang!” saya menjawab.

“Wah, hebatnya!” pelajar-pelajar itu kelihatan teruja.
“Sebab itu ramai orang kaya buat umrah di London, semasa Ramadhan jatuh pada musim sejuk!” saya berseloroh.
Mereka ketawa. Faham dengan bahasa sinis itu.

“Tetapi lain pula ceritanya di musim panas. Apabila Ramadhan tiba pada bulan Julai, itu sudah terbalik. Siang menjadi panjang, malam menjadi pendek” saya menyambung penjelasan.
“Misalnya?” tanya anak muda yang bakal terbang ke USA itu.
“Di Amerika Syarikat saya tidak pasti. Tetapi di tempat saya bertugas dahulu di Ireland Utara, Subuh boleh tiba seawal 2:15 pagi dan Maghrib selewat 9:45 malam!” saya menjawab.

Terkejut mereka.

“Mujurlah saya sudah balik ke Malaysia. Kalau tidak, tinggal sekepinglah jawabnya!” saya mengusik.
Dalam ketawa, mereka turut dilanda resah. Saya tinggal di Malaysia, mereka bakal terbang ke destinasi pengajian masing-masing. Bakal berpuasa di perantauan. Menyambut Ramadhan di musim panas. Musim yang siangnya panjang berganda dan malam pula hanya segelintir hari.

“Tetapi untunglah mereka yang bakal ke Australia dan New Zealand. Terbalik dari UK, USA, Russia dan Jepun, bulan Jun, Julai dan Ogos di sana itu adalah musim sejuk” saya menyambung kuliah.

Benar sekali.

Jika selama ini, umat Islam di Hemisfera Selatan Bumi seperti Australia, New Zealand, Afrika Selatan dan Argentina diuji dengan Ramadhan yang jatuh pada November, Disember dan Januari yang merupakan musim panas, umat Islam di utara Bumi sedang meraikan puasa di musim sejuk. Kini, apabila umat Islam di Utara pula semakin panjang tempoh puasanya kerana Ramadhan jatuh pada musim panas, umat Islam di Selatan pula mengambil giliran menikmati puasa yang semakin pendek dan mudah.
Duduklah di mana sahaja, dengan Islam kita akan menikmati keadilan Allah Subhanahu wa Ta’aala.

Lagi bagus, kalau duduk di Malaysia, dari lahir sampai mati, sentiasa sederhana dan sama sahaja!

Berbeza sekali dengan agama Kristian yang menggunakan kalendar berasaskan matahari. 25 Disember sentiasa musim sejuk di utara bumi, dan sentiasa musim panas di selatan sana. Imej Krismas di Australia dan New Zealand tidak pernah sama dengan imej Krismas menurut sentuhan UK dan USA kerana Disember sentiasa musim sejuk di atas sana, sentiasa musim panas di selatan pula.
Islam agama fitrah.

Bukankah ia sesuatu yang indah?

Dipetik daripada : www.saifulislam.com

Monday, August 9, 2010

Alhamdulillah..Syukur Allah Atas Kekuatan Ini...

Jika ikut perancangan, hari ini ( 9 ogos ) saya sepatutnya bercuti kerana semalamnya ( 8 ogos ) saya telah menghadiri upacara konvokesyen adik ipar saya di UKM Bangi. Memandu lebih kurang 600 km pergi dan balik memang memenatkan. Ditambah pula tiada cuti langsung minggu lepas kerana ada sekolah ganti pada hari sabtunya. Ahad pula ke UKM. Ya Allah sungguh penat rasanya.

Pagi tadi saya ke sekolah seperti biasa kerana tidak jadi mengambil cuti walaupun rasa letih masih terasa di seluruh badan. Kerana memikirkan kelas 5sn 2 yang akan berhadapan dengan percubaan minggu depan, saya gagahkan juga kaki ini ke sekolah.

