Wednesday, May 19, 2010

Alhamdulillah..Buku kedua saya telah diterbitkan..


Assalamualaikum para pembaca sekalian..alhamdulillah, buku kedua saya telah diterbitkan..buku ini adalah hadiah istimewa buat semua insan bergelar ahli organisasi samada di sektor swasta atau kerajaan..selamat membaca!


sinopsis

“Pergaulilah manusia dengan pergaulan yang apabila kamu meninggal dunia mereka menangisimu dan jika kamu hidup mereka menyayangimu.”
~Sayidina Ali r.a~
Buku ini ditulis untuk berkongsi pandangan tentang karakter-karakter dalam organisasi berdasarkan apa yang terpendam di hati penulis untuk dikongsi bersama dengan pembaca sekalian. Namun begitu ia tidak menjurus kepada mana-mana pihak. Ianya adalah pandangan peribadi penulis berkaitan organisasi berdasarkan pengalaman bekerja dan perkongsian pengalaman dengan kebanyakan orang, serta sedikit rujukan. Secara keseluruhannya buku ini akan berfokuskan kepada isu-isu berkaitan karakter-karakter dalam organisasi dan kesannya terhadap perkembangan organisasi. Membaca buku ini bermakna anda telah memahami karakter-karakter yang wujud di sekeliling anda, yang mana satu ketika dahulu anda mungkin tidak pernah mempedulikan kewujudannya dan tidak merasakan ianya boleh memberi kesan ke atas organisasi. Saya sentiasa memerhatikan isu-isu berkaitan organisasi dan saya melihat karakter-karakter yang wujud di dalamnya mampu memberi kesan sama ada positif atau negatif ke atas organisasi. Semoga buku ini dapat membuka minda untuk difikirkan bersama serta perbincangan yang lebih menyeluruh ke arah organisasi yang lebih cemerlang di masa hadapan.


Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU CIKGU!


Apa khabar cikgu-cikgu di luar sana. Alhamdulillah hari ini ( ahad - 16 Mei 2010 )merupakan hari guru yang disambut di seluruh negara. Kesempatan yang diberikan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga guru. saya berdoa semoga anda terus tabah mengharungi cabaran yang sedang terbentang dan bakal mendatang. Jangan kecewa dan bersedih sekiranya anda tidak diberi sesuatu yang istimewa sepanjang anda bergelar pendidik, kerana sesuatu yang lebih istimewa, malah tidak terjangkau diakal manusia yang bakal anda terima di sisi ALlah di hari pembalasan kelak..Yakinlah..

Buat Isteri tersayang, selamat hari guru sayang abang ucapkan...
Buat teman-teman, selamat hari guru..
Buat bekas guru-guruku, semoga Allah memberkati kamu dan membalas jasa-jasamu sehingga aku menjadi insan pada hari ini.

Thank u Allah..




Saturday, May 8, 2010

Alhamdulillah..sesi bersama penulis Mustread di Plaza Angsana j.Bahru berjaya..










Alhamdulillah sesi bersama penulis Must Read di Plaza Angsana berjaya. Terima kasih kepada yang membeli buku saya pada hari tersebut terutama sekali rakan-rakan dan pelajar saya..buat Isteri tersayang terima kasih kerana sudi menemani Abang..



Tuesday, April 27, 2010

TEMUI SAYA DI ANGSANA JB



TEMUI PENULIS BUKU BESTSELLER DAN KUMPULAN NASYID SAUJANA DI BADAN CEMERLANG, ANGSANA JOHOR BAHRU


PENULIS BUKU

BONGKAR MISTERI TARIKH LAHIR ANDA (ROZZANI DIN)

HEBATNYA CARA RASULLULLAH MENDIDIK (RAZALI SAARAN)

DIARI SUFI (SITI MUNAZAKIAH)

ARTIS

KUMPULAN NASYID SAUJANA

TARIKH : SABTU, 1HB MEI 2010

MASA : 2.00 PETANG

TEMPAT : KEDAI BUKU BADAN CEMERLANG, ANGSANA JOHOR BAHRU







Cikgu, bolehkah saya buat begini...

