Saturday, June 18, 2011

MINUM BERDIRI : Antara Hukum Dan KesanNya

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak memasukkan posting terbaru, hari ini berkesempatan jua. Artikel ini saya ambil dari blog seorang hamba Allah yang pada perkiraan saya bagus untuk dikongsi untuk manfaat bersama. Semoga selepas selesai membaca artikel ini akan memberi mesej yang mendalam terhadap diri kita dan diberi kekuatan untuk menuruti apa yang telah Rasulullah sampaikan kepada kita. Islam itu sangat praktikal dan setiap yang disuruh itu ada alasanya. Subhanallah...Hebat sungguh..

Islam telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan bagi mendapat kesejahteraan. Begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum. Permasalahan berkaitan minum berdiri ini telah menyebabkan ulama berbeza pendapat mengenai hokum minum berdiri itu.

Hadis yang menunjukkan tegahan minum berdiri ialah hadis yang diriwayat oleh muslim iaitu: Terjemahan: dari anas ra, sesungguhnya nabi Muhammad saw melarang minum berdiri. Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh muslim didalam kitab minuman, bab tegahan minum berdiri, hadis yang ke 3771.

Hadis ini menjelaskan larangan yang berbentuk tegahan minum secara berdiri. Namun ulama telah berselisih pendapat mengenai larangan minum berdiri ini. Ibn qym berpendapat hukum minum berdiri ini adalah haram dan hanya dibenarkan sekiranya terdapat halangan yang menghalangnya minum secara duduk.

Namun beberapa fuqaha seperti imam malik berpendapat laranagn ini telah dimansukhkan dengan hadis Ibn Abbas iaitu: Terjemahan: dari Ibn Abbas berkata, aku memberi air zam-zam kepada Rasulullah saw, lalu baginda meminumnya sambil berdiri ( riwayat muslim).

Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh muslim didalam kitab minuman, bab minum air zam-zam berdiri, hadis ke 3776. Hadis ini menunjukkan rasulullah saw minum air zam-zam dalam keadaan berdiri. Imam malik telah memansukhkan hadis yang pertama tadi dengan hadis ini yang menunjukkan minum berdiri bukan haram.

Perkataan Nabi melarang minum berdiri itu, menurut zahirnya larangan minum sambil berdiri itu. Tetapi hadis ibnu abbas menunjukkan bolehnya minum berdiri. Al-Mazuri berkata, orang-orang yang berselisih pendapat dalam masalah ini ialah jumhur yang berpendapat boleh minum berdiri dan pendapat yang lain berpendapat makruh.

Hadis dari anas ra merupakan hadis sunnah qauliyah manakala hadis dari Ibn Abbas merupakan hadis sunnah fi’liyyah. Apabila kedua-dua hadis ini bertembung, maka yang menjadi dasar hokum ialah hadis sunnah qauliyah, manakala hadis sunnah fi’liyyah berperanan menafsirkan maksud sebenar yang terkandung dalam hadis sunnah qauliyah tersebut. Ini bererti tegahan pada hadis anas tadi bukan membawa maksud haram, tetapi makruh.

Imam Nawawi berkata yang sebenarnya, larangan yang di maksudkan itu adalah untuk kebersihan dan perbuatan nabi minum berdiri itu menjelaskan bolehnya minum berdiri dan tidak haram. Berdasarkan pada hadis yang menegah minum berdiri itu, dapat di lihat mengapa Rasulullah saw menegah kita minum berdiri.



KAJIAN DARI SUDUT SAINS


Di antara sebab di larang minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dr segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dgn tenang.

Adapun minum berdiri menyebab cecair akan jatuh ke dasar perut dgn keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dgn makanan.

Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang (strain) dan pada masa yang sama sisitem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak.

Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mendapat kerehatan anggota. Kerehatan otot adalah syarat yg terpenting ketika makan dan minum dan wujud ketika mana duduk.

Apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dlm keadaan tenang dan sensation (rasa) akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambahnya kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman dan akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.

Namun demikian diharuskan berdiri ditempat yg tak sesuai duduk sprti tempat yg terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri,ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan rasulullah minum air zam-zam berdiri.

Persoalannya di sini, mengapa Rasulullah minum air zam-zam dalam keadaan berdiri.

Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta ia mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa, dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil di dalam perut dan mengurangkan pedih ulu hati.

Jadi inilah sebab Rasulullah minum air zam-zam berdiri supaya air tersebut cepat dapat meneutralkan asid yang terhasil dalam perut.

Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain, inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya dan memberi ketahanan anbodi kepada orang yang meminumnya.

Disalin dan diubahsuai dari : http://supervain.com/2009/10/19/minum-berdiriantara-hukum-kesan-dan-kaitan-isu-semasa/

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam

Sumber : fitrahworld.blogspot.com

Thursday, May 26, 2011

Hari Guru 2011 : Terima kasih kerana menghargai



Walaupun hari guru telah lama berlalu, tetapi baru hari ini saya terasa ingin berkongsi cerita berkaitan sambutannya di sekolah saya. Secara keseluruhannya sambutan tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya. Ada Acara rasmi di awal pagi. Kemudian diikuti dengan acara sukaneka. Selepas itu pesembahan guru-guru dan pelajar serta pemberian anugerah kepada guru-guru. Dan kemuncaknya di akhiri dengan makan-makan. Bab makan yang paling best kerana ada kelainan sedikit. Selesai makan, petangnya ada acara bowling pula. Penat, tetapi bermakna.