Hari ini juga telah dipilih oleh panitia sejarah untuk adakan sambutan bulan kemerdekaan yang akan berlangsung selama sebulan. Masih terngiang-ngiang permintaan Pn. Halimah ( guru kanan bidang sains sosial ) meminta saya melaungkan merdeka sebanyak 7 kali sebagai mengingati peristiwa penting negara pada 31 ogos 1957 pada minggu lepas. Alhamdulillah nampaknya program itu berjalan lancar. Apa yang paling menarik panitia sivik telah menghadiahkan kepada semua guru sebiji logo one malaysia berlampu ( LED ). Memamg cantik sekali bila dipinkan dibaju bersama-sama dengan kerlipannya. Maka berkelip-keliplah baju semua guru pada waktu itu.

Sepanjang di sekolah, agak ramai juga pelajar-pelajar 4sn1, 4Sn2 dan 4Pa yang berjumpa saya untuk bertanyakan tentang kerja kursus Prinsip Akaun yang baru diperkenalkan tahun ini. Syukur pada Allah, walaupun saya tidak lagi mengajar mereka, bantuan dan nasihat saya masih diperlukan. Sebenarnya, meninggalkan pelajar-pelajar tingkatan 4 kerana hendak memberi tumpuan kepada pelajar tingkatan 5 memang menyedihkan hati saya. Tetapi dalam pekerjaan, perlu diberi keutamaan pada perkara yang lebih penting. Maka, mendahulukan pelajar Spm lebih penting diwaktu ini. Atas sebab itulah semua pelajar tingkatan 4 diserahkan dibawah cikgu Farouk. Walaupun cikgu Farouk baru mengajar tahun ini, dia juga berlatar belakangkan pendidikan perakaunan. Tidak menjadi bebanan padanya untuk mengajar mereka semua. InsyaAllah, semuanya pasti akan berjalan lancar.

kini, saya telahpun berada di rumah sambil menaip tulisan ini. Anak-anak dan isteri telah tidur, tapi saya masih belum mengantuk lagi. InsyaAllah, saya akan menyambung buku saya yang masih belum siap lagi. Apapun, terima kasih Ya Allah atas kekuatan ini. Syukur padamu kerana daku masih mampu berada di depan skrin komputer ini untuk melaksanakan tugasan yang masih belum selesai. Terima kasih juga ya Allah kerana kekuatan yang engkau berikan untuk daku ke sekolah hari ini untuk mencurahkan ilmu kepada pelajar-pelajarku yang begitu daku kasihi. Terima kasih juga ya Allah kerana memberi kekuatan kepadaku untuk berhadapan dengan masalah besar yang sedang dihadapi ini. Alhamdulillah, rasa lega kerana masalah ini nampaknya semakin terungkai dan daku meyakininya ya Allah, pasti akan dapat diselesaikan sedikit masa lagi dengan izin dan pertolonganMu...ya Allah terlalu besar nikmat kekuatan ini..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Razali Saaran
Johor Bahru
9 ogos 2010








Saturday, August 7, 2010

IBUKU SEORANG PEMBOHONG

Cerita Ini saya baca di tranungkite.net sebentar tadi. Kerana mesejnya sangat baik, lalu saya bercadang untuk masukkan dalam posting terbaru saya hari ini. Alhamdulillah, maka dapatlah cerita ini disyer untuk manfaat bersama. Bacalah dan renungkanlah..semoga anda yang masih memiliki ibu@ayah belum terlambat untuk mengucapkan rasa sayang anda kepada mereka. baiklah, sila nikmati kisah yang begitu menyentuh hati ini.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Dipetik daripada www.tranungkite.net



Mungkin sukar bagi orang lain percaya, tetapi itulah yang terjadi, ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan kita sekalian.
Cerita ini bermula dari semasa saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga tidak senang. Makan minum serba kekurangan.

PEMBOHONGAN PERTAMA

Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan nasi dan ikan masin satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering merungut. Saya menangis, ingin nasi dan lauk yang banyak. Tetapi ibu pandai berbohong. Ketika makan, ibu sering membahagikan nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke pinggan saya, ibu berkata : “”Makanlah nak, ibu tak lapar.”