" cikgu, boleh tanya sedikit tak...nampak beriya-iya benar sahabat saya yang juga guru baru di sekolah saya. "boleh, tanyalah" jawapan mudah yang keluar dari mulut saya..kebetulan saya baru habis mengajar kelas 4PA dan tiada kelas lagi selepas itu. " ok tak cikgu kalau saya cakap kat budak kelas korang nak bising suka hatilah, malas nak amik tahu lagi". saya tanya kenapa. dia cakap kerana dah tak tahu nak buat apa lagi, marah pun masih bising juga..

sebagai seorang guru yang agak lama ( tapi belum tua , tetapi bukanlah begitu berpengalaman, perkara yang dibangkitkan oleh sahabat saya itu adalah sesuatu yang normal dan logik untuk diterima akal. Bagi seorang guru baru, di saat ini adalah peringkat mengenal ragam pelajar, belajar cara mengawal kelas dan bermacam-macam lagi. apabila saya diajukan soalan tersebut, saya tidak terkejut, malah saya rasa itu adalah luahan yg normal bagi insan yg bergelar guru. Tambahan pula guru itu masih baru. sebenarnya rakan-rakan sekalian, hebat sungguh ( miracle ) sekiranya guru yang baru setahun jagung ( baru posting ), sudah terlalu hebat kaedah pengajarannya berbanding guru senior. sedangkan tidak keterlaluan jika saya mengatakan ada guru-guru lama yang masih tercari-cari rentak dalam dunia pengajaranya. maka bagi seorang guru yang baru janganlah berputus asa, janganlah bersedih, la tah zan, dont be sad, kerana itu perkara yang normal bagi guru baru seperti anda.

Berbalik kepada persoalan yang dibangkitkan oleh guru tersebut, apabila saya mendengar kata-katanya itu, mungkin dia sedang mencari jawapan yang betul atau tindakan yang sepatutnya dia ambil bila berhadapan dengan situasi pelajar yang begitu. Jawapan saya kepada dia, jangan begitu, anda adalah guru, maka anda perlu menjaga maruah anda di dalam kelas. kegagalan anda mengawal kelas, merupakan sesuatu yang memalukan bagi insan yang bergelar guru. Tentu pelajar mentertawakan kelemahan guru kerana gagal mengawal kelas. Tambahan pula pelajar itu baru tingkatan 1 atau dua. Lemah sangatkah kita untuk mengawal dan menguruskan disiplin mereka?

Lalu, dalam sesi yg begitu singkat itu, beberapa idea saya lontarkan kepadanya. Ini bukanlah idea yang benar-benar mantap, tetapi saya telah melaksanakannya dan ianya berjaya...

jadi bagaimana?

Bertenang, ada caranya..

1. Beri amaran lisan terlebih dahulu.

2. Jika tidak berkesan dan masih bercakap, asingkan pelajar daripada kumpulannya ( duduk berasingan)kerana apabila mereka duduk dalam satu kumpulan yang besar mereka mudah berbual dan bercakap. Jgn rugikan masa mengajar dan sakitkan tekak anda wahai guru..misalnya ada 5 pelajar yang kaki bising yang selalunya duduk di belakang kelas. pecahkan mereka dan sebaiknya letakkan mereka ditempat duduk dibahagian hadapan dan berhampiran dengan guru.

3. jika tak jalan juga, serahkan pada guru disiplin. Panggil ibu bapa dan beritahu perangainya di sekolah yang menganganggu guru sedang mengajar.. Saya selalu cakap dekat guru, ambillah tindakan dengan bijaksana. misalnya siapa bos dalam kumpulan itu? bawa dia berjumpa guru disiplin dan panggil ibu dan bapanya ke sekolah..selepas itu beritahu tindakan yang telah diambil kepada pelajar yang lain agar mereka takut..sekiranya masih tidak berubah, pastikan dicatat setiap kesalahan yg dilakukan mengikut masa dan tarikh..cukup masa kita gantung dan seterusnya buang..cikgu, mana lebih penting, seorang pelajar atau sebuah kelas..takper, kita keluarkan seorang untuk selamatkan yang lain. apa yang penting, buatlah ikut prosedur dan jangan ikut emosi..ikut rasa, binasa..apa yang penting, jangan berputus asa..Anda adalah guru, guru adalah raja..gunakanlah kuasa anda dengan sebaiknya..Jangan biarkan rakyat anda memperlekehkan anda..selamat berjaya..




