Friday, February 25, 2011

7 siswa iblis- Apabila Akhlak diAbaikan, Nafsu Menjadi Raja

Begitu menggemparkan. Tapi inilah hakikat yang perlu ditelan. Walaupun belum dibuktikan bersalah, tetapi sedikit sebanyak isu ini begitu membimbangkan. Ayuh bersama kita hayati kisah yang begitu menyedihkan ini.


KANGAR: Dua penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, diburu polis manakala lima rakan mereka ditahan kerana disyaki merogol seorang penuntut perempuan yang juga rakan sekuliah dua daripada suspek, baru-baru ini.

Tujuh suspek berusia 19 tahun itu didakwa merogol mangsa berusia 19 tahun di sebuah rumah di Taman Seri Mawar, Arau dekat sini, 15 Februari lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Nashir Ya berkata, dua siswa diburu itu dikenali sebagai Muhammad Naim Mohd Kamaruzzaman, 19, dan Ahmad Amirul Amin Rosley, 19, yang kini menghilangkan diri.

Menurutnya, dua suspek yang diburu itu bersama lima lagi rakan mereka disyaki merogol mangsa yang juga penuntut IPTA secara bergilir-gilir di rumah disewa seorang daripada suspek di Taman Seri Mawar.


“Kami sudah menahan lima suspek dari IPTA di sini dalam operasi khas dilancarkan selepas menerima aduan daripada penuntut perempuan berkenaan. Bagaimanapun, Muhamad Naim dan Ahmad Amirul melarikan diri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis di sini, semalam.


Beliau berkata, alamat terakhir Ahmad Amirul Amin ialah Jalan Raja Dewa Hilir, Kota Bharu, Kelantan manakala Muhammad Naim pula berasal dari Kampung Bonggol Kemian, Paloh Rawa, Machang, Kelantan.

“Mangsa dalam keadaan trauma akibat kejadian itu,” katanya sambil memaklumkan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.


Nashir meminta kedua-dua suspek menyerah diri dan orang ramai yang ada maklumat mengenai mereka diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Arau, Asisten Superintendan Jamalulail Ibrahim di talian 012-520 3977 atau menghubungi balai polis berhampiran.

Polis turut mengedar gambar kedua-dua suspek untuk siaran media.


Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya turut memburu tiga lelaki bagi membantu siasatan kes mencuri dan menyeludup kenderaan ke negara jiran serta kes menyebabkan kecederaan parah.


Katanya, dua daripada tiga lelaki berkenaan ialah Mohd Saidi Man, 44, dari Kampung Tersusun Padang Besar dan rakannya, Mariswandy Mohamad, 32, dari Rancangan Perumahan Awam (RPA) Chuping, disyaki aktif menjalankan kegiatan mencuri dan melupuskan kenderaan ke negara jiran.


“Kedua-dua suspek disyaki sudah menyeludup beberapa kenderaan mewah jenis Toyota dan Honda ke negara jiran selepas mencurinya di sini. Seorang daripada suspek adalah anggota penguat kuasa sukarela di sini,” katanya.


Beliau berkata, turut diburu seorang lelaki, Lim Yew Thong, 47 dari Pekan Sayur, Padang Besar yang didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang awam di pekan itu, Januari lalu.

sumber : Harian Metro online

Saturday, February 19, 2011

Ulasan Buku 'Watak-Watak Dalam Organisasi Di Perpustakaan Negara


Ini adalah ulasan yang dibuat oleh perpustakaan negara berkaitan dengan buku saya yang kedua. Alhamdulillah, seronok membacanya. Sekadar perkongsian untuk semua. ( LINK )

Ulasan buku Razali Saaran watak-watak dalam organisasi kuala lumpur : must read, 2010. 175ms. isbn 978-967-5426-21-6 .

Watak-watak dalam organisasi ditulis oleh razali saaran. buku ini ditulis untuk berkongsi pandangan tentang karakter-karakter dalam organisasi berdasarkan apa yang tersirat di hati penulis untuk dikongsi bersama. penulisan ini adalah pandangan peribadi penulis semata-mata berkaitan organisasi berdasarkan pengalaman bekerja dan perkongsian pengalaman dengan kebanyakan orang, serta sedikit rujukan. secara keseluruhannya buku ini memfokuskan kepada isu-isu berkaitan karakter-karakter dan kesannya terhadap perkembangan organisasi. melalui pembacaan buku ini, seseorang pembaca itu akan dapat memahami karakter-karakter yang wujud di sekeliling mereka, yang mana satu ketika dahulu, tidak pernah pun mempedulikan kewujudannya dan tidak merasakan ianya boleh memberikan kesan ke atas organisasi. membaca buku ini dapat membuka minda semua pembaca terhadap betapa pentingnya memahami tingkah laku ataupun karakter-karakter yang terdapat dalam organisasi agar dapat diuruskan dengan lebih berkesan dan tidak membiarkan yang salah terus melakukan kesalahan dan diberi pengiktirafan kerana kegagalan membuat penilaian yang baik.