PEMBOHONGAN KEDUA

Ketika saya mulai besar, ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di sungai sebelah rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberi sedikit makanan untuk membesarkan kami. Pulang dari memancing, ibu memasak ikan segar yang mengundang selera. Sewaktu saya memakan ikan itu, ibu duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih melekat di tulang sisa ikan yang baru saya makan.

Saya sedih melihat ibu seperti itu. Hati saya tersentuh lalu memberikan ikan yg belum saya makan kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : “Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.”

PEMBOHONGAN KETIGA

Di awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu biasa membuat kuih untuk dijual sebagai tambahan wang saku saya dan abang. Suatu ketika, pada dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih ditemani lilin di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terangguk kerana mengantuk. Saya berkata : “Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kan nak pergi ke kebun lagi.” Ibu tersenyum dan berkata : “Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk.”

PEMBOHONGAN KEEMPAT

Di akhir masa ujian sekolah saya, ibu tidak pergi berjualan kuih seperti biasa supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk memberi semangat. Ketika hari sudah siang, terik matahari mulai menyengat, ibu terus sabar menunggu saya di luar. Ibu nampak sering tersenyum dan mulutnya komat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disediakan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera menghulurkan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tetapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : “Minumlah nak, ibu tak haus!!”

PEMBOHONGAN KELIMA

Ketika ayah meninggal dunia, usia saya baru beberapa bulan. Sejak itu ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah dan sebagai ibu sekaligus kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja memetik cengkeh di kebun, membuat sapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tetapi apalah daya seorang ibu. Kehidupan keluarga kami dari hari ke hari semakin susah dan memprihatinkan.
Melihat keadaan keluarga yang semakin susah, seorang tetangga yang baik hati dan tinggal bersebelahan rumah kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu....

Para tetangga sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang menjaga dan mencarikan nafkah untuk kami sekeluarga, tetapi ibu yang keras hati tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : “Saya tidak perlu cinta dan saya tidak perlu lelaki.”

PEMBOHONGAN KEENAM

Setelah kakak-kakak saya tamat sekolah dan mulai bekerja, ketika itu ibu pun sudah semakin tua. Kakak-kakak saya menyuruh ibu supaya berehat saja di rumah. Tidak usah lagi bersusah payah untuk mencari wang.
Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di bandar sering mengirim wang untuk ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malah ibu mengirim balik wang itu, dan ibu berkata : “Jangan susah-susah, ibu ada wang.”

PEMBOHONGAN KETUJUH

Setelah lulus kuliah, saya melanjutkan pengajian lagi di luar negara. Keperluan saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menghabiskan pengajian saya dengan cemerlang. Kemudian saya bekerja dengan syarikat yang telah membiayai persekolahan saya iu. Gaji saya agak lumayan, dan saya memang sudah lama berniat membawa ibu untuk menikmati sisa-sisa hidupnya bersama saya di luar negara. Menurut hemat saya, ibu sudah lama bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya dipenuhi penderitaan, lalu apalah salahnya kalau hari-hari tuanya ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya dengan berkata: “Tak usahlah nak, ibu tak biasa tinggal di negara orang.”

PEMBOHONGAN KELAPAN

Berlalulah beberapa tahun dan ibu semakin tua. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser di leher, yang akarnya telah merebak ke mana-mana. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh di seberang samudera segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di hospital, setelah menjalani pembedahan.

Ibu kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa kejamnya penyakit itu drastik telah mengubah tubuh ibu, sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : “Jangan menangis nak, ibu tak sakit.” Titisan air mataku keluar sambil mendengar ceritanya ini.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk terakhir kali. Dibalik kebohongannya, tersimpan cintanya yang begitu besar bagi anak-anaknya.

Anda mungkin masih beruntung kerana masih mempunyai ibu... Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, sekarang anda boleh menelefonnya, dan berkata, ‘Ibu, saya sayang ibu.’
Tetapi hal itulah yang belum pernah saya lakukan, hingga kini saya diburu rasa bersalah yang luar biasa kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tetapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, hinggalah ke saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Ibu, maafkan saya. Saya sayang ibu.....”