Thursday, April 8, 2010

Buku ketiga saya

salam buat semua..lama rasanya tidak menulis di blog ini kerana kekangan masa yang maha hebat kebelakangan ini. Namun alhamdulillah biarpun sibuk sedikit, dapat juga saya menulis buku yang ketiga berkenaan dengan motivasi pelajar. alhamdulillah hampir 40% telah siap..lagi 60% tak pasti bila akan siap.mudah2an Allah akan memudahkannya.


sebenarnya saya masih menunggu manuskrip saya yang kedua daripada pihak penerbit yang disiapkan dalam bentuk buku sebelum dicetak dan diterbitkan. Bila memikirkan masa yang agak lama menanti, risau juga kiranya ada masalah terhadap buku itu. buat pengetahuan semua ianya berkaitan dengan organisasi..secara peribadi impian saya ialah menulis sesuatu yang baru dan jarang dibincang oleh orang lain, tetapi sebenarnya sangat penting kepada kita...mudah3an Allah memudahkan impian saya dilaksanakan...apapun, terima kasih kepada sesiapa yg menziarahi blog ini. semoga Allah memberkati kalian. ok jumpa lagi..saya nak bersiap ke program qiamullail dan maulud Nabi..kali ini saya kena jagi ketua keselamatan dan penginapan... bak kata Ustaz Talhah, last lap( maksudnya kali terakhir sebelum pindah ), di baginyer tugas berat tuh..hehe, layan jerlah..



Tuesday, March 9, 2010

Ceramah Pertama Saya...

Syukur kepada Ilahi kerana kesempatan yang diberikan kepada Saya untuk terus menulis diblog ini...malam ini sya ingin berkongsi cerita tentang ceramah bagi memenuhi slot Latihan Dalam Perkhidmatan yang saya telah sampaikan di sekolah saya sendiri baru-baru ini ( Sabtu-6/3/10 )

Pada dasarnya ia adalah satu pengalaman baru buat saya dan ianya begitu bermakna sekali. bercakap di depan audiens yang merupakan rakan sendiri saya fikir lebih mencabar berbanding bercakap di depan orang lain yang tidak kita kenali. Tetapi alhamdulillah, daripada rspon rakan-rakan yang mendengar ceramah tersebut, saya anggap penyampaian saya pada pagi sabtu itu telah mencapai matlamatnya.

tajuk yang telah diamanahkan kepada saya ialah berkaitan disiplin. maka tajuk yang saya pilih ialah " Disiplin dan Isu-Isu Berkaitannya." oleh kerana ceramah tersebut turut disertai oleh staf sokongan, maka saya masukkan sedikit slot ceramah saya itu berkaitan dengan organisasi yang tajuknya saya letakkan sebagai " Organisasi Dan Anda."

Secara peribadi saya tidak sempat membuat persedian yang secukupnya bagi ceramah tersebut. Namun, Alhamdulillah Allah telah memudahkan urusan saya pada pagi tersebut dan ceramah dapat disampaikan dengan lancar dan teratur.

Buat rakan-rakan lama, terima kasih kerana sudi mendengar dan berkongsi cerita dengan saya...kepada rakan-rakan baru yang baru menjengah ke alam kerja, semoga anda semua mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu yang tidak seberapa itu. kepada kak mazida, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk bercakap..

akhir kalam, sekali lagi saya memanjatkan rasa keyukuran kepada Ilahi atas pengalaman yang cukup berharga ini. Semoga peluang ini akan terus diberi dilain masa insyaAllah.




TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...