Monday, May 21, 2012

Istidraj: Peringatan buat hati yang lalai

Peringatan buat hati yang lalai:


Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberi nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diIstidrajkan oleh Allah S.W.T.” (Riwayat At-Tibrani, Ahmad dan Baihaqi)

Boleh jadi kejayaan demi kejayaan yang manusia capai itu adalah satu tipu daya Allah kepadanya ( istidraj), sehinggakan manusia menjadi semakin lupa dan alpa...semakin banyak kezaliman yang dilakukan, semakin banyak pula kejayaan yang dicapai...sehinggalah semua itu menyebabkan mereka semakin lalai dan sombong..akhirnya mereka menjadi orang yang benar-benar rugi disisi Tuhannya...

"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)"-al-an'am : 44

Smg kita menilai diri kita, dan memperingatkan sentiasa diri kita supaya nikmat yang kita dapat selama ini nikmat yang berkat...nikmat yang mendekatkan kita kepadaNya...

www.teratakmuslim.blogspot.com

Friday, May 18, 2012

Sekitar Majlis Pelancaran BUku sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan Di Perak

Alhamdulillah, pada 14, 15 dan 16 Mei 2012 baru-baru ini saya telah ke Ipoh dan Kuala Kangsar Perak atas jemputan sempena Majlis Pelancaran Buku Hari Guru Peringkat Kebangsaan. Buku saya ' Nota Hati Buat pelajar ' telah terppilih untuk dilancarkan bersama-sama 14 buah buku yang lain. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak. Masih terngiang suara sebab beliau semasa menceritakan tentang guru dalam ucapannya itu. Di bawah ini saya masukkan gambar-gambar kenangan sekitar majlis tersebut. Sedikit terkilan kerana semasa majlis pelancaran berjalan, saya tidak dapat mengambil gambar-gambar semasa di atas pentas. Namun secara keseluruhan, saya amat gembira dengan majlis ini. Tiada apa yang dapat diluahkan melainkan rasa syukur yang tidak terhingga atas pemilihan ini. Terasa diri dihargai setelah penat lelah memerah otak dan berjaga malam bagi menyiapkan buku yang begitu istimewa di hati saya ini. Syukur ya Allah atas kurniaan yang begitu bernilai ini. Semoga diriku akan diberi peluang lagi untuk menghasilkan buku-buku yang bermanfaat, insyaAllah...

Sahabat penulis Tuan Hafiz dan Ustaz Ruzain...

senyuman bermakna bersama Sahabat Penulis Tuan Hafiz ( kanan )

Bersama-sama 3 lagi sahabat penulis......


Meja khas untuk penulis buku....



YAB Menteri Besar Perak dan Timbalan Menteri Pelajaran

Gambar kenangan di Dewan Jubli Perak K.Kangsar.....






Nota HAti Buat Pelajar  Sedang dipamerkan







TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...