Friday, August 6, 2010

Cinta waktu sekolah...Kesilapan terbesar pelajar hari ini..

Hidup baru setahun jagung, dah fikir pasal cinta..mungkin itu ungkapan terbaik yang sepatutnya diungkapkan di depan pelajar-pelajar sekolah yang sedang hanyut bercinta di waktu ini. sebagai seorang guru, saya melihat masalah ini semakin membarah dalam kalangan pelajar hari ini. Kalau yang bercinta itu sudah tingkatan lima, masih boleh diterima akal walaupun perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana SPM sudah semakin hampir. ini tidak, baru masuk tingkatan satu dah pandai bercinta, berdating dan macam-macam lagi perkara yang pelik-pelik.


Kenapa ini berlaku ?

Tentunya banyak faktor yang melingkarinya. Namun, faktor rakan, keluarga dan media sangat berperanan dalam menggalakkan budaya cinta di sekolah semakin subur.

Untuk Apa mereka bercinta?

Tiada lain, kebanyakkannya kerana ingin merasa bagaimana mencintai atau dicintai. Mereka ini sebenarnya sekadar suka-suka. Masa bercinta, kononnya ingin sehidup semati. Berjanji akan bermati-matian mempertahankan cinta dan tiada siapa dapat menghalang cinta sejati mereka itu. Tetapi malangnya tidak sampai sebulan sudah putus. Sebenarnya mereka itu hanya layak digelar cinta monyet, cinta yang diibaratkan hangat-hangat tahi ayam. Ataupun lebih 'sedap' lagi bunyinya mereka itu cintanya aelayaknya digelar hangat-hangat tahi kucing, baunya kuat tetapi tidak berfaedah kepada sesiapapun. Hanya mendatangkan derita kepada si pembaunya.

Cukuplah!

Cukuplah adik-adikku. Jangan kamu membuang masa dengan cinta yang hanya akan merosakkanmu dan masa depanmu. Cinta akan melalaikanmu, menjadikan kamu hanyut dengan dunia ciptaanmu sendiri. Telah ramai yang rosak disebabkan cinta dan telah rami juga yang hancur masa depannya kerana cinta di waktu sekolah..

Beringatlah sebelum terlambat.

Satu sahaja pesan saya buat kamu yang bergelar pelajar ini, sekarang bukan masanya untuk kamu bersusah payah memikirkan tentang cinta. Sekarang adalah masa untuk kamu memenuhi impian kamu dan kedua orang tuamu. Apakah Ia? Tiada lain melainkan kejayaan dalam pelajaranmu. Jadi sebelum nasi menjadi bubur, eloklah dipastikan kamu berada dilandasan yang sebenarnya iaitu ke sekolah untuk belajar dan mengejar cita-citamu..Bukan mencari cinta, kekasih hati atau 'spare tyre'. Menyesallah dahulu sebelum terlambat...Masih ada masa untuk berubah.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Selamat Berjaya Dalam Peperiksaan Buat Pelajar Yang Mengambil :

1. subjek Kemahiran hidup

a. 3 Aktif dan 3 Bestari ( PK )
b. 3 Kreatif ( KT )


2. Subjek Prinsip Perakaunan

a. 5PA
b. 5 SN 2

Ikhlas daripada Gurumu;
Yang sentiasa risaukan masa depanmu..

Razali Saaran
Johor Bahru
6 ogos 2010



Monday, August 2, 2010

Nilai Keagamaan Dalam Organisasi

Tulisan ini saya petik daripada sebuah blog yang telah mengambil intipati daripada tulisan saya. Jika tidak silap saya kesemua isinya adalah daripada buku saya berjudul " watak-watak dalam organisasi". cuma ada beberapa perkataan yang telah diubahsuai. Tetapi tidaklah terlalu banyak. Apapun terima kasih kepada tuan punya Blog ( saudara amel) yang telah memasukkan kandungan buku saya ke dalam blognya untuk perkongsian semua. baiklah itu sahaja.selamat membaca!