Tahun ini juga ada guru-guru yang diberi peluang membuat ucapan dan ditayangkan dalam bentuk video. Saya adalah antara yang terpilih untuk menyampaikan ucapan. Selepas menonton, ramai yang bertanya, " cikgu nak pindah yer." Kenapa mereka bertanya begitu? kerana saya berdoa di dalam ucapan saya mudah-mudahan ini hari guru terakhir saya di SMK Taman daya 2 kerana saya ingin berpindah ke Seremban 2, Negeri Sembilan.

MAsih PoPuLARRR rupanya....





Alhamdulillah, terima kasih kepada anak didik kerana masih memilih saya guru popular tahun ini. Nampaknya ini tahun ketiga berturut-turut saya menerima anugerah ini sejak ia diperkenalkan. Mungkin kerana saya mengetuai Badan Disiplin tahap populariti saya masih tinggi. Biasalah, guru disiplin jarang disukai. Tetapi saya berharap popular saya di sini kerana rasa senang semua pelajar dengan saya, bukan kerana disebabkan unsur-unsur yang negatif.

Terima Kasih kerana memberi hadiah..




Alhamdulilah, terima kasih kerana telah meberi hadiah. Terutama sekali kepada isteri tersayang yang telah menghadiahkan buku Indahnya Hidup Bersyariat kepada saya. Tidak lupa juga kepada anak didik yang turut memberi hadiah kepada saya. Tidak sangka, ada lagi anak didik yang sudi beri hadiah kepada saya. Kebiasaannya semakin lama mengajar, hadiah akan semakin berkurang. Apatah lagi jika mengajar di menengah atas seperti tingkatan 4 dan 5, memang agak susah golongan yang agak besar ini hendak meberi hadiah kepada gurunya kerana mereka agak malu untuk berbuat demikian. Lain jika mengajar di tingkatan 1 atau 2, mungkin masih ada harapan untuk menerima hadiah yang banyak. Saya lihat, lagi kecil anak muridnya, lagi banyak cikgu mendapat hadiah hari guru. Jika tidak percaya, tengoklah cikgu-cikgu di sekolah rendah. Memang meriah dengan hadiah. Tetapi saya tak kisah pun jika mereka tidak memberi hadiah kerana bukan itu yang saya harapkan. Malah saya tidak berasa hati walau sedikitpun jika tidak menerima sebarang hadiah. ini kerana, pada saya hadiah yang paling istimewa ialah apabila anak didik saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek yang saya ajar. Ya, itulah hadiah paling bermakna dalam hidup saya yang bergelar guru ini.


Bersabarlah...

Tahun ini juga saya melihat cabaran lebih besar buat guru-guru di Taman Daya 2. Bersabarlah, Allah sentiasa bersama kita. Teruskan usaha gigih kalian kerana tanggungjawab mendidik itu lebih utama daripada memikirkan soal hati kita. Apapun, saya sangat-sangat memahaminya.

Semoga Berjaya anak didikku...

Kepada semua pelajar yang saya ajari, terutama sekali pelajar yang mengambil subjek prinsip perakaunan, saya berdoa semoga anda berjaya dengan cemerlang. Ingat, cikgu sentiasa risaukan keputusan SPM anda...

Maaf..

Akhir kalam, maaf jika ada terlanjur kata..

Wallahua'lam..

Saturday, May 21, 2011

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Dan Mengulas Buku Saya

Alhamdulillah, saya baru sahaja berjumpa dengan ulasan berkaitan buku saya yang pertama " HebatnyaCara Rasulullah Mendidik". Jika saya tidak tersalah pandang pengulas tersebut adalah pensyarah di Politeknik Merlimau. Terima kasih kerana telah membaca dan mengulas buku saya untuk perkongsian dengan masyarakat. Semoga Allah merahmati hidup anda. Sebagai perkongsian, ini linknya. Selamat membaca...

Contoh Pelarasan kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5, 2011

Saya Percaya ramai guru-guru dan pelajar yang tercari-cari contoh mencatat pelarasan bagi soalan projek PA tingkatan 5. Disini saya kongsikan contoh mencatat senarai pelarasan sebagai panduan. Maaf atas segala kekurangan. Semoga anda semua beroleh kejayaan.


Contoh Senarai pelarasan pada tarikh imbangan

a)

Stok akhir


Stok akhir dinilaikan pada harga kos RM 48600 dan harga pasaran RM 46800. ( Tentu anda tahu jawapannya)

b)

Susut nilai :


(i) Kendaraan disusutnilaikan sebanyak ?% mengikut kaedah garis lurus


susut nilai : RM XXXXXX X ?% X 1/12 = RM XXX


(ii) Lengkapan disusutnilai sebanyak ?% mengikut kaedah baki berkurangan


susut nilai : ( RM XXXXX- RM XX ) X ?% X 1/12 = RM XX

c)

Peruntukan hutang ragu diselaraskan X% atas baki penghutang bersih.


Peruntukan hutang ragu : RM ???? X ?% = RM XXX


Pengurangan / Penambahan peruntukan hutang ragu : RM XX - RM XX = RM XX

d)

2 Item belanja terakru


(i) Belanja ????? masih lagi terakru sebanyak RM XXX


Belanja terakru : RM XXXX - RM XXXX = RM XXX


(ii) ????????? Fikirkan



e)

1 Item belanja terdahulu


Belanja ? masih lagi terdahulu sebanyak RM XX


? terdahulu = RM XXX - RM XX = RM XXX

f)

1 Item hasil terakru


Hasil ? masih lagi terakru sebanyak RM XXX


? terakru : RM XXX + RM XXX = RM XXX

g)

Pembetulan kesilapan :


(i) ???? belum catat dalam mana-mana buku




(ii) ????????????? Fikirkan


(iii) ?????????????? Fikirkan





TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...