Friday, September 17, 2010
KampungKu...
Kenangan 1 Syawal tahun lepas bersama mak dan abah
Tahun ini saya balik beraya ke rumah mak dan abah pada petang raya kedua. Tapi Alhamdulillah, beraya di kampung memang seronok. macam-macam yang mak masak. Kambing masak kari, itik masak kari ( dimasak oleh abah ) dan macam-macam lagi bisa membuatkan badan saya naik tanpa henti.
Satu lagi yang menarik, mak juga rajin bercucuk tanam. Macam-macam ada, bak kata iklan dalam astro. Apapun, terima kasih mak abah atas layanan yang sangat mengharukan jiwa saya sepanjang saya bercuti raya bersama isteri dan anak-anak. Haris dan Hashri memang suka sangat sepanjang berada di kampung. Keseronokan mereka berdua membuatkan saya dan isteri lepak kerana kepenatan mengawal pergerakan mereka. Rumah kampungkan panjang, kejap di atas, kejap di dapur, kejap di luar rumah. Bayangkan, tentu penatkan. Namun kepenatan itu adalah sejuta keseronkan. Alhamdulillah, syukur padamu Tuhan.
Tanam-tanaman yang diusahakan olek mak. Suka-suka katanya, tapi banyak memberi bakti pada keluarga...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN
TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN BUAT ADIK-ADIK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN Seperti yang kita sedia maklum, dua peperiksaan besar akan b...
-
Sekadar Berkongsi : Di dalam al-Quran, Allah menerangkan tentang keutamaan sifat sabar lebih daripada 70 ayat (Haji Johari Haji Alias :...
-
Oleh : Hj Roslan Harun Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : �Sesungguhnya kamu akan mengikut Sunnah (jalan atau cara) orang-orang sebelum ...
-
Oleh ibnu hazam dan alitantawi Biodata Imam Bukhari - Nama penuh beliau ialah Muhammad Ibn Ismail bin Ibrahim Ibn al-Mughirah al-Ju’fi,...
No comments:
Post a Comment