Menulis adalah perjuanganku berdakwah melalui tulisan...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Suburkan Nilai Keagamaan

Setiap agama mengingatkan penganutnya supaya berperwatakan baik. Di dalam Islam sendiri sentiasa menyuruh penganutnya melakukan perkara yang baik-baik dan menghindari perkara yang dilarang.

Allah berfirman di dalam surah Al-Maidah, ayat 2:

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).”

Apabila agama menjadi pegangan hidup, manusia akan dipandu dalam sistem yang berdasarkan kepada norma-norma yang telah ditetapkan oleh agama masing-masing. Dalam Islam, manusia diingatkan agar hidup berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi panduan bagi melahirkan manusia yang berakhlak mulia. Lari daripadanya bermakna telah melakukan satu kesalahan kerana telah mengambil perkara lain sebagai asas panduan hidup. Apabila agama telah sebati dalam diri manusia, maka tidak menjadi masalah yang rumit untuk membangunkan manusia yang baik dalam sesuatu organisasi. Selain itu, tidak menjadi satu kepayahan kepada organisasi untuk mewujudkan kerjasama yang erat di kalangan ahlinya.

Manusia yang dipandu oleh agama akan menjadikan dia seorang yang bertanggungjawab bukan saja terhadap organisasinya malah lebih besar dan penting daripada itu, iaitu agama yang dianutinya. Kerana itulah mengapa penulis1 mengatakan betapa pentingnya agama dalam menyuburkan budaya & watak positif dalam organisasi. Di dalam Islam, mengasingkan agama dalam urusan yang lain seperti dalam menguruskan organisasi merupakan perkara yang salah. Ia dikenali sebagai budaya sekular di mana meletakkan agama dan urusan hidup sebagai perkara yang berasingan dan tidak boleh dicampur-adukkan sekali. Jika itulah pegangan dan amalan dalam organisasi, maka tidak hairanlah perwatakan organisasi lebih banyak negatifnya berbanding positif. Ditakuti orang akan lebih malu untuk berbuat kebaikan berbanding kemaksiatan kerana nilai agama ditinggalkan dan hanya memikirkan keseronokan semata-mata.


Beri Ganjaran, Laksanakan Hukuman

Dalam konsep beragama, manusia didedahkan dengan aspek ganjaran dan hukuman. Kenapa begitu? Supaya manusia berlumba-lumba melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Dalam Islam, penganutnya sentiasa diingatkan dengan konsep balasan syurga dan neraka, yang mana perbuatan baik dibalas syurga (ganjaran), perbuatan jahat dibalas neraka (hukuman). Perhatikan seorang anak kecil yang begitu bersemangat berpuasa walaupun tidak mengerti apakah falsafah di sebalik kewajiban berpuasa terhadap manusia… kerana ganjaran berbentuk material (gula-gula, wang, baju raya, telefon bimbit, dan sebagainya) yang dijanjikan oleh orang tuanya. Semua ini berlaku kerana fitrah manusia sememangnya sukakan kepada ganjaran dan benci kepada hukuman.

Begitu juga dalam organisasi, kita merasakan perlunya ganjaran dan hukuman bagi meningkatkan kewujudan watak-watak baik dalam organisasi dan menghalang watak-watak buruk daripada terus merebak. Dengan adanya ganjaran, ahli organisasi akan berlumba-lumba untuk melakukan perkara baik, manakala hukuman pula akan mengawal daripada melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan norma-norma organisasi. Namun, perlu berbalik kepada konsep keADILan. Apalah ertinya ganjaran dan hukuman sekiranya pelaksanaannya tidak dilaksanakan dengan adil dan mengikut prosedur yang betul. Akhirnya watak-watak tidak dapat dikawal lagi kerana peraturan yang mengawalnya tidak berfungsi dengan cara yang sepatutnya. Yang salah tidak dikenakan hukuman, manakala yang menaikkan nama organisasi tidak dihargai langsung dengan ganjaran yang sepatutnya.