Menurut penulis, dalam sesebuah organisasi watak-watak wujud dalam pelbagai rupa bentuk. namun secara umumnya, watak-watak tersebut boleh dibahagikan kepada dua watak utama iaitu watak positif dan negatif. ketidakseimbangan antara watak negatif dan positif akan menyebabkan penguasaan kepada sesuatu organisasi itu. bagi memudahkan pembaca memahami dan mengenali kesemua watak-watak dalam organisasi, penulis telah memberikan huraian dan yang jelas tentang pengenalan watak dan kepentingan memahami watak dalam sesuatu organisasi. watak-watak tersebut pula dibahagikan kepada setiap karakter-karakter positif dan negatif seperti karakter bermuka-muka, pendengki, kaki bodek (pengampu). manakala karakter positif pula seperti menghormati orang lain, sabar, rajin, taat dan lain-lain yang digambarkan dengan contoh.

Dalam buku ini penulis juga turut menyelitkan ’sudut renungan’ dan ’sudut pedoman’ di penghujung setiap karakter yang dipetik daripada hadis, ayat-ayat al-quran atau kata-kata penulis lain untuk dijadikan panduan atau perangsang pembaca. penulis tidak hanya membicarakan tentang karakter-karakter watak tersebut sahaja tetapi juga memberi panduan atau petua untuk menyuburkan watak-watak negatif dalam sesuatu organisasi itu agar watak tersebut berubah menjadi lebih baik atau lebih positif. manakala watak-watak positif yang sememangnya telah wujud terus cemerlang untuk manfaat organisasi itu sendiri. buku watak-watak dalam organisasi ini amat bermanfaat dan dapat dijadikan panduan kepada semua pembaca terutamanya kepada pentadbir atau ketua dalam sesebuah organisasi untuk menilai watak-watak yang ada dan membuat perancangan yang tertentu agar watak-watak tersebut dapat diuruskan dengan baik dan sempurna. watak yang baik atau positif dan tidak menguasai organisasi, perlu dilahirkan agar golongan tersebut menjadi dominan. watak yang negatif dan tidak diperlukan oleh organisasi perlulah dihapuskan agar kebajikan dan keperluan setiap pekerja dan
majikan dalam sesebuah organisasi dapat dijaga dan dihormati.

Secara keseluruhannya, buku watak-watak dalam organisasi ini dapat membuka minda dan merungkai setiap persoalan berhubung pengurusan organisasi terutamanya pengurusan sumber manusia. malah permasalahan setiap watak dalam oganisasi itu perlu difikirkan bersama untuk menjadikan sesebuah organisasi itu lebih maju dan cemerlang bertepatan dengan hasrat kerajaan ”1malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan ”.

Pengulas: Hasnan Binti Mamat @ ahmad shazili, Penolong Pengarah Bahagian Pakar Maklumat Perpustakaan Negara Malaysia


Friday, February 11, 2011

Dua Kegembiraan...Thank you Allah

Semalam, seorang rakan memaklumkan buku saya telah tersenarai antara buku yang diulas dalam ruangan ulasan buku di harakah terbitan pada keluaran 28hb-30hb Januari 2011. Ini buktinya.





Hari ini pula saya baru perasan buku saya yang pertama ini telah memasuki fasa cetakan kedua. Alhamdulillah, itu tandanya ada permintaan terhadap buku saya. Mengikut teori ekonomi, apabila ada permintaan, barulah penawaran akan bertambah. Maka, benarlah seperti apa yang disebutkan itu. Kepada semua yang telah membeli buku ini, terima kasih pada kalian. Semoga dipermudahkan urusan kalian dalam pengajaran..Ini buktinya:




Salam Maulidurrasul...Semoga bertambah kasih dan sayang kita kepada Baginda SAW..


"The Most Adorable Teacher In My Life"

Apa yang akan saya paparkan diblog saya kali ini adalah sesuatu yang begitu menyentuh hati saya. Sebagai seorang pendidik, apabila seseorang pelajar itu menyatakan penghargaannya walau dalam apa cara sekalipun, walaupun hanya dengan sehelai kerta buruk yang tertulis " saya sayang cikgu" begitu besar nilainya. Apatah lagi jika seseorang pelajar itu meluahkannya di dalam blognya..Malu sebenarnya untuk saya letakkan di sini. Tetapi sekadar menghargai penghargaan yang diberikan olehnya kepada saya..

Buat pelajar saya bernama Farahin ini, terima kasih sangat-sangat..walaupun anda telah berhijrah ke sekolah lain, anda ttp saya ingati antara pelajar yg baik dan berjasa kpd sekolah..sepanjang mengajar anda, tiada sbrg masalah yg anda lakukan...Semoga berjaya di sekolah baru anda.

Saya pernah memasukkan cerita tentang blognya sebelum ini, tetapi linknya tidak dapat dibuka. Alhamdulillah, hari ini telah boleh semula. Terima kasih yer, cikgu sangat-sangat menghargainya..Baiklah, mari sama-sama kita baca luahan hatinya ini diblognya kerana tulisannya itu tidak boleh dicopy...linknya

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...