Cukup bimbang gejala tidak sihat seperti tidak berlaku adil dalam memberi penilaian kepada ahli organisasi ini, tidak diuruskan dengan cara yang berkesan. Apa yang akan terjadi sekiranya orang yang pandai membodek, pandai mereka cerita dengan niat memburuk-burukkan rakan & organisasi yang lain diberikan penghargaan dan ganjaran, sedangkan mereka yang ikhlas bekerja serta tidak pandai mengadu domba tidak derikan apa-apa yang selayaknya? Kesannya lahirlah golongan yang kecewa sehingga membawa diri ke tempat yang lain. Sekiranya inilah yang menjadi amalan dalam organisasi, pasti watak-watak negatif akan tersenyum gembira.

Pernahkah anda membaca hadis hebat yang menceritakan tentang keadaan zaman yang rosak apabila orang jahat dipandang baik serta mulia oleh masyarakat & yang baik dipandang hina? Malah apa yang lebih mengerikan apabila yang diberi amanah itu adalah terdiri daripada mereka yang rosak akhlaknya? Mari kita perhatikan bersama peringatan yang berguna oleh Rasulullah S.A.W. ini sebagai panduan hidup selama mana kita bergelar ahli organisasi. Semoga apa yang disebut oleh Rasulullah S.A.W. ini tidak melanda organisasi kita dan kita berkeyakinan sekiranya organisasi tidak mengabaikan nilai keagamaan, dengan izin Tuhan, organisasi akan terpelihara daripada fitnah besar yang digambarkan di dalam hadis di bawah. Kita perlu meyakininya!

“Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya ‘Ruwaibidhah’. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab Baginda S.A.W.: Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum.”

Riwayat Ibn Majah

_________________

1
Penulis ialah Razali Saaran, seorang guru SMK Taman Daya 2, Johor Bahru. Antara karya terawal beliau ialah “Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik” dan “Watak-Watak Dalam Organisasi”.

Dipetik daripada :

http://amel036yippee.wordpress.com/2010/06/23/nilai-keagamaan-dalam-organisasi/


Sunday, August 1, 2010

Kuih Raya...

Rasanya baru minggu lepas saya cakap pada Isteri supaya tahun ini tak perlulah order kuih raya banyak sangat. "Apa kata tahun ini Aza buat sendiri. Abang cabar aza." Kata-kata saya itu disambut positif oleh Isteri.

Alhamdulillah, hari ini Isteri telah mencuba resepi biskut raya pertamanya yang diambil daripada majalah saji yang saya beli petang jumaat lepas. Pagi tadi saya belikan bahan-bahannya di Maslee. Semasa saya sedang menaip tulisan ini,'sayangku' sedang bertungkus lumus menyiapkan biskut pertamanya itu iaitu biskut badam. Percubaan pada hari ini adalah latihan sebelum membuatnya di bulan ramadhan nanti. Pengalaman pertama nampaknya ada yang terbakar sikit ( hangus ). Alhamdulillah, selepas itu nampaknya sudahpun menjadi. Saya dah pun merasa sebentar tadi dan nampaknya memenuhi selera saya yang taklah cerewet mana. Apapun tahniah Isteriku sayang kerana berjaya menyahut cabaran Abang. Diharapkan selepas ini sayang akan berjuang lagi untuk menyiapkan biskut raya yang sebenar semasa di bulan Ramadhan yang tidak berapa lama lagi menjelma. Sekurang-kurangnya budjet kuih raya itu dapat dikurangkan kerana buat sendiri lebih banyak jimatnya berbanding beli dan dapatlah kiranya nanti disalurkan pada perkara lain yang lebih penting insyaAllah...

wallahua'lam...


Biskut yang siap untuk dibakar..kelihatan biskut yang hangus..itulah pengalaman pertama yang berharga..tahniah isteriku sayang...


Razali Saaran
Johor Bahru
1/8/10